Hi semua!
[UPDATED] Cerita bermula bila saya secara tak sengaja saya sampuk perbualan rakan TXRiders yang tengah cari top box untuk motor Keeway TX200 dia. Alhamdulillah GIVI E45 milikku akan bertukar tangan ke owner yang baru dengan harga yang sangat memuaskan kat kedua belah pihak.
So pada mulanya macam tak nak pakai topbox dah, tapi bila fikir convenience untuk simpan barang dan letak laptop masa bawa motor, saya terfikir ape salahnya kalau upgrade sikit saiznye?
Antara brand yang jadi pilihan saya GIVI, SHAD, COOCASE & KAPPA, dengan Hepco Becker, SW-Motech dan TouraTech bukanla mainan liga saya motor murahan ni. hihi. Bile dah usha-usha online, saya beralih ke Coocase V50 Reflex sebab ade beberapa projek cool yang saya rasa nak buat dengan box Coocase ni.
1. Interchangeable lens cover!
2. Keyless Open/Close/Lock Remote System , LED Brake light (done) , Charging dock & Alarm system! Woohoo!
3. Padded inner liner (untuk jaga barang dari calar/kurangkan hentakan/vibration)
Demo video HD yang telah saya upload kat youtube berkenaan dengan operasi buka/tutup Coocase V50 Reflex secara manual.
Kalau korang perhatikan pada beberapa saat awal video, saya struggle sedikit untuk masukkan kunci. Ini salah satu mechanical defect/design flaw yang saya jumpe pada Coocase V50 ni yang saya harap Coocase akan improve di masa akan datang.
Setelah dipasang Coocase V50 Reflex ni pada motosikal saya, saya pun cuba test-ride la sekitar kawasan rumah dan juga ke tempat kerja (sekitar 20km). Apa yang saya perasan, terdapat bunyi knocking antara plastic bila saya lalu jalan yang tak rata / lubang. Bunyi ni tak pernah saya experience masa guna GIVI dulu. So saya akan investigate dan cari jalan penyelesaian untuk hilangkan/kurangkan bunyi knocking plastik tersebut. Sekiranya berjaya, saya akan update kat sini dan share kan dengan pembaca semua.
RAINTEST? done! Coocase V50 ni telah pun temankan saya meredah jalan pulang ke rumah lepas kerja and to my surprise, takde setitik pun air hujan dalam box! *lompat bintang*
Till then, I hope you enjoy my simple review. Kalau ada yang berminat untuk beli box Coocase V50 ni (box sahaja + LED brake light w/out installation & w/out Poslaju) pada harga RM310.00 sahaja, bolehla email kepada saya enquiry@hazwanhashim.com
Ciao!
Salam bro boleh tak saya nak dapapatkan lens cover cp5000 untuk coocase reflex v50
Salaam bro Ada lagi ram stock ni..kalau Ada says bank bro Dan berapa harga
saya nak alat ganti coocase ada ke
Maaf sekarang saya tak jual coocase dah
Assalam…sy mmg dok cari box coocase ni.. harga rm310 lg ke?
Harga sekarang dah naik la bang Sabri.. RM400. Dengan harga ni saya lebih syorkan abang beli GIVI E45. lebih kecik sedikit tapi kualiti pemasangan secara keseluruhannye lebih baik. Tapi kalau nak jugak boleh hubungi saya melalui email enquiry@hazwanhashim.com
Salam bro,
Coocase ni ada stock lagi ke? Sbb saya dah cari beberapa kedai area Shah Alam. Kebanyakkannya dah x amik Coocase ni. X tau sebab apa. Kalau ada lagi boleh roger saya?