Review tayar Pirelli Scorpion Trail

SET PERTAMA (130-80-17). Rear tyre
Start mileage: 47250
Date: 21-3-2015
Price: RM180 (old stock clearance)

Malang sikit kali ni, plan asal untuk saya test kemampuan sebenar tayar Pirelli Scorpion Trail ini dari segi mileage tak kesampaian kerana tayar ni telah pun dijual bersama dengan Keeway TX200GS saya.

Walaupun dalam 4000km perjalanan, saya dapat rumuskan prestasi tayar Scorpion Trail ini adelah seperti berikut:

1) Grip: 4 out of 5. Semasa keadaan jalan kering dan panas, grip berada pada tahap memuaskan bagi tunggangan touring (bukan kaki korner). Namun ketika jalan basah dan hujan, grip kurang meyakinkan. topspeed saya drop +/- 10kmh dan braking juga kurang berkesan

2) Smoothness: 5/5. Dengan tayar profile 80, tunggangan terasa lebih lancar dan selesa.

3) Value for money: 5/5 Untuk harga yang saya dapat. sangat sangat berbaloi kerana kebiasaannya, harga tak kurang dari Rm400 sebiji.

SET KEDUA. 180-55-R17 Rear Tyre
Start mileage: 15,000 km

End mileage: 20,900 km . Jumlah: 5900 km

Tempoh guna: 28.11.2015 – 15.03.2016

Harga belian: RM145

1) Peluang kedua untuk mencuba Pirelli Scorpion Trail di mesin berprestasi tinggi Aprilia Shiver 750. Semasa saya beli owner baru sahaja guna tayar 800km +/- dan semasa saya pasang, ODO Shiver saya adelah sekitar 15,000km (+/- 200km). Tayar dibuat di Jerman pada tahun 2013 dan anggaran saya masih ada lagi thread sebanyak 85-90%.

2) Prestasi pada rim 5.5″ semestinya berbeza dengan rim supermoto (set sebelum ini). Pada awalnya pengendalian Di selekoh highway Karak sangat meyakinkan dan grip semasa perjalanan jarak jauh juga selesa. Kekurangan hanya pada responsiviti tayar ketika tayar masih sejuk, semasa memulakan perjalanan.

Namun disebabkan oleh beban motosikal+penunggang yg berbeza pada Shiver dan TX200 dan daya-kilas (torque) yg jauh berbeza, Tayar Pirelli Scorpion Trail ini tidaklah digalakkan bagi penunggang road-touring seperti saya.

Saya simpulkan VERDICT/ Pandangan saya (Skala 5 bintang):

1) Keselesaan 4 bintang

2) Value for money: 2 Bintang

3) Tahan lama/Durability: 2 Bintang

4) Versatility: 4 Bintang (30% offroad ringan dan 70%  road)

5) Grip: 3 Bintang

Juan @ HazwanHashim.com™

2016 All Review is Intellectual Propriety Reserved

2 years ago

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *