Setelah dalam post review tayar Pirelli yang sebelumnya ade aku nyatakan hasrat untuk bertukar tayar disebabkan jumlah perjalanan sehari aku untuk kerja sekitar 150km++ , aku calonkan pengganti Pirelli Sport Demon 130/80-17 beserta harga terbaek yang pernah aku dapat sekitar KL & Nilai yang sesuai untuk TX200G

  1. Metzeler Tourance 130/80-17 RM364 (Sunny Cycle)
  2. Michelin Pilot Sporty 130/70-17 RM205 (Ampang)
  3. Michelin Pilot Sports Radial 130/70-17 RM300 (NKS Sentul)
  4. Michelin Pilot Sporty 130/70-17 RM200 (NKS)
  5. Maxxis Promaxx Street 130/70-17 RM230 (Yulite Sentul)

MAXXIS eh? Tak pernah nampak lagi SBK / Touring bike pakai Maxxis setakat ni..Dari pencarian online, aku terjumpa kat forum Ninja 250 comment dari sorang pengguna ni..

“..This tire lasted 10K miles and was through 3K miles weekend and 3 track days. Great dry weather tire, but I never felt comfortable on it in the rain. Also, I couldn’t find a matching front — so I wouldn’t recomend it for that reason alone..”

MIK (Motorrader)

So.. aku rase aku bolehla kot expect life untuk tayar ni lebih kurang 12,000 – 16,000km kan? Memandangkan cuaca di Malaysia ni yang lebih panas dan permukaan jalan yang agak kasar secara amnya, dan motor aku pun lebih berat kat belakang kalau nak dibandingkan dengan Ninja 250.

So, memandangkan Maxxis aje yang available dan dalam bajet masa kat Sentul tu, so aku pilih tayar Maxxis Promaxx Street 130/70-17. Sehari selepas masuk tayar baru, aku dah kumpul hampir 300km kat tayar tu! Haha. Gile kan aku punye traveling? Yup macam tu lah kerjanya kalau buat sales consulting bang…

Kebetulan pula beberapa setelah pasang tayar Maxxis ni beberapa hari, aku join konvoi Benelli TNT600 Northern riders ke Betong Thailand. So kat situ, tayar tu dah makan pulak sekitar 900km pergi dan balik.

Setakat ni macamana prestasi tayar Maxxis Promaxx Street?

  • Touring: Agak lembut dan tak bouncy. Tak nampak tanda tanda haus lagi. Jalan highway atau kampung, getah tayar berprestasi dengan baik dan memuaskan.
  • Corner: Setakat corner biasa, prestasi bolehla dikatakan on par dan sama hebat dengan Pirelli Sport Demon
  • Braking: Macam terasa OK lagi dari masa Pirelli dah nak habis bunga dulu. Tapi ini mungkin hanya feeling aku semata-mata.
  • Performance masa hujan/jalan basah:┬áKurang meyakinkan bile corner tapi pada jalan biasa dan kelajuan biasa (60-80 kmh) tiada sebarang masalah.
  • Tayar belakang Maxxis saya tahan sehingga harini ini (20/3/2015), dengan jangkauan jarak perlajalanan sebanyak 25,000 km (!) dan masih lagi tinggal 30% – 40% dan telah ditukar ganti dengan Pirellli Scorpion Trail 130/80-17R (review akan menyusul).
  • Profil tayar sudah mule bertukar kepada bentuk petak bila saya tukar.

So kalau ade yg tanye aku recommend atau tak Maxxis untuk similar use, aku boleh katakan, “HazwanHashim.com recommend it!” :)

Sekian, adios!

[HazwanHashim.com]

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *