Trip Bali Backpack 6H5M

1) Hari 1 – Denpasar ke Batur

Selalunya orang pesan, bile dah sampai Bali tu, relax-relaxla kat Kuta. Tapi bagi kitorang, nope, no resting in this 6 days journey of our lifetime. Setelah mendarat dengan selamat di Airport Ngurah Rai Denpasar, kitorang cepat-cepat cari area yang kitorang boleh sewa kereta. First idea; nak pergi Kuta dulu then cari kereta kat sana. Tapi bile fikir masa pun tak banyak untuk jalan cari kereta etc, kitorang ambik saja satu supir dari airport dan terus ajer dia hantar kitorang ke satu tempat sewa kereta tak berapa jauh dari airport.

So kereta yang kami dapat; SUZUKI ape ntah yang bersaiz mini macam Perodua Myvi. Harga sewa kalau tak silap dalam INR 250,000 seharian (sekitar RM68) dan kami bertiga so tak jadi masalah lah, kitorang split sahaja 3 orang. Sebelum bertolak ke Batur, kira kira 1 jam 30 minit dari Kuta, kitorang shopping semua bekalan makanan dan air dulu di kedai serbaneka ala 7-Eleven kat sana. So dengan berbekalkan GPS Waze kat phone, selambe je kitorang drive ke Batur.

Sesampai sahaja di Batur, kawasan sekeliling dah gelap gelita dan kitorang masih lagi belum book mana mana hotel/hostel. Ntah ntah malam ni semua kena tido dalam kereta. LOL. Misi kami datang ke Batur hanya satu; panjat Gunung Batur dan sampai ke puncak untuk melihat matahari terbit. ITU JE. Setelah singgah dan berhenti di beberapa hostel, akhirnye kitorang jumpe satu rumah tumpangan yang bagi kitorang sewa satu malam RM100 kalau tak silap beserta dengan breakfast. dan pada pukul 4pg pula, kami akan mendaki Gunung Batur dengan seorang guide dengan bayaran sekitar USD30 seorang. Mahal? Memangla tapi dah datang sini takkan tak nak naik pula kan. Tepat jam 4am, guide kitorang datang jemput kat hostel dan kitorang di pickup oleh common truck yang bawak kitorang ke kaki Gunung Batur. Dari sana, dianggarkan kitorang akan berjalan selama 1 jam 30 minit untuk sampai ke puncak. First 15 minit steady lagi trail die tapi bile dah sampai kaki Gunung, kaki aku dah mule rase macam nak cramp (well memang kitorang tak properly strech up pun). Jalan naik gelap dan agak curam dengan tanah yang dipijak bercampur antara batu dan tanah sulfur (dari bekas letusan gunung berapi). Setelah bersusah payah berjalan+mendaki selama sejam lebih, sampai lah kitorang ke puncak Gunung batur yang penuh dengan tourist yang lain yang datang dari pelbagai pelusuk dunia. So sementara tunggu matahari naik, kite ambik gambar dan selfie dulu!

2) Hari 2 – Batur – Ubud – Tirta Empul – Kuta

Lepas breakfast, kami pun beransur pulang ke Kota Kuta tapi sebelum tu, kami singgah sebentar untuk minum dan enjoy scenery di Batur. Kemudian, kami menyusur pula guna jalan kampung untuk ke Tirta Empul, melalui Ubud. Drive kereta mini kitorang ni di tengah sawah padi Ubud memang experience yang tak dapat nak explain. It’s so beautiful and it’s indescribable. Setelah sampai di Tirta Empul yang famous dengan upacara mandi air tempayan tu, kami pun bersiap dengan kain basahan dan Gopro! Peluang macam ni mane boleh miss dari tak dirakam.

Yang kelakarnya, Tirta Empul ni adelah tempat orang datang sembahyang la kununnye dan mandi suci, tapi kitorang mandi kat sini macam budak kecik yang baru jumpa swimming pool. Habisla semua roh roh datang marah kitorang lepas ni >,< Setelah cuci badan dan berkemas, kami pun meneruskan perjalanan pulang ke Kuta untuk reunite balik dengan group rakan perempuan kitorang yang dah janji nak jumpa kat kawasan Legian.

Malam pertama di Legian & Kuta, kitorang hanya berjalan di sekitar sini sahaja dan surprisingly, kat sini mushroom dan drugs ditawarkan secara terbuka! Ulat-ulat mushroom dan drug ni melepak tepi jalan dan selalu sahaja sibuk tanye nak drug atau tak. err NO THANKS! Waktu malamnye, kitorang lepak sekali sambil makan pizza dan plan apa apa tempat yang kitorang nak pergi sama-sama besok, sebab kami bergerak dalam group, kami boleh sewa Van dan pandu sendiri sekitar Kuta.

3) Hari 3 – Kuta & Tanah Lot

Memandangkan the girls dah ade sekali dengan kitorang, so dari pagi lagi kitorang sewa van Suzuki ARV dan berjalan ke Kuta Shopping Outlet. Nak tunggu geng perempuan ni habis shopping, memang berzaman lah. So the guys pergi makan Nasi Padang dulu kat Restoran Padang bersebelahan dengan outlet tadi. Kat outlet ni macam macam barang surfing dan non-surfing yang korang boleh jumpe lah. Billabong, Quicksilver etc. Selepas habis shopping (van pun dah full) kitorang drive slow slow menuju ke side Sanur. dan sebelum ke Sanur, kitorang lepak minum kopi luwak (kopi yang dituai dari tahi musang) dan rasenye..err.. korang try sendiri lah sebab die dah tahap exotic coffee ni. haha

Setelah minum kopi, kami ke Tanah Lot. Waktu pada masa tu pun dah hampir petang, dan aku cube gak push bawak laju sikit (tahu tahu la jalan kat Bali ni..aduh macet!) dan kitorang sempat sampai sebelum hari betul betul gelap. bayaran masuk dah lupe berapa, tapi tak lah mahal sangat dan di kira entry per person. Bile dah sampai sana..fuh..lawa giler la siut tanah Lot ni! Totally recommended place kat Bali! dekat sini ade 3 temple but of course yang paling femes adelah yang selalu korang tengok kat web dan facebook tu. Lepas dah jejalan dan ambik gambar dan video, kitorang lepak kat cliff restaurant betul betul kat tepi cliff yg ade di Tanah Lot tu sambil tunggu sunset. Fuh. Roman Cinta. Haha
4) Hari 4 – Surfing di Kuta Beach

Malam sebelumnye, kitorang tempah surfing class di Odyssey Kuta. Dengar khabar dari group perempuan yang dah surf hari pertama diorang sampai, instructor diorang best. So tibe masanya, pickup van datang ambil kitorang kat hostel dan bawak ke surf school. Kali pertama nak surf ni, excited gile kot! Lesson kitorang 2 jam, lepas tu free and easy for another 2 jam untuk training, dan main main ombak. Pergh.. 30 minit pun dah pancit kot dalam air! Lepas saje surf, kitorang balik surf school, tukar baju semua dan terus ke  hotel untuk check out. Penat tadi tak hilang lagi ni. Malamnya, kitorang lepak di mall sambil farewell dengan group perempuan sebab diorang akan menghala ke batur untuk hiking. dan selepas tu kitorang hala ke Sanur untuk destinasi seterusnye.

Sesampai je di Sanur, hari dah malam. Check-in. Villa yang kitorang duduk cool gile dan murah gak! Siap ade private pool, bilik besar muat duduk 3 orang dan jacuzzi dalam bilik. Heavenly! Malamnya, aktivit kitorang hanyalah chillax sambil swimming dalam pool. Nak jalan pun area sini takde bende sangat, cume dinner yang kitorang beli (grilled seafood platter) memang da’ bomb lah!

Lepas balik ke villa, semua orang dah mengantuk so zzzz sahaja. Esok sambung lagi jalan!
5) Hari 5 – Massage dan Relax di Sanur

Speerti dirancang, harini akrivit hanyalah jalan jalan sekitar Sanur dan massage! Oh man, balinese massage yang kitorang book memang superb! dari herba, scrub, yoghurt sampai la ke mandi bunge, rase complete lah life! Tak pernah aku pamper diri sendiri sebegini rupe. Patutla perempuan suka pergi spa rupenye. syok kot! Waktu petang, kitorang hanya berjalan jalan kat sekitar Sanur, walaupun ade hati nak main water sports tapi duet pun dah low ni, ade sikit over-budget lah sebab shopping sakan haritu + surf lesson.

So in the end, kitorang singgah makan seafood platter lagi dan seperti yang dijangka. memang best seperti biase! ;)
6) Hari 6 – Last minute shopping di Kuta BeachWalk dan pulang ke KL

Waaa dah nak habis dah pun entry Bali kalini. Sebelum balik, kitorang singgah dulu di Kuta Beach Walk betul betul berhadapan dengan Pantai Kuta dan SKit dan Fido pergi shopping dan aku? Well duit dah flat so tengok sajerla. overall sangat puas hati kerana duit untuk trip ni masih dalam range yang terkawal dan we all had loads of fun! Trip pun tak terlalu rushing ke sana ke mari sebab kitorang plan sendiri perjalanan kitorang selama 6 hari kat sini. Will I ever come back to Bali? Of course!

Till then, astalavista baby!

3 years ago

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *