REVIEW: TEST-RIDE 2014 SYM T2i 250cc

Salam semua. kalini blog.HazwanHashim.com berpeluang untuk buat review motor single cylinder  berkapisiti 250cc injection iaitu SYM T2i.

bagi yang dah update dengan dunia permotoran Malaysia, nama SYM ni memang tak asing lagila. Walaupun sebelum ni hanya famous dengan skuternye yang besar dan tahan lasak, tak ramai yang tahu yang SYM Malaysia pun ade motor naked 250cc.

Motor ni didatangkan 24++ horsepower, tangki minyak penuh tank berkapasiti 14L (atau lebih kurang Rm25 kata kawan aku) dan mempunyai posisi naked sports.

harga OTR pula kat Mudah menunjukkan harganya RM16800

dan skim pembayaran yang kawan saya, Hairi gunakan, beliau  letak downpayment MYR XXXX , dan biaya bulanan MYR XXX x XX bulan

Ulasan sesi tunggang-uji

Kuasa/Power/Braking

  • Instantaneous response dari throttle apabila dipulas.
  • tarikan enjin lebih cenderung kepada sporty
  • gegaran agak kuat pada handlebar dan throttle motosikal
  • Brek hadapan yang sangat mencengkam.
  • Tayar Maxxis Promaxx depan dan belakang yang boleh tahan sedapnya.

Posisi Tunggangan/Sktruktur Rider

  • Tinggi 171cm : Sedikit membongkok dan cenderung ke hadapan macam posisi naik motosikal Kawasaki RR150 (sports riding position)
  • Seat yang rendah dan senang untuk dinaiki
  • Tank yang besar dan sedap dikepit di peha.

Penggunaan Minyak

  • Satu tank (RM25) dikatakan boleh mencapai 350km sekiranya ditunggang secara berhemah, iaitu sekitar 90-100kmh

Top Speed

  • Type standard: 170kmh. Ade yang claim 199 tapi selagi tiada bukti, kite ambil tu sebagai bualan semata mata sahaja lah ye :)

My Verdict/Kesimpulan

  • Mesin naked bajet yang agak cantik dilihat pada mata. Tapi saya kurang suke dengan posisi riding T2 (maybe sebab saya dah biase posisi touring kat TX200GS)
  • Harga RM16800 OTR adalah hampir sama / dekat dengan Duke 200 non-ABS dan juga Naza Blade 250 TBR. Susah nak pilih mane satu yang betul betul outstanding tapi untuk kegunaan dalam bandar, saya lebih cenderung kepada Duke kerana DNA KTM nye yang superb.
  • Bunyi ekzos yang best! Teringin nak beli ekzos SYM tu letak dekat TX200GS ¬†(T_T)
  • Pada saya, maybe harga Rm16800 tu boleh dipertimbangkan untuk dimurahkan sikit?

Itu sahaja dari saya. Wassalam.

 

4 years ago

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *