MotoTouring KL-Singapura dengan Keeway TX200GS

Salam semua. Welcome back to blog.HazwanHashim.com

Kalini saya nak share sikit pengalaman road-touring two-up (berdua) dari KL-Singapore dengan Benelli-Keeway TX200GS. Trip dari KL ke Lavender Road, hostel kami tido untuk trip ni dianggarkan sejauh..430km++. Haa lebih kurang macam tu la.

Fast-forward. KL-JB takde sebarang masalah dengan TX200GS cruising dalam speed lebih kurang 120-130kmh sahaja. Tak boleh bawak laju laju geng, bawak anak dara orang kat belakang ni :) Plus dalam box belakang sarat dengan baju dan juga alat alat emergency dan rainsuit andai kata lah tibe tibe hujan lebat dan sebagainye. Sesampai kat border Singapore, kami mencari stesen petrol dan juga cafe untuk minum kejap sambil google prosedur masuk ke Singapore yg sebetulnye (sebelum ni aku main agak agak aje).

So kat bawah ni adelah prosedur untuk masuk/cross-border ke Singapura untuk motosikal, step-by-step ya:

  1. Sediakan dokumen yang lengkap seperti pasport yang masih sah sekurang kurangnye 6 bulan, salinan geran motosikal beserta premium insurans.
  2. Masuk ke lorong motosikal kat Komplek Imigresen & Kastam Sultan Iskandar. Beratur kat lane Malaysia untuk departure dan cop passport.
  3. Ride motosikal menyeberangi Selat Tebrau tu dan slow down kat side Singapore (Woodlands) untuk submit pasport dan borang putih (white card/arrival card) yang telah diisi dengan details anda dan motosikal anda. Buka helmet semasa meneyrahkan pasport.
  4. Sesudah ambil pasport, teruskan ride SAMBIL CARI KAUNTER LTA di sebelah kanan. Beli Autopass pada harga SG$10 (dalam ada $4). Autopass diperlukan dalam Singapura untuk kenderaan bukan Singapura yg masuk dan berfungsi macam IS/MyKAD untuk kenderaan tersebut sepanjang berada dalam Singapura. Kaunter LTA terletak antara imigresen dan kastam. Kalau dah sampai kastam habisla korang, takleh patah balik dah :(
  5. Lalu ‘Customs Clearance’ dan declare ape-ape barang yang dibawa masuk sekiranya perlu (macam kes kitorang kene bukak box dan tunjuk ape ada dalam box)
  6. Kalau lepas kastam, settle! Gear up , pilih highway yang sesuai dan ikutilah halaju yang ditetapkannn kalau tak nak cari pasal kat Singapore. TIPS: Kalau nak gune highway diorang tanpa sebarang caj, sile gune dari hari Jumaat 5ptg – 2pg Isnin berikutnya kecuali area tengah bandar macam Orchard Road etc.

Settle semua hal, kami ambik BKE untuk menuju ke Lavender Road. Nasib baik la hostel ni ade side-walk / kaki lima yang aku boleh parking moto kat situ. So alhamdulillah, rase selamat sikit. Gapyear Hostel adelah hostel yang sangat cool dan dormitori yang disediakan juge sangat bersih dan selesa (walaupun sharing toilet dan shower room nya boleh tahan jauh jugakla dari dorm.

Gapyear Hostel ni pulak terletak tak berapa jauh dari stesen MRT Boon Keong (kalau tak silap) dan foodcourt pun dekat aje dengan hostel. First day kitorang just jalan jalan ke Little India yang terletak tak jauh je dari hostel dan macam biasa, singgah Mustafa cuci mata dan cari makanan dan perfume. Malamnye pulak, hanya relaks relaks kat Marina Bay dan sightseeing sekitarnya sebelum balik rumah.

hari ke-2 adelah hari shopping!! ^^ Lunch di Orchard Road sambil shopping perfume kat Lucky Plaza dan usha usha electronics pricing kat sana. dah lost interest lama dah kat DSLR punye accessories since aku tak berapa buat job photogrpahy dah sekarang but overall, jeling jeling jugakla.. Selepas lunch, balik semula ke hostel untuk pickup beg dan motor dan balik semula ke Malaysia.

Tempoh perjalanan 

  • (KL-SG) 5 jam dengan hampir 45 minit rest di RnR Seremban untuk breakfast
  • 4 jam 30 minit SG-KL sebab proses custom clearance yg mudah. Tiada rest dalam perjalanan balik (hanya pam minyak setiap 200km)

Petrol Consumption

  • Roughly RM70 (+/- 34L) return. Speed range : 115 – 125 km/h sepanjang masa di atas highway (full throttle)
4 years ago