REVIEW: Keeway Dorado Black Knight 250cc

SALAM dan selamat sejahtera.

Sempena dengan kempen servis Benelli-Keeway Motorcycles S/B di Petaling Jaya pada 13-12-2014 yang lalu, saya diberi peluang untuk menunggang-uji jentera easy-ride terbaru BKM, iaitu Keeway Dorado Black Knight 250i

Specs Dorado Black Knight 250i adalah seperti berikut:

So hampir 30 minit saya bersama dengan motor berkenaan, saya berkesempatan untuk ronda-ronda sekitar Petaling Jaya dan New Pantai Expressway dan ini yang saya boleh rumuskan dalam review Dorado Black Knight saya

  1. topspeed sekitar 135kmh. BKM test rider claim ia mampu capai 140kmh (speedometer, bukan GPS)
  2. acceleration OK. Throttle responds quite fast.
  3. Satu tank penuh mampu bawak penunggang sejauh 380kmh. Tapi bila dah sampai 360kmh sudah start blinking (warning) dan anda patut mula cari stesen minyak terdekat.
  4. Suspension belakang keras, kurang responsif dengan jalan terutamanya jalan yang tak rata seperti highway NPE (buat malu jer panggil highway)
  5. Handlebar tak stabil bile dibawa lebih 120kmh (mungkin sebab bahagian hadapan yg ringan)
  6. Enjin pada unit pandu uji dah bunyi agak kasar, dan vibrate agak kuat pada mid-RPM (sekitar separuh throttle)
  7. Seat sangat selesa dan lembut, sesuai untuk jalan jauh
  8. Handle bar selesa untuk ride. tak terlalu tinggi atau rendah.

Itu sahaja review ringkas saya tentang model Dorado Black Knight 250i ni. Kalau saya ade duit, memang saya beli satu untuk buat custom sebab cutting body yang cantik dan warna matte-black agak menawan. Yang kurang menarik sikit pada pendapat saya adelah windscreen yang terlalu besar dan menampakkan moto sedikit ‘berumur’.

Kalau anda owner/penunggang Dorado, silelah komen dan kongsikan pengalaman anda menaiki jentera ini kat sini ya! Sharing is caring kan?! ;)

Itu sahaja. Sekian, The End!

3 years ago

21 Comments

  1. Salam semua. Saya pada mulanya berkenan juga dgn moto keeway dorado blacknight ni. Berkenan tang warna black matte dan ekzos dia. Pastu jumpa pulak dgn Daelim Daystar 250. Buat survey dan baca beratus-ratus review kedua-dua moto, tak jadi ambil keeway dorado. Saya tukar keputusan. Ambil Daelim. Kualiti nampak lebih baik dari keeway dorado. Sementelah pulak salesman moto tu kata Daelim punya buatan lebih bagus. Harga lebih sikit dari keeway, tapi kualiti lebih baik.
    Sekarang dah hampir 8 bulan saya pakai Daelim Daystar. Setakat ni sangat2 memuaskan hati. Belum ada sebarang masalah lagi (harap2 takde)..

  2. Aku bru je angkat motor benelli keeway black knight 250 efi nie, setakat nie puas hati sangat dgn harga dia dan performance, pleasure ride motor nie dari padang besar perlis ke tanjung piai johor mmg memberansangkan, tp aku xminat sound dia.. Mcm mana la nak buat bagi garang sikit?

    1. Bagus. Tahniah kerana berpuas hati dengan prestasi Keeway. Untuk ekzos, macam2 pilihan ade. Bawak je pergi kedai custom Harley/Vulcan, sure diorang tahu cemana nak buat kasi garang.. tapi perlu ingat mesin ni cc dia 250cc sahaja.. tak akan dapat bunyi 500/750/1200cc ya..

  3. Pada 25hb.Mar 2015 saya collect motor Keeway dorado black knight. Semasa ride balik ke rumah dr.kedai dapati hose filter angin tidak dipasang. Semasa
    Ride handle didapati slightly senget.
    Yang paling menyedihkannya ialah pada hari ke 21 iaitu pada 17hb.April 2015 tiba-tiba motor tidak boleh start. Sangat sedih & marah motor baru tak boleh start.
    Call service center pada pukul 6.30pm tiada jawapan maka keesokan hari saya call pagi-pagi, then chief mechanic datang pukul 1 pm & Cuba repair tetapi tidak berjaya. Beliau kata nak kena bawa balik ke workshop tetapi Mereka tidak Ada Lori pada hari itu , maka terpaksa tolak motor sejauh 2km Dari tempat stop ke rumah saya.Pada hari Isnin pukul 4pm baru Lori dtg ambik motor. Hingga ke hari ini motor ini masih di workshop jalan Ipoh. Kalau ikutkan hati nak saja tolak balik ke kedai tapi org kedai bagi tau walaupun motor baru 21 hari ambik, ia di consider dah Jadi secondhand maka harga dropped 40%. Saya pun dah pening Ni.. Saya nasihatkan kawan-kawan fikir 1000 Kali kalau nak beli black knight. Rupa cantik tapi not reliable,customer service very poor. Kita beli motor baru supaya trouble free tapi kalau motor baru rosak,baik beli motor secondhand ,puas hati.

  4. Salam , saya baru ambil Keeway Dorodo Black night , agak berpuasa hati dgn kelajuan, cuma vibration yg kuat dibahagian depan .

  5. Pernah uji pandu Daelim Daystar? Mana lagi best? Dr spec sheet Daystar lebih kuasa dan brek depan dia pun guna twin disc. Thx

  6. Saya baru beli blacknight, baru 300 km lebih, kekadang nak masuk gear 1 agak liat, kena main clutch baru boleh masuk. Ada sedikit kebocoran minyak enjin pada enjin……

      1. Dalam. Di mana yer sy boleh send tuk service moto ni? Di k.l. apa namanya pusat servisnyer,? Agak runsing tuk mncari bengkel yg ada sparepart moto jenis ni?

    1. saya pun baru beli dorado blacknight, mula-mula amik, bila sampai rumah dah ada leaking minyak enjin. baru-baru ni, ada free servis d Johor Bahru(saya tinggal d Batu Pahat), balik ke rumah anak saya d JB, esuk pagi leaking lagi, d bahagian lain, tambahan lagi, saya check, hos filter udara x d pasang semula ,menyebabkan ia terbakar d ekzos, esuknya saya ke tempat semula, di ganti dg yg “second hand”. Saya kembali ke Batu Pahat, esuk paginya, minyak masih leaking bersepah d lantai. Saya rujuk ke JB, dia minta saya servis d Batu Pahat, Rupa-rupanya, hos minyak petrol, pasang tidak sempurna.Kesimpulannya, servis tidak proffesional, menyusahkan pelanggan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *