REVIEW: Pirelli Sport Demon Moto Tyre *UPDATED*

Hello semua. Salam

Setelah lama mendiamkan diri disebabkan kesibukan kerjaya, kini HazwanHashim.com hidup balik dengan post terbarunye. OK, setelah puas melayan peminat dunia permotoran dengan review TX200G, RKV200G dan Benelli TNT600 Tornado ape kata kita baca review satu lagi elemen yang penting dalam dunia permotoran iaitu TAYAR.

Ya, most of us bila beli motor jarang fikir pasal tayar. Sebab dah terbiasa dekat moto kapcai, tayar murah aje, dalam RM80-90. Tapi bile dah pakai motor berkuasa lebih 200cc ni, kos tayar sahaja dah boleh cecah RM700 sepasang. Wow! Tu belum kira tayar yang ikut spec trek untuk kaki leper Genting, Cameron dan jugak Fraser. So kat sini HazwanHashim.com cube bagi review penggunaan sendiri tayar stok yang diberikan Benelli Keeway Malaysia iaitu Pirelli Sport Demon 100/80-17 (depan) dan Pirelli Sport Demon 130/80-17 (belakang)

So performance macamane?

  • Straight road: 5/5 star saya kasi!
  • Curvy road: 4/5  star. Sebabnye profile tayar saya terlalu tinggi
  • Mileage: 5/5 star! So far dah 20,000km dan tayar depan masih lagi hensem! Cume tayar belakang jer yg nampak seperti bermasalah sikit bila jalan hujan atau lepas hujan. Sekarang bile hujan/ jalan basah, motor dah tak boleh speed lebih daripada 100kmh sebab dah takde grip
  • Harga: 3/5 star. Rasanya tayar yang baru di KL berharga RM400-450 sebijik tapi kalau beli sepasang, boleh dapat RM700. Err.. rasenye kalau kat Singapore boleh murah lagi ni kot..atau Ebay.com maybe?

 

Foto tayar belakang TX200GS aku yang telah melalui bermacam-macam jenis perjalanan pahit/masam/basah mahupun kering.

IMG_20140109_075859_894

*UPDATED* Akhirnya setelah 22,000km berkhidmat, tayar ni telah pun digantikan khidmatnya dengan Maxxis Promaxx Street M6103 bersaiz 130/70-17 berharga RM230 all inclusive installation . Nantikan review nya yang akan ditulis tak lama lagi ya?

Manakala pada 22,000km tayar hadapan Pirelli Sport Demon 100/80 menunjukkan rekahan pada tempat sambungan tayar.

IMG_20140131_100452_458

Dan pada jarak perjalanan 47,250km, tayar hadapan Pirelli ni dah meminta minta untuk diganti so saya dah bertukar kepada brand FireKing Euromina 100/70-17R untuk sementara waktu sebelum saya jumpe saya dual-purpose yang sesuai untuk disarungkan ke tayar hadapan (dala perancangan Scorpion Trail atau Michelin). We will see how it goes.

OK itu sahaja info dari aku so far. Ape pendapat/review penggunaan tayar Pirelli korang atau brand lain so far? Jom kongsikan kat sini ya!

[HazwanHashim.com]

4 years ago

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *