#Throwback Istanbul – Mengimbau Kegemilangan Empayar Uthmaniah/Ottoman

Dah lama ku simpan hajat untuk jejakkan kaki ke tanah bekas Empayar Uthmaniah ini iaitu Turki. Selalunye impression yang selalu aku dapat dari dada akhbar ataupun laman web tak banyak membantu merungkaikan semua persoalan yg aku ade di dalam kotak kepala ni. So dari terus berangan angan mau pergi tapi tak pergi pergi gak, baik aku ambik that first step tu dulu. Dan akhirnye lepas research connecting flight dari Germany dan timbang-tara dengan harga, aku ambik keputusan untuk ‘singgah’ beberapa hari di Istanbul, on the way balik ke Kuala Lumpur.

So flight yang aku ambil; Leipzig-Istanbul dengan Turkish Airlines. Stop kat sana selama hampir 4 hari. Then sambung balik perjalanan Istanbul – Kuala Lumpur dengan Malaysia Airlines. Total yang perlu aku bayar kalau aku ingat dengan tepat lebih kurang €480 satu hala. Mahal? Well, dah beli last minute jugak (2 weeks before departure) so memang tak boleh nak buat apa apa. Kalau ambik direct flight dari Frankfurt-KL pun harga lebih kurang sama sahaja, so I said to myself, why not having a stopover there?

Perjalanan dari Leipzig ke Istanbul, aku sangat berpuashati dengan layanan dan servis Turkish Airlines. Tak hairanlah macamana diorang dapat anugerah “Best European Airlines of the Year”. Foods were good, and timely served. Anyway bila aku sampai di Istanbul, first thing yang aku tercari cari adelah ground arrangement ke Taksim Square, boleh dikatakan dataran yg paling penting untuk bus drop-off dan sebagainye. Memandangkan hostel yg aku book berada  berdekatan dgn Taksim, so aku decide, nevermind la, bawak ajerla beg ke sana. Little I knew that it is freaking far for someone who was carrying 1 big luggage with almost broken wheels, one backpack, one daypack dan jugak jacket. damn! I couldn’t share enough how sweaty I was and worried about finding the hostel with just a map which I keep in my ipad. Dahla waktu tu dah malam, and I was freaking hungry.

Setibanya kat hostel yg aku book, satu lagi masalah baru timbul. Dorm yg aku book tu rupenye utk woman traveller! Oh man! punyerla pusing pusing fikir dengan hotel manager, die kasik upgrade bilik aku dengan private room with a little topup. Hmmm.. larik dah bajet but nevermind, okay lah tu kot. That night I was pretty much staying at the hostel to give myself a break from the tiring transiting. Manager hotel tu punye lah baik, siap offer share pizza lagi kat aku. Aku pun ape lagi, orang lapar disorongkan pizza, terus aje belasah. Alhamdulillah, the kindness of a stranger.

Next day, the journey began. Seperti yang menjadi kebiasaannya, tempat yg perlu dilawati adelah semua tipikal tourist spots seperti Blue Mosque, Basilica Cistern (water reservoir bawah tanah paling tua), Topkapi Palace dll. Namun, memandangkan aku dah hampir mahir dengan sistem tram di Istanbul yg sangat senang untuk digunakan, aku putuskan untuk tak terlalu gelojoh menjelajah bandar yg sangat cantik ni. Destinasi pertama yg aku singgah adelah Dolmabahçe Palace yg terletak di hadapan stadium Fenerbahce (click untuk wiki Dolmabahce Palace; English). Dengan lokasi yg berada betul betul bersebelahan dengan Terusan Bosphorus/Bosphorus Sea, memang sangat tenang dan cantik tempatnya. Sesampainye di sana, azan Zuhur berkumandang dari masjid berdekatan so memandangkan hari yg aku pergi tu hari yg ditutup untuk lawatan, segera sahaja aku bergegas masjid berdekatan. Semapt solat Zuhur berjemaah di masjid Dolmabahce tu. Rasa tenang hati dan jiwa. Selain dari solat, sempat juga aku menikmati keindahan senibina masjid di Turki yg boleh dikatakan sangat berbeza dengan masjid di Malaysia. Dimana dekorasi pada bahagian dom, idanya dipenuhi dengan nama 4 sahabat-sahabat Rasullulah S.A.W. dan khalifah agung dalam dunia Islam iaitu Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali.

Setelah selesai bersolat, aku plan untuk berjalan menyusuri sungai Bosphorus dengan berjalan kaki ke Iskele. Nampak dalam map macam dekat jer tapi mak aih, jauh gile! total aku jalan kaki dalam 4km! Penat tak payahla cerita, tapi dalam perjalanan tu sempat singgah kedai outdoor, makan kebab tepi jalan, berlindung bawah stesen bas sebab hujan, dan lain lain. Itu semua pengalaman tu, korang hado? hehehe. Setelah hampir 4km berjalan, ternampak la satu jambatan yg tersangat indah yg menghubungkan Beyoglu dan Fatih territory. Kat atas jambatan ni penuh dengan orang memancing. Agaknye dah macam hobi melepak diorang lah kot. Kat area sini view die memeang marveles! Terusan yg ade bawah jambatan, feri feri yg sedang parking dan jugak ‘bot terapung’ yang menjual fish bread ataupun dalam islilah Melayu aku panggil burger ikan, dengan berlatarbelakangkan masjid dan jugak rumah kat terletak di lereng bukit. Tersangat indah, tak dapat aku nak describe lagi dah dengan kata-kata.

 

4 years ago

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *