WSBK 2014 Malaysia

Salamsemua reader blog.hazwanhashim.com.

Maaf andai kata post kali ni sedikit outdated sebab saya baru sahaja bertukar tempat kerja, so masih lagi menyesuaikan diri dengan environment yang baru.

Anyway, kalau korang peminat scene superbike dan motorsports di Malaysia/ Kuala Lumpur khususnya, korang mesti ade dengar tentang event yang buat julung kalinya diadakan di Malaysia iaitu FIM World Superbike Championship, atau nama manjanye WSBK. WSBK adelah (pada pendapat aku) race sebenar motorcycle factory. Sebabnya? Hampir semua pengeluar motosikal dunia hantar wakil diorang untuk race dalam WSBK seperti Kawasaki, Aprilia, Ducati, Yamaha, Suzuki, Honda, MV Agusta dll. Ianya tak seperti MotoGP yang mana pertaurannya sangatlah rumit dan motor yang digunakan dalam perlumbaan adelah motor prototaip dan bukan road-legal. Manakala, Pelumba WSBK pula berlumba dengan menggunakan jentera-jentera yang femes seperti Kawasaki ZX10-R, Suzuki GSX-R, Yamaha R1 dll. Barang-barang aftermarket yang digunakan pun adelah barang yang ‘real’ yang bole didapati di kedai performance SBK sepert exhaust, engine management system, accessories dsbg.

So untuk WSBK kali pertama kat Malaysia ni, Kawasaki Malaysia telahpun menganjurkan convoy ride dari Kawasaki HQ Glenmarie ke Sepang International Circuit (SIC). Pujian haruslah diberikan kepada Kawasaki kerana sangat aktif dalam menganjurkan program-program ride sempena acara-acara berasaskan bidang permotoran seperti MotoGP, WSBK dan banyak lagi. Tak hairanlah kat Malaysia ni, sales diorang top! (p.s: Benelli Keeway Motorcycles – sila take note ya! Ini saya kasi FREE resipi kejayaan nak jadi pengeluar motosikal di Malaysia)

Dengan bayaran RM100 /orang, peserta diberikan satu shirt, parking VIP dalam kawasan SIC, lunch box, akses untuk join Bike Parade dan masuk dalam litar Sepang satu kali pusing. Dan tak lupe juga akses kepada booth Kawasaki dengan awek yang cun-melecun :D

Walaupun ramai rider WSBK yang aku tak kenal dan jumlah penyertaan penonton yang tak seberapa ramai kalau nak dibandingkan dengan MotoGP, pada pendapat aku kejohanan ni masih perlu diteruskan di masa hadapan sebab the soul of racing is there! Maybe macam aku katekan tadi takde fans Marquez atau Rossi, jentera jentera yang digunakan dalam perlumbaan tu memang ramai fans nya! Dahla banyak kedai yang menawarkan harga terbaik untuk aksesori motosikal dan riding gears so ramai fans yang datang untuk shopping barang moto sahaja. Overall I had lots of fun!

Oh ya, result untuk haritu pulak; Aprilia menyapu bersih kejohanan dengan 2 kejayaan dalam Race 1 dan Race 2. Memang terbaik la RSV4 factory! Bile lah aku mampu pakai satu >,<

Dalam pada keriangan dan keterujaan aku kat sana, aku sedikit terkilan dengan pengurusan Benelli Keeway Motorcycles Sdn. Bhd. yang memandang enteng entiti dari kumpulan Keeway yang menaiki moto 200-250cc iaitu Dorado , TX200G dan RKV200G. Yang diajak untuk join ride yang dianjurkan bersama oleh Pirelli dan Benelli hanyalah abam-abam yang kaya sikit yang pakai Benelli TNT600. Walaupun Keeway & Benelli dibuat di kilang yang sama, tak sangka pulak ade pilih-pilih bulu macam tu , macam la kami ni tak mampu nak pakai tayar Pirelli. Dah la tu, bile kami nak beli tayar Pirelli, stok takde pulak kat SC dan diberi nya contact dealer yang jual harga sikit punye mahal. Macam ni ke nak jadi dealer dan pengeluar motosikal terbesar di Malaysia?

Good Luck sajerla. FULLSTOP.

3 years ago

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *