REVIEW: GIVI Helmet M11.0 Duo-Visor

Salam, selamat sejahtera semua.

Bagi yang mencari review helmet GIVI M11.0 (Jet a.k.a. Open Face), saya terpanggil selepas rakan saya, TriStupe.com dah buat satu review dalam bahasa Inggeris. So saya fikir, apa salahnya kalau saya buat juga satu dalam Bahasa Melayu, memandangkan bahasa ini difahami dengan jelas kat 2 negara peneraju ASEAN; Indonesia & Malaysia.

Baiklah, helmet open face ni saya perolehi secara pakej semasa menyertai pakej Convoy Benelli Keeway Motorcycles. Setelah buat cubaan dan pre-fitting kat GIVI Center Jln. Ipoh, Saya dapati saya lebih selesa menggunakan saiz M walaupun ukur lilit kepala saya adelah sekitar 59cm (saiz L). Reason: Helmet yang ngam-ngam saiz atau sedikit besar akan lama lama nanti ‘membesar’ dan bila dipakai masa ride, akan terhuyung hayang bila ada jalan yang tak rata. Oleh sebab tu, saya decide ambik M, so ketat sikit pun takde hal la.

Dengan berat hanya sekitar 1380 gram, saya dapat rasekan perbezaan kualiti dan fitting bila saya beralih dari KBC TK-5 (fullface) ke helmet ni. Span dalamannya, walaupun taklah setebal KBC, boleh saya katakan mencukupi untuk kegunaan  harian. Berat helmetnya pulak membuatkan saya lebih senang untuk menoleh kiri-kanan bile bermotosikal.

Dari segi buatan & designnya, GIVI M11.0 D-Visor dibuat di TAIWAN (saya anggap dari vendor GIVI la kot) dan designnya adelah dari GIVI (Malaysia/Itali saya tak sure). So dengan warna putih dan kontrast pada intake dan exhaust berwarna kelabu, saya dapat rase helmet ni cantik sebenarnya. Yang lebih syok lagi, helmet ini didatangkan dengan drop-in & lift-up visor (D-Visor) yang korang boleh gunakan bile cuaca terlalu terik atau panas. Saya dah cuba gunakan visor hitam ni dan saya rasekan, ciri-ciri ni sangatlah berguna untuk bikers kat Malaysia.

Dari segi keselamatan dan overall usage pula, helmet jet GIVI M11.0 ini dilengkapi dengan chin-strap jenis klip slide-in. Saya kurang yakin dengan kekukuhan klip ini kerana ia dibuat dari plastik aje,tapi helmet ini telah lepas JPJ testing dan juga ECE so rasenye, oklah kut? On the other hand, saya rasa klip tolak masuk ini sangat memudahkan kerja saya untuk buka-pakai helmet setiap hari berbanding D-ring pada helmet KBC yang ikut spec racing yang agak menyusahkan bila nak pakai dan buka setiap hari. Saya telah pun ride dalam hujan dengan helmet ni dan ternyata, helmet ni kalis air dan pada bahagian visor hadapan juga, kedap air (air selalunya masuk melalui bahagian visor yang terletak kat depan dahi tu). Overall, lepas HaziRainTest (HRT)! :D

Overall, saya rasa helmet ni adelah helmet half-face/Jet/Open-face yang paling berbaloi dalam market helmet kat Malaysia. Harganya berada sekitar Rm240 (kedai motor) – Rm280 (GIVI Center) tapi saya dapat helmet saya percuma dalam pakej Konvoi MotoGP Sepang 2014 so, memang saya sangat happy la :) Mungkin helmet ni bukan dalam lingkungan harga mampu milik untuk semua orang, tapi saya rasa helmet adelah aksesori yang bikers tak boleh nak kedekut sangat untuk berbelanja sebab ianya melindungi aset paling berharga pada manusia, iaitu kepala dan otak kita.

Helmet ini terdapat beberapa design dan warna macam kat bawah ni. Saya punye warna solid white (masih terfikir nak ke tak hanta pergi airbrush design yang cool cool sikit huhu)

M11.0 GIVI M11LCR-M11 LCR HondaYang paling limited edition rasenye adelah LCR GIVI MotoGP Team.

Sekian. Harap u guys enjoy review ni dan sile komen kat bawah kalau ade nak tanya pape, ok?

3 years ago

16 Comments

    1. Saya terpaksa jual sbb size M. Kepala saya size L or XL sbb pakai serkup kepala.

      Beli 2hb Sept 2015. Baru pkai smlam and pagi tadi. Ketat smpai saya gigil nak muntah. If berminat roger.

  1. memag bagus helmet ni berbanding dengan ARC Riz,Shoei J Force II dan Arai..bagus tapi harganye tak tahan mahal sangat pada mula saya nak ambil Arc Zitro..bentuk lebih kurang..tp dah terpandan pada helmet ni sy terpegun juga pasal ada dou visor tu yang mantap..oklah dengan helmet ni..mmg mantap air ventelation pun ok cool jew..tapi dekat man nak dapat Visor Tint utk helmet ni bro…sy pakai yang Limited edition

    1. Beli 2 hb sept 2015.Aku baru test pagi td dari Ijok ke Bangsar. 3 kali berhenti. Memang pening smpai aku gigil nak muntah, hahahahaha nk tukar size kdai xnk. So aku kna let go beli size besar L or XL.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *