Review Bridgestone Battlax T30R Evo

Salam pembaca setia blog www.HazwanHashim.com

Tyar Bridgestone Battlax T30R Evo ni merupakan line-up tayar Sports Touring High Performance yang paling baru dari Bridgestone. Berikut merupakan details pemasangan tayar Battlax T30 EVO saya.

  1. Tarik pasang: 15 Mac 2016
  2. ODO Mileage: 20900 km (semasa pasang)
  3. Kondisi tayar: 100% Baru
  4. Saiz tayar: 180/55-R17
  5. Tarikh dibuat: Minggu ke-50 2015
  6. Negara dibuat: Jepun
  7. Harga beli: RM670 siap balancing & pasang (TMMK Kota Bharu)

Setakat harini (7000km) T30 EVO pada Aprilia Shiver memang tak mengecewakan. Saya memang tak akan pakai tayar-tayar melekat seperti supercorsa dll. di belakang disebabkan nature riding saya (daily ride, long distance, touring) tapi pada saya T30 EVO merupakan tayar all-rounder yang boleh buat touring, boleh jugak layan selekoh di highway dan jalan biasa dan speeding semasa di traffic light pun cemerlang.

Satu reaksi yang saya suka pada moto ni adelah getah jenis serap-hentakan. Saya dah lalu jalan KL-Kota Bharu melalui Gua Musang banyak kali dah dan Battlax T30 EVO memberikan keselesaan paling terbaik pada saya setakat ni. Kurang vibration dan perjalanan terasa lebih smooth, kalau nak banding dengan tayar lama saya dulu seperti Dunlop Sportsmax dan juga Pirelli Scorpion Trail.

Mileage dia, saya akan update dari semasa ke semasa. Saya harap tayar ni boleh tahan sampai 20,000km. We will see about that

Juan @ HazwanHashim.com™

2016 All Review is Intellectual Propriety Reserved

1 year ago

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *