Review Tayar Pirelli Angel ST

Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Review simple-simple saja untuk Tayar yang sebenarnye dah outdated dalam market iaitu Pirelli Angel ST.

Pirelli Angel ST ni merupakan ‘abang’ kepada Pirelli Angel GT yang tengah top sekarang bagi sektor sports touring. Kalau dilihat sekali imbas memang hampir sama jer dua dua jenis tayar ni.

Berikut merupakan details pembelian saya:

  • Tayar depan (120-70-R17) untuk Aprilia Shiver.
  • Beli 2nd hand dari bengkel di Kajang. Diperbuat 2012. Thread ada dalam 85%.
  • Harga: Biarlah rahsia. Tapi memang murah
  • Mileage motosikal masa pasang tayar: 15,000km (+/- 200km)
  • Mileage sekarang: hampir 27,000km
  • Mileage masa salin tayar & jumlah mileage digunakan: AUN (Akan Update Nanti)

Berikut merupakan feedbacks so far dari tayar ni

  1. Boleh dipercayai untuk lean in standard-standard Karak, sekadar for fun. Bukan serious macam nak race tu ya.
  2. Vibration agak kuat bile bawak high-speed melebihi 140kmh. Maybe saya kena check pressure tayar balik.
  3. Di selekoh, sekiranya jalan tu jalan standard highway, feedback dari jalan agak OK.
  4. Sekiranya jalan tu taraf jalan persekutuan, lebih baik elakkan sebab tayar macam tak bagi confident.
  5. Mileage nampak macam OK setakat ni. saya expect tayar depan ni akan tahan sekitar 15-20k km dengan gaya riding saya (touring tapi agak agresif bila di selekoh).
  6. Prestasi di jalan basah dan berair pun berada di tahap memuaskan setakat ni.
  7. harga beli murah (memang murah gile sebab secondhand) so expectation memang tak tinggi mana.
  8. Bile dah gune 11,000km saya mule perasan tyre wear pada sebelah kiri dan kanan, paling ketara kanan. Saya hilang grip masa di corner DUKE walaupun saya slow. Saya consult dengan 65Garage dan diorang kata ade kaitan dengan tyre-pressure ataupun setup front suspension yang tak cun. I have a feeling I need to change the front tyre soon. So kalaulah saya dapat 13,000km pun rasenye agak berpuas hati dengan harga yang saya bayar untuk tayar ni. Mungkin tayar 2012 dah mule masuk 4 tahun dan tayar dah mule keras. Kesan-kesan ala crack pun sudah mule terlihat. Hmm mintak duit lagila tu.

Itu sahaja buat masa ni lah kuat. Insyallah akan update lagi lepas dah botak atau tak grip. hehe

Juan @ HazwanHashim.com™

2016 All Review is Intellectual Propriety Reserved

Pirelli Angel ST

Pirelli Angel ST
0

Pros

Cons

About the Author

Hazwanhashim.com

No Comments

Leave a Reply