REVIEW : Toyota Vios 2006

Heloo semua. Salam.

Selamat datang kembali kepada pembaca blog.hazwanhashim.com. Dah lama tak menulis review kereta so kalini sesaje je nak share review berkenaan kereta yang aku sedang gunakan sekarang. So tajuk kalini aderlah review toyota vios 2006 G version (automatik)

Baikla… aspek paling penting bagi yang mencari kereta second hand ialah penggunaan minyak/fuel consumption (FC). So baru baru ni aku aderla jalan jalan sikit so aku pump-in RM40 +/- 19 Liter minyak RON95 Petron ke dalam kereta untuk jalan jalan sekitar KL dah jugak jumpe kawan-kawan pada hujung minggu.

To my surprise, kereta ni hanya mampu dapat 240km sahaja dengan style pemanduan biase dan mix driving dalam bandar dan juga highway pada halaju 110kmh (sedikit agresif sebab lambat nak jumpe rakan.

So, kat sini kalau kita ikut rate kira FC cara Eropah, kereta Toyota Vios G ini yang berumur 8 tahun ni menelan minyak sebanyak 7.3L / 100km.. Hmm I’m not impressed! :(

Dari segi maintenance pula, tak dinafikan Toyota adelah antara yang paling senang nak dijaga dan murah jugak. Tapi keburukannye bile ade barang generic/OEM, maka kualiti pun tak terkawal jugak. Setakat ni, steering rack vios dah berapa lama bermasaalah (bunyi macam loose dan ade macam macam bunyi kok-kak-kok-kak kadang-kadang.) Menurut bapa aku, pemilik asal kereta ni.. perangai Toyota memang macam tu. Camry pun sama. Agaknye tak tahan dengan keadaan jalan Malaysia yang tak rata dan berlobang  sana sini.

So overall berbaloi ke pakai Vios second hand ni? pada yang nak cari kereta yang reliable untuk pergi dari point A ke point B, bolehla. lepas spec. style pun ade.. tapi kalau korang jenis yang suke kereta yg ade power sikit bile minyak ditekan, dan nak cruise dan memotong kat highway dengan sedap, Vios bukanla pilihan yang tepat disebabkan 4 gear AT nya dan juga respons enjin yang lembab.

Sekian!

3 years ago

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *