MotoTouring KL-Betong (Thailand)

Salam. Selamat kembali fellow readers.

Saya baru pulang dari satu lagi trip ‘overland’ / border-crossing dengan motosikal Benelli-Keeway TX200GS. Trip ini sebenarnye dianjurkan oleh satu group bikers dari Penang tapi entah macamana, saya tergerak hati nak buzz sorang organizer untuk book tempat.

Pendekkan cerita, memandangkan saya sorang sahaja yg bermula dari KL, saya riding solo ajerla dari KL ke Pengkalan Hulu, bandar sempadan antara Perak dan Betong, Thailand. 04:45pg saya memulakan perjalanan dari KL dengan minyak hampir penuh. 9:20pg saya dah sampai ke Pengkalan Hulu. Tunggu punye tunggu, rupe rupenye diorang bertolak dari Penang pukul 9:00pg dan dijangka tiba sekitar 10:00pg.. Malaysian.. *facepalm*

Dah settle isi minyak semua, kami menghala ke border lah. Urusan pengishtiharaan moto dah ‘disettlekan’ awal awal oleh Marshall kami dengan bayaran RM5/motor. Manakala masa nak cop passport di Pos Kawalan sebelah Thai pulak, ready siap siap RM2 ringgit duit pengeras. Dalam 5-6km dari pos imigresen sempadan, bandar Betong dah dapat dilihat. Antara kelainan yg first sekali dapat saya rasa adelah keadaan permukaan jalan kat Thai yg sangat smooth macam track racing, tapi tak berapa nak grip dengan tayar saya kat corner especially bila ada pasir atau minyak. Kami semua terus sahaja menghala ke hotel penginapan kami, Garden View Hotel yang terletak di bahagian Tenggara (South East) bandar Betong selepas melalui terowong. Garden View Hotel boleh saya recommend kat sini dari segi keselesaan, kekemasan dan keselamatan motor dan kenderaan sebab die ade parking depan hotel. Dengar kata rate biase untuk Deluxe room adelah sekitar RM80, tapi disebabkan musim cuti umum, die naik pergi RM120-RM140 untuk basic room.

Selesai check-in, dah dapat bilik kami diberi masa dalam sejam lebih untuk berehat sekejap sebelum pergi lunch kat Betong Halal Kitchen kat depan Balai Polis Betong, bersebelahan dengan Masjid Al-Jamek Al Ahmadi. So tempat ni ideal jugakla kalau nak makan + pergi solat terus lepas tu. Lepas lunch, aktiviti kami diteruskan dengan meronda bandar dan terus sahaja ke Piyamit Tunnel (bekas terowong bawah tanah komunis) yg dibina sekitar tahun 70-an bagi menyalurkan bekalan makanan, senjata dan sebagainya ke pihak Komunis Malaya yg masih berlegar kat area Gerik dan sekitar pada masa tu. Menarik juga aktivit tunnel ni, dapat belajar sikit sikit sejarah komunisma dan ‘hidden story’ yang tak dicerita dalam buku teks sekolah.

On the way balik, kami singgah berehat sambil melawat Hot Spring Lake yg berada luar sikit dari bandar Betong. Nak kata suam tu memang la suam, tapi nengokkkan warna air terus kami tak de selera nak celup kaki. hahaha. Last last saya hanya lepak kat kedai sebelah tasik tu dengan Abg. Taib, organizer minum kopi ais. Alhamdullilah rezeki saya barangkali, ade group member yang bermurah hati belanja air. pergh kalau tahu ade orang nak belanja mahu aku order makan sekali :D

Setelah settle tu, group member kami pun patah balik ke bandar untuk rehat rehat dan get ready untuk dinner. Dinner pun kat tempat yg kami ambik lunch. Die punye makanan untuk makan malam tu kbaboom juga la gempaknya. Nanti saya tengok kalau ade gambar boleh saya share sekeping dua kat sini ya. Lepas makan, aktiviti Free & Easy. Ada yang bersembang dengan member-member, ade yang pergi buat massage, ada yang pergi keluar cari ayam :D Sekitar Garden view ni ade banyak club dan juga bar-bar kalau sekdar nak chillax. Tapi saya decide malam tu saya nak round round tengok nighlife kat sini. Pulas minyak tak sampai seminit, dah jumpe KTV Karaoke, rumah urut, club dan yang paling menarik, go-go bar. tapi saya lalu dan tengok dari luar sahaja. Takde intention nak masuk join sekali hehehe

All in, antara tempat sight-seeing dan entertainment yg boleh dilawati di Betong:

  1. Piyamit Tunnel (Terowong komunis)
  2. Kolam air panas
  3. Air Terjun
  4. Peti Pos terbesar di Thailand
  5. Wat Phuttatiwas & Phra Phutthammaprakat
  6. Massage Parlours
  7. Karaoke
  8. go-go bar

Next day, kami breakfast kat hotel aje. Lepas tu aktiviti bebas. Berlegar legar dengan motor sekitar bentong ni memang hampir tak memerlukan helmet. Nak cari kedai helmet pun susah, kalau ade pun semua helmet jenis separuh pastu hampir takde padding. Asal cukup sayarat cover aje. Pfft~ Tapi antara brg yg murah di sana adelah T-Shirt, spare parts motosikal (Absorber Suzuki Shogun brand YSS hanya RM63! dan rantai 428H Asahi hanya RM20) so saya tak lepaskan peluang beli barang barang tersebut untuk buat spare kat rumah.. Dalam mana mencari replacement visor untuk helmet KBC saya, terjumpe pulak kedai scrambler/off-roader org Melayu so guess what I bought for myself? A goggle untuk cover visor yang hilang!

Lepas shopping, kami semua balik ke hotel, getting ready. Ambik gambar dan tayargolek ke arah border. urusan masa nak balik lebih pantas dan lepas semua isi minyak kat Pengkalan Hulu, aku bid goodbye to the group. Then bermulalah balik perjalanan aku ke KL secara solo. All in all, trip ni memang pendek tapi penuh makna untuk TX200GS aku sebab untuk kali ke-2 TX200GS ni dah cross border. Dulu Singapore kan. Insyallah ade rezeki lain lagi, maybe Myanmar atau Cambodia? we shall see.

Rentetan trip:

  • 445am (1st day): Bertolak dari Wangsamaju
  • 630am : Berehat di RTC Perak / Simpang Pulai
  • 720am: Sambung tayargolek
  • 920am: Tiba di Petronas Pengkalan Hulu, Perak. Tunggu bikers dari Penang
  • 1020am: Sambung ride masuk Betong, Thailand
  • 1.30pm (2nd day): Bertolak ke border selepas lunch
  • 7.05pm : Tiba di Wangsamaju, KL.

Total fuel consumption:

  • Day 1 RM19 (KL) + RM19 (Simpang Pulai) + RM 14 (Lenggong)
  • Day 2 RM14 (Pengkalan Hulu) + RM14 (Sg. Perak) + RM15 (Bernam).
  • Minyak setibanya di KL masih lagi ada half-tank atau lebih.
  • Roughly untuk 900km ride ni, fuel consumption +/- RM 80.
  • Riding speed adalah sekitar 115-135kmh. Secara senangnya, 120kmh sepanjang jalan.
4 years ago

8 Comments

  1. assalammualaikum tuan,

    ni lari sikit dr tajuk sebab xtau mane nk letak komen dekat tajuk yg tuan pegi ngk gajah.

    ade dimention sblm ni utk review TX200 tn penah kate kalo naik 2 org motor TX kurang dayanya tapi di tajuk sanctuary gajah tu tn kate pergi berdua dengan madam kan?

    Jadi moto TX200 ni ok x utk naik berdua?sbb plan saya utk angkat moto ni kerja dari klang ke sentul dan dalam perjalanan drop madam saya dekat damansara, jadi kalau nk beli moto ni saya nk kene tau daya kekuatan enjin ni kalau naik 2 org.

    thx in advance.

    1. Untuk berdua, sejujurnye saya sarankan kalau bajet mengizinkan ambik CB500-series atau ER6-F. Power TX untuk naik berdua belum boleh dikategorikan sebagai ‘nice’. Power die sekadar cukup untuk berjalan dan bawak dalam speed 110-120 shj. Nak memotong struggle sikit bile berdua especially kalau kereta kat highway dah bawak 100-110kmh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *