REVIEW: Benelli Keeway TX200G Motard

Salam sejahtera, selamat datang ke blog.HazwanHashim.com

TERKINI: Benelli Keeway TX200G  saya dah dijual!

2013

Baru baru ni, disebabkan desakan trafik Kuala Lumpur yang selalu je sesak, aku ambik keputusan untuk kembali menjadi Kamen Rider (Henshin!) . Laluan MRR2 dari Wangsamaju – Sg. Buloh adalah sangat menyakitkan hati dan poket untuk diredah hari-hari dengan kereta, tambahan pulak kerja aku kini belum lagi dapat dikategorikan sebagai penyumbang aras High Nation Income seperti yang dicanang oleh PM kite.

So dalam mencari motor yang sesuai, aku masih tertanya-tanya motor ape yang sesuai dengan riding style aku iaitu ligat di highway, steady (besar?) dan yang paling penting bukan kapcai/moped. I am done with the small bike, brothers. So jangan comment suruh aku fikirkan beli Yamaha LC135 atau Belang R150 ya.

Anyway, bajet aku bawah RM10,000 dan agak smart di mata. So motor ape ya? Aku sebenarnya tertarik dengan lineup bike yang ditawarkan oleh Benelli-Keeway, iaitu Benelli ‘Tornado’ TNT600, TX200G dan jugak RKV200G. Benelli TNT600 atau BN600 (RM32k OTR price) sememangnye dah out of budget, tapi cantik  dan masih tak release officially (semasa aku plan nak beli). Sekarang dah release. Aumm 4-inline!

Benelli TNT600 4-inline engine street naked bike. Aumm!

RKV200 streetbike (dah available kat market, RM8000 cash OTR lebih kurang) pula masih tak available semasa aku dok mencari motosikal dan pilihan last, TX200G (RM7300 OTR cash) ajer yang tinggal. Err, moto scrambler/motard? Made in China tapi design kat Italy oleh Benelli? Okay ke ni?? Tu memang bende yg bermain kat kepala aku masa tu.

Satu malam suntuk jugak dok fikir. Hmm. TX200G atau Yamaha FZ150i? Sebab masa ni tawaran motor lain adelah terhad. Megelli Daichi masih lagi tak berapa stabil dari segi dealership, pasang pun kat Sarawak. So kalau ade apa-apa masalah parts, lama jugak nk restock tu. Yamaha FZ150i pulak macam OK, fuel save dll tapi.. hmm tapi.. mainstream sangatla. Last last bile pergi ke showroom Benelli-Keeway, terus tak tahan tengok TX200G color Oren. Damn, striking gile!

Keeway TX200G parking baek punye atas Bobkins Paddock. Copyright 2013 HazwanHashim.com

Keeway TX200G parking baek punye atas Bobbins paddock stand. Copyright 2013 HazwanHashim.com

So tanpa melengahkan masa, duit pun dah on dalam bank, aku ke Batu Caves atas cadangan salah sorang rider TX200, Syahrin yang baru aje angkat moto die kat kedai tu dengan harga RM7300, aku ke sana. Sebelum letak deposit, dapat test naik moto Syahrin. Mule mule agak kekok sikit dengan clutch sebab dah lama tak naik motor ada clutch, tambahan pulak body scrambler-motard yang tinggi dan lebar. “Letak  RM300 dulu, and next day, U boleh datang ambik dan bayar the rest” kata tokey kedai. Fuh. Tolongla keluar next day.

Fast forward, next day dekat pukul 6 petang next day kedai, call; motor dah ready utk pickup. yesza! Kalau tak mahu kene tunggu hari Sabtu/Isnin seterusnya. First impression bile naik TX200, fuyoo tingginye! Walaupun aku ni 169cm, kaki masih lagi terjingkit sikit bile dah duduk betul betul atas seat. dan seperti yang dijanjikan, Givi Box bersaiz 35L diberi secara percuma, skali dengan base platenya. Sweet!

First impression bile throttle diputar; instant response dari enjin berkapasiti 200cc ni, single cylinder dengan 2-valve. Terus pergi ke depan beb! Tayar Pirelli Street Demon 100/80 depan dan 140/70 belakang memang memberikan grip yang sangat bagus pada jalanraya di Malaysia yang penuh lopak di sana sini.hoho

One thing yg aku perasan pasal keistimewaan TX ni adelah, riding position yg agak tinggi dari motorsikal biasa, dan jugak seat yang lebar dan lembut untuk rider dan pillion. Senang cerita; touring material! Tak seperti bike scrambler yang lain yang mempunyai seat seperti papan lapis tu, TX ni lebih kepada dual-purpose sebenarnye, which mean korang nak lalu offroad sikit sikit pun takde masalah, kalau jalan biaser lagila tak jadi masalah. Upside down (USD) fork kat depan pulak bagi comfort yang agak baik, especially kat jalan yang kurang rata dan pada masa yang sama firm jugak di corner.

YANG TAK BEST sikitnye adelah; bunyi engine dan gear. Bunyi enjin TX200 ni, walaupun aku dah running hampir 35,000km skrg, masih lagi di takuk yang agak mengecewakan bunyi die dan bising nya. mungkin aku tak biase lagi dengan enjin single cylinder motard yang responsive, tapi rev habis full throttle dekat mana mana gear on road akan menghasilkan bunyi yang tak berapa sedap didengar..aih, kene upgrade exhaust gamaknye. Gear pulak, walaupun agak smooth pada gear 3,4,&5, adelah sedikit tak smooth pada gear N (neutral), 1 & 2. Kadang kadang nak freekan gear (1000km pertama) punyerla susah, sampai kene main dengan throttle. Tapi jgn risau, masalah gear ni akan slow slow hilang bile korang dah pergi service 1000km pertama (lepas running-in) sebab foremen kat service center Benellli Keeway, Jln. Ipoh akan tolong setting balik. Diorang dah arif dah. Situasi hampir sama kat semua TX.

Same benda yang lemau sikit; pemasangan skru. Dah 3 barang di TX aku tercicir/jatuh/hilang sebab pemasangan skru yang kurang ketat. Kejadian pertama; piping leg cover yang tercabut skru dan jatuh mane ntah kat hiway (kene pau RM40 untuk ganti), cover untuk plate light belakang (patah/tertanggal, pun tak tahu jatuh mana, RM14.60) dan jugak oil cooler (nasib baik tak jatuh, tapi 1 skru dah tanggal, satu lagi dah senget).. So step pertama yg korang perlu buat SENDIRI ialah; check skru skru yg tak bertanda biru dan ketatkan jika LONGGAR. Benelli Keeway, please ambil perhatian ya!

Soalan lazim: BERAPA TOPSPEED dan FUEL CONSUMPTION?

  • TOPSPEED

Yang berjaya aku capai setakat ni adelah 130km/h kat straight line.itupun agak struggle sebenarnye nak dapat. Biasenya, aku boleh katekan TX200 ni mampu cruising dalam area 115kmh-125 sahaja.. Kelajuan ini adelah lebih kurang hadlaju pada kereta (pernah bawa side by side dengan Myvi). Dah ade pun yang modify TX diorang dan dapat 140km/h++ tapi kalau nak kekalkan ketahanan moto untuk touring dan lain lain, kekalkan aje dalam bentuk standard kilang.

  • FUEL CONSUMPTION:

Dalam mix riding mode (bandar sikit sikit & highway), TX200 aku dapat main minyak 1 tank (lebih kurang 9L) untuk pergi sejauh 200-210km. Nak senang kan kira, korang isi aje tank sampai full, tengok ODO meter, tambahkan 200km untuk isian seterusnya. Kenapa 200km aje? Sebab aku ni jenis yang macam pelesit atas highway. Hahaha. So kalau dari Wangsamaju ke Sg. Buloh tu, sekali naik DUKE Highway ajer, memang full throttle ajerla sampai ke destinasi.

Fuel consumption semasa 10,000km pertama: 21km/liter RON95

Fuel consumption sekarang (35,000km ODO) : 20km/liter RON95

Buat masa ni, TX di Malaysia masih lagi takde meter/indicator minyak digital di skrin, walaupun TXM200 di Thailand & Benelli Python 200 di Indonesia ada indicator minyak. Team TX Malaysia masih lagi buntu dan masih lagi R&D untuk cari penyelesaian. Mane tahu boleh import brg dari Thailand ke kan..

CONCLUSION (setelah pakai moto ni selama 1 tahun 8 bulan/ 35,000km)

  1. Positive feedback – VALUE FOR MONEY. Steady di highway. brader brader SBK angkat tangan. Seat selesa. After-Sale service yang mantop (Service Center Jln Ipoh). Dah travel jauh ke Singapura dan juga Betong, Thailand. Kawan kawan pun ramai dari geng SBK. Orang tak pandang macam motor CC kecik lagi dah.
  2. Negative – 200cc tapi power macam 150cc ajer. Takde meter RPM/Penunjuk Gear/Minyak. Clutching kasar. Bunyi enjin kasar & bising. Spare parts aftermarket belum ader banyak lagi yg specific, perlu di kacukkan dengan model motor lain. Radiator minyak dah 2x tukar sebab leaking (dan 2x juga kene bayar sendiri sebab dah habis warranty), absorber belakang dah keras macam motor main trek.

Itu sahaja. Adios amigos!!

About the Author

Hazwanhashim.com

147 Comments

  • Abam said:
    22 September, 2016 at 12:56 PM

    Fz movistar smart oo..

  • kun said:
    4 May, 2016 at 5:46 PM

    bro…
    nk tnye la….den nie suke travel tp pusing2 semenanjung je la…
    ade la dlm sbln tu skali or 2 kali ride pusing…saje mkn angin..
    minat scram tp membe ade gak ckp scram x kuat sngt buat travel jaoh2…
    ade pe2 cdgn ak mne moto2 scram yg x de masalah travel slalu travel jaoh2…
    skang nie main lc je..

    • Admin (Hazi) said:
      4 May, 2016 at 6:32 PM

      LC tu kapcai. Mane sesuai utk touring jauh-jauh nanti sakit badan. Tangki mintak pun kecik.

      Utk touring say suggest gune moto dual-purpose (macam TX200) atau Street bike yang posisi tegak macam Duke 200, RKV200 dan Yamaha FZ150

      • ABD RAHANUDDIN said:
        7 November, 2016 at 12:07 PM

        Assalaamualaikum admin,

        motor TX200 saya suadh 1.5 tahun. Kini minyak hitam keluar di bawah banyak. Apa agak nya kebiasaan kerosakan dan di mana boleh saya hantar repair kedai yang mahir dan biasa dengan Keeway ni, terdekat di kawasan semenyih arah KL.

        Terima kasih … RAHA 010 776 0118

        • Admin (Hazi) said:
          7 November, 2016 at 6:07 PM

          Minyak hitam kat bawah tu biasenye berpunca dari gasket enjin yg dah tak cantik. Boleh bawak moto ke Service Center (SC) di Jalan Ipoh, KL atau pun Taman Tenaga, Cheras. Sekian

  • kun said:
    30 April, 2016 at 10:31 PM

    hye bro…
    skang nie mmg tngh cari ape2 scram..tp x tau mne scram yg sedap bwk travel.. sbb sye suke travel…dlm 1 bln tu ade la dua kali travel tp tu naik lc la..tau ak mne2 scram??…

  • ayub bin somudi said:
    11 February, 2016 at 1:56 PM

    Assalamualaikum bro..nak tanya spoket standard tx200 ni saiz apa ye..satu lagi nak join club mcmana..

    • Raj Kumar Soman said:
      12 April, 2016 at 1:43 PM

      well written piece ,,, lotsa information .. Syabas !!

      • Admin (Hazi) said:
        12 April, 2016 at 4:03 PM

        most-welcomed. I am glad that you enjoy this article.

    • Admin (Hazi) said:
      12 April, 2016 at 4:13 PM

      Maaf saya tak ingat size sprocket berapa. sila check buku manual.
      kelab TX yg masih aktif: SB Riders Community.

  • mx said:
    7 July, 2015 at 10:14 PM

    Bro nak tanyak keeway ni kualiti Okay tak?? Best??

    • Admin (Hazi) said:
      8 July, 2015 at 9:45 PM

      biase biase saja. But better value for money dari LC/kapcai bike. Harga pun murah, spareparts mahal sikit dari kapcai

  • 27 April, 2015 at 2:30 PM

    Alhamdulillah..segala info dalam blog nie berguna..bermakna saya dh buat pilihan yang tepat.insyallah minggu ni keluar..

  • alam said:
    25 December, 2014 at 12:17 AM

    Askm bro…moto sy masalah spt spoket habis bila masuk gear 1 n 2… bl check spocket ok semua… adakah dia cluch speed sudah habis?

    • Admin (Hazi) said:
      25 December, 2014 at 12:45 AM

      kene bawak pergi service center/official dealer/bengkel scrambler bagi die check. I bukan foreman, sorry.

    • ARE'LONG said:
      19 February, 2015 at 1:18 AM

      Assalam. Ingin bertanya sesuatu jika dpt membantu. Sy baru beli motor TX200G ni. Semlm baru amik dari kedai. Permasalahannyer ialah motor sy x de pickup langsung. Masuk gear 1 mcm masuk gear 3. Kerb kt umah yg setinggi x sampai 50mm pun payah nk lepas. Terpaksa sy pulas minyak habih baru ade lonjakkan. Ape permasalahannyer yerk. Nk kembali ke kedai motor tu smula kene tunggu la jwp nyer selepas cuti raya baru bukak. Harap dpt membantu. Tima kasih

  • osz said:
    22 December, 2014 at 4:19 PM

    Salam bro, nak tanya engine oil 10w-30 @ 10w-40 sesuai guna tak kat tx?

    • Admin (Hazi) said:
      22 December, 2014 at 10:14 PM

      kurang seswai. enjin TX ni jenis panas dan teknologi lama. So 15W-50 atau 20W-50 lebih sesuai

      • osz said:
        6 January, 2015 at 12:18 AM

        Ok bro, saya sekarang pakai 15w-40, pakai semi rasa macam kasar sikit engine, rasa pakai mineral base lagi sodap. berkenaan list modification untuk cruising speed tu, nanti saya email bro.

  • ayie said:
    21 December, 2014 at 2:02 PM

    slm bro.. hose radiator minyak berape harga? saya punya dah leaking..mohon penjelasan…tqvm..

    • Admin (Hazi) said:
      21 December, 2014 at 7:30 PM

      sila call Benelli Keeway (bahagian spareparts). TQ

  • najiro said:
    7 September, 2014 at 6:31 AM

    Salm konering ok x ….berape km buleh jalan…n tahan x jalan jauj jb ke kelantan heheheheh kalau ok nak angkat niii

    • Admin (Hazi) said:
      8 November, 2014 at 6:15 PM

      Saya dah bawa balik Kelantan 2x.. Singapore 2x.. Betong (Thailand) 1x.

      Cornering okayla. tak lah menggelabah sangat, tak lah sedap sangat

      • osz said:
        9 November, 2014 at 6:40 PM

        Salam bro hazwan…semalam saya pi ride ke potdeksen..odw balik ikut hiway pd topspeed max out 100kmj je. Nak tanye ada apa2 yg boleh dibuat nak bg cruising speed mcm 120-130?

        • Admin (Hazi) said:
          9 November, 2014 at 11:43 PM

          Sepatutnye kalau standard kilang tak jadi masalah nak bawak 110-120kmh..kadang-kadang 130kmh pun boleh. Hmm maybe kene setting balik carb dan tengok gak kalau ade bende lain berkait.

  • Zaidi said:
    6 September, 2014 at 8:55 AM

    Salam. Saya baru beli satu 2 hari lepas. Nk tanya, starter memang kena ambil masa untuk boleh digunakan ker? Starter moto saya x boleh guna lagi ni…

    • Admin (Hazi) said:
      8 November, 2014 at 6:16 PM

      Sepatutnye dah boleh gune terus.. cube hantar balik kedai moto minta diorang check battery/wire connection.

  • chor said:
    8 July, 2014 at 2:14 PM

    2 valve ke … atau 4 valve spec kat
    http://www.benelli.keeway.my/image/post/brochure/tx200g2013.pdf

  • hafiz said:
    26 June, 2014 at 2:29 AM

    admin saya duk wangsa maju..nk join club bleh?bile2 ride nk follow..

    • Admin (Hazi) said:
      6 July, 2014 at 10:52 PM

      wah dekatla kite.. whatsapp no bro boleh kite kluar sahur atau buka skali

  • Arul Azmi said:
    4 June, 2014 at 12:04 AM

    Tx2oog jika dibanding ngan fz150i 2014 baharu punya, yg mana paling jimat minyak dan best handlingnya ?

    • Admin (Hazi) said:
      10 June, 2014 at 11:55 PM

      Sile ambil FZ150i baru kalau mampu beli.

      FZ150i lebih laju, lebih reliable, lebih pickup, lebih jimat minyak (injection), lebih banyak aksesori dan lebih MAHAL. :)

  • Mohd Amin said:
    11 May, 2014 at 9:34 AM

    Kenapa nama group ‘keeway tx200g Malaysia’ Kat dalam fb tak ada pon

    • admin said:
      11 May, 2014 at 9:50 AM

      sorry group tu dah tutup skrg. TX200 ade 2 group sekarang. 1) TXRiders (official dari Benelli-Keeway Motorcycle) 2)Riders SB Community
      Kalau setakat nak info/maklumat sahaja, boleh ke info page Keeway Benelli Riders Malaysia

  • adam said:
    5 May, 2014 at 9:05 PM

    Salam semua..saya jg sudah berminat untuk beli tx200, tp kedai ckp spare part dia susah nk dpt, betulkah? Apa pendapt saudara?
    Then part tiada petunjuk meter minyak..haha..mcm nk tahu bila nk isi..cuak jg sy…then boleh saudara bg th tiap2 kali service berapa banyk rm diperlukan?

    • admin said:
      5 May, 2014 at 11:01 PM

      1) Susah nak dapat kalau main sorong sahaja motor masuk bengkel. Duduk mana? Join kelab la. kitorang support satu sama lain. Saya duduk KL ok ajer. Lagipun nak buat ape risau spare parts bukan moto rosak 2 bulan sekali pun??

      2) Minyak satu tangki cukup 200km so.. isi penuh tank setiap 200km.

      3) Servis bergantung kpd jenis minyak yang dipakai. Biasenye sekitar Rm35 sahaja untuk plug+minyak. Kalau tukar brakepad ape semua pergi lah dekat Rm70-Rm100

      • shukur said:
        11 May, 2014 at 10:42 AM

        salam admin…nak join kelab admin tu mcmner?

      • azman said:
        14 January, 2015 at 3:32 PM

        hi admin, sy duk JB ada club x kat area sini.

        • Admin (Hazi) said:
          16 January, 2015 at 12:18 AM

          maaf saya tak tahu kalau ade kelab ikut negeri. Just seach FB Txriders atau Riders SB Community. Thanks

  • #nubisfirsttimenaikmotard said:
    2 May, 2014 at 10:53 AM

    Salam bro Haz,

    Saya baru je ambik motor ni and ada sedikit soklan.

    1) Time bawak run-in, berapa max speed yg sesuai?
    2) Dlm manual ada kata 300km check-up, yg itu kena gi buat ke tak perlu?
    3) Semasa 1k Service, selalunya berapa Liter EO yg perlu dituang, jenama yg sesuai & selalunya berapa total kos service tersebut?

    spt bro terangkan, mmg ada je skru yang lesap bila re-inspect kat rumah haha. anyway thanks in advance bro. :)

    • admin said:
      5 May, 2014 at 10:59 PM

      1) 70-80kmh
      2) Lagi kerap tukar lagi bagus sbnrnye. Poket ajerla hangus sikit. Saya tukar 500 dan 1000. Kalau nak tunggu 1000 pun takpe tapi jangan belasah
      3)1L. Jenama tak kesah yang penting gred 15W-50 atau 20W-50, gred API SL/SM/SN dan ade JASO MA2

      Ya skru memang selalu kene check

      • #nubisfirsttimenaikmotard said:
        20 May, 2014 at 12:04 PM

        terima kasih bro.

  • hafiz said:
    14 April, 2014 at 1:48 PM

    bro, rantai. spoket, cable minyak & clutch berapa kilometer dah tukar? cable minyak & clutch memang tak tahan lama ke? berapa harga rantai, spoket, cable minyak & clutch? motor kalau pkai slalu, tayar bleh tahan brapa lama (mengikut pengalaman bro)? mohon share bro..tgh buat survey..klu xkeberatan bleh whatsap 0193393949..

    • admin said:
      14 April, 2014 at 2:15 PM

      bro banyak sangat ko nak belajar dalam satu message aje. saya cadangkan datang berjumpe sendiri dengan owner-owner TX dan tanyelah puas-puas especially part harga dan ketahanan barang (terlalu banyak harga dan spec dan ketahanan). Rule of thumb nya, lebih murah barang kurang tahan sikitla. Overall barang-barang TX masih lagi mampu beli

      Utk tayar, sila rujuk review tayar Pirelli saya.

      Sekian

  • hafiz said:
    7 April, 2014 at 6:06 PM

    bro, u punya motor apa part yg dah tukar? waktu bile nak kena tukar meter cluster? harga tayar depan & belakang berapa harga?

    • admin said:
      7 April, 2014 at 11:46 PM

      service biasa setiap 2000km.. Major service buat checkup la. So far brake pad dah 2x tukar.. Rantai 2x.. sprocket 1x..cable minyak dan clutch 1x.. meter panel tak perlu tukar kalau tak rosak.. Harga tayar tengok pada jenis ape bro nak pakai la.. tayr depan boleh pakai Maxxis dalam RM160, tayar depan kalau pakai Metzeler Tourance RM360.. Kalau Pirelli, lebih kurang harga Metzeler juga

  • Ida said:
    6 April, 2014 at 11:05 PM

    Salam..secara jujurnya, dalam tempoh saudara memakai motor TX200G ni, apa spare part yang saudara dah tukar dan kenapa? Apa yg dikatakan meter cluster dan waktu bila kena tukar?

    Tqvm

    • amy said:
      11 April, 2014 at 10:31 PM

      salam bro, sy baru beli TX.. tapi 2nd punyer dgn mileage 4k dan smpai bln 5 warranty kat S.C.. mntak pandangan dari bro apa yg perlu sya servis kat TX tu sbb buku manual nyer xder.. lg satu cover lampu kat “Number Plate” dh trcabut.. ade kedai2 slain S.C yg bro tau bleh buat? thanz in advse bro.. :)

      • admin said:
        11 April, 2014 at 11:11 PM

        service sahaja seperti biasa (setiap 2000km) dekat SC/ authorised dealer. Servis biasa = tukar minyak enjin, check plug. Cover lampu hanya boleh dibeli di SC. RM21. boleh cash and carry sahaja

  • hafiz said:
    4 April, 2014 at 8:31 PM

    Salam..bro, sy tgh berkira – kira nak ambil TX200..so nak tanya bagaimana dari segi mentenan, berapa harga sekali service (tukar minyak hitam & oil filter). kemudian bagaimana dgn harga spare part nya?

    • admin said:
      5 April, 2014 at 9:19 PM

      Maintenance mahal sikit shj dari motor cup.. Minyak paling murah dan agak OK Petronas 15W-50 Semi Synthetic 1L (RM29), plug Rm5, Oil Filter takde so free aje.. Harga spareparts die agak mahal sikit.. Meter cluster RM400+ , penutup lampu plate belakang RM28 , pedal kaki RM28 sebelah dll..

  • Muhammad Mujahid said:
    19 February, 2014 at 10:33 PM

    salam…
    sedara…
    kalau kt penang kt mna nk dpt kdai motor keeway ea?

    • admin said:
      23 February, 2014 at 10:22 PM

      Sile check website rasmi benelli keeway malaysia untuk senarai dealer seluruh negara dan yg terdekat dengan saudara ya. Wassalam

    • john said:
      31 March, 2014 at 2:47 AM

      salam..kalau kat penang hot bike jelutong ada/atau kedai motor nama apa ntah dekat merbau kudung sungai dua

  • STEVEN said:
    18 February, 2014 at 10:45 AM

    Salam sejahtera admin,
    saya hari hari ulang alik dari kajang – klang – kajang, sekarang tengah pakai wave 100R dah 2 tahun pakai sampai 3 kali jam block, nie baru dapat recomment moto tx200g tapi sebelum beli nak tanye yang abang abang yang dah tengah pakai nie ade pernah tak masalah block jam ke setelah jauh dipakai ?

    • admin said:
      18 February, 2014 at 11:46 AM

      Hi Steven. So far dengan TX200G block jammed takde dengar lagi..U just kena jaga minyak hitam, pakai yg pekat sikit macam 15W-50 atau 20W-50. Moto u jammed sebab Wave 100R bukan bertujuan untuk travel untuk distance macam tu. hehe

  • ary said:
    15 February, 2014 at 12:35 AM

    salam bro….aku baru ambik tx ni….aku ingat nak tukar exzos….bole rekemen exzos ape yg ok.?

    • admin said:
      16 February, 2014 at 1:24 AM

      ekzos kene tanye poket dulu. ade yg jenis memekak ade yg jenis bassy. ade yg slip-on (tabung shj) ade yang full system (custom). Performance tak berubah banyak pun tukar ekzos. so saya tak boleh nak recommend any specific ekzos. sorry

  • Shsh said:
    8 February, 2014 at 4:39 PM

    Lagi satu…moto ini tiada oil filter kan?

    • admin said:
      9 February, 2014 at 2:25 PM

      Die ade built in oil filter, tapi dipanggil oil strainer. Die macam penapis teh besi, kecik je sebesar ibu jari. Recommended setiap 2 x servis at least buka cuci..

  • Shsh said:
    8 February, 2014 at 4:21 PM

    Abang guna minyak hitam apa untuk motor ini? Dan apa yang paling elok sekali tahap weight untuk motor ini….10w40 atau 15w50?

    • admin said:
      9 February, 2014 at 2:24 PM

      Saya gune ELF Race 20W-50 Semy-Synthethic. Boleh juga gune 15W-50 atau 10W-60 kalau ade jumpe. Yg penting minyak berat.

  • gaddafee said:
    15 December, 2013 at 3:36 AM

    Salam semua,

    Saya dah pakai tx200g 9 bulandan dah tukarcable trotle 2 kali cable clutch 1 kali. Dan skrg saya dah pakai honda cb punya cable. Camna korang boleh cecah speed sampai 120 to 130 padahal aku cuma boleh cecah dalam 110km iupun punya seksa pulas. Boleh bagi alamat servis centre kt jln ipoh tak pasalnak tanya pasal spoket.

    Salamperkenalan.

  • adrie said:
    28 November, 2013 at 12:48 PM

    Cari akaun FB geng TX200 malaysia x jumpalh wan..bleh bg no.tpon?

  • al-pyan said:
    16 November, 2013 at 6:15 PM

    Aku mampu ambik utang jerla nk ikut admin memang xmampu pasey…..dia kaya..bole beli cash..hehe…kalo ambik utang 3 thn pastu nk.lingkup pon lingkup la….motor br mesti tahan lama ye x kalo kita jaga engine oil, radiator kalo nk kira tang body…mesti dr jenis tahan lasak ye dak….

    • Haz-Hash said:
      20 November, 2013 at 1:30 AM

      Beli cash bukan sebab kaya bro. Sebab tamau kena bunga. Jgn salah anggap ya.

  • al-pyan said:
    16 November, 2013 at 6:08 PM

    Salam….kt ipoh perak aku belum ushar…lg tp aku ushar dlm mudah & yu tube jer….nmpk cm baek punya…hrga pon o.k sekarang naik modenas kriss2 apakata aku bertukar angin atau pon brtukar menjadi kamen raider ryuki…kalo gi mancing redah hutan cr port memang xde masalah,kalo spareparts senang insyaallah aku pake….

    • Haz-Hash said:
      20 November, 2013 at 1:31 AM

      Spareparts takde masalah. Boleh guna HOnda CG125. Yg tak sama, boleh pergi dekat dealer rasmi Benelli Keeway, order dengan diorang. Cheers

  • wan said:
    7 November, 2013 at 1:57 AM

    bro, saya dh kene dh piping leg cover tertanggal satu screw…x sempat nk jatuh…hehehehe…cume yg oil cooler tu…..die letak kat mana ekk???

    • Haz-Hash said:
      9 November, 2013 at 11:58 AM

      Oil cooler kat depan, sebelah kiri.

  • Martin said:
    1 November, 2013 at 1:11 PM

    Hello Kekawan TX200. Salam Sejahtera!
    Saya baru ambil satu. Setakat ni bingung, mana nak cari tempat untuk buka tempat duduk. Nak cari manual kalo kalo ada dibawah tempat duduk. Sila share macam mana nak buka tempat duduknya.
    TKasih!

    • Haz-Hash said:
      2 November, 2013 at 2:03 AM

      Untuk buka seat, u kena buka cover set kiri dan kanan. U kena buka 6 skru semuanya. Leceh sikit. Selamat mencuba.

  • wan said:
    24 October, 2013 at 5:52 AM

    bro, die punya side mirror camne nk adjust ekk….saya dok adjust2, asyik nmpk jln jer….xnmpk kete

  • safwan said:
    24 October, 2013 at 12:46 AM

    bro, saya pengguna baru tx200….baru pakai sehari….

    minta ilmu skit psl minyak ni, saya kurang phm arr psl switch minyak tu, yg kater reserve la, kosong tank la….

    • Haz-Hash said:
      24 October, 2013 at 8:49 AM

      Sila refer buku manual untuk switch minyak. Kat situ dah ade explaination. Untuk side-mirror, kene bawak pergi workshop, sebab kene loosekan nuts.

      • safwan said:
        30 October, 2013 at 6:07 AM

        bro slalu touring g mana?brp lame?budget brp juta???klu murah blh la gak join2 hehehehe

        • Haz-Hash said:
          1 November, 2013 at 2:01 AM

          Selalu dlm Malaysia je. Tak tentu, ikut mode. Biasenye ala ala backpacking style shj, so memang bajet.

  • M.yusuf said:
    21 October, 2013 at 6:50 AM

    Assalamualaikum..Sye pngguna Tx 200G nie..moto nie mMng trbaik la..psl klajuan tu xyah nk dikisah kn sngt,laju2 nk g mne kn..bwak g kje jeRr kn..ape2 pown brhati-hati di jln raya lah..

    • Haz-Hash said:
      22 October, 2013 at 6:16 AM

      Kalau laju jauh boleh pergi bro, lagi cepat sampai. hehe just kidding. Jgn asyik cakap “Laju nak kemana” selalu sangat, nanti motor yg keluar dalam market semua slow slow, tak best pulak..yg penting safety kene jaga, dan ride safely

  • izuan said:
    9 October, 2013 at 4:57 AM

    semlm br terspot 1 keeway tx ni..mmg jatuh hati la. tgh berkira-kira nk sambar 1. ada kwn2 area kjg-bangi-putrajaya x?

  • arif said:
    26 September, 2013 at 11:21 AM

    As salam bro…review ni mmg membantu. Tadi aku jalan kaki pegi lunch dgn org rumah, ternampak TX200 ni terus jatuh cinta. Balik ofis terus gugel info. Cumanya aku di kelantan takut payah nak cari kedai yg tahu perangai TX200 ni. Agak2 bnyk perangai x TX200 ni bro?

    Silap2 bulan depan aku turun KL kasi angkat 1…

    • Haz-Hash said:
      27 September, 2013 at 1:12 AM

      Bro, Kat KB ade dealer dah. Tak payah naik KL pun utk beli. Call Benelli Keeway untuk check nama kedai dealer dan lokasi – 1800883811. Kat Kelate la ni dah ade dalam 4-5 bijik TX200, selain 2-3 bijik TNT600 dan sebijik CenturyRacer 1300 :)

  • miss anis said:
    22 September, 2013 at 12:57 PM

    Hi…i nak tnye..i mmg minat gile scrambler..i ingt nk angkt nxt mnth…tp ade problm skit..tinggi i 163 je..mmg xsesuai la ek??tinggi 169 pon kne jengket..lau tggi mcm i lg truk kot.

    • Haz-Hash said:
      23 September, 2013 at 2:45 AM

      Actually TX200G ni bukanla scrambler sgt, jangan salah faham cik anis. Die lebih kepada motard/dual-purpose touring. Tinggi tu memang macam tuh la, tapi 163cm boleh dah tu. takde hal kot. Kalau nk try dulu naik I punye, hanta emel lah nanti kita set appointment (KL). email@hazwanhashim.com

      • izuan said:
        9 October, 2013 at 4:56 AM

        amboi bro..sy pun nk test rider jgk bole ke ;P haha

  • amien7 said:
    30 August, 2013 at 2:50 AM

    As salam.

    Salam perkenalan dari rakan scram XTM200. Good reviu bro, kat Malaysia ni memang kurang sangat blog2 yg buat reviu psl motor yg keluar kat market Malaysia. Hopefully blog bro boleh membantu rakan2 yg berminat utk membeli motor ni.

    Thumb up!

  • fadhil said:
    25 August, 2013 at 11:13 AM

    salam bro…
    nk tnye pendapat…
    antara tx200 dgn MLE xtm 200 mana lagi better?
    coz ade rezki k angkat salah satu

    • Haz-Hash said:
      25 August, 2013 at 3:10 PM

      SOrry, takde personal experience utk banding dua model ni. On paper, enjin XTM200 lagi bagus dari TX.17hp (XTM) vs 13hp (TX). Tapi seat TX lagi best, dan aksesori yg TX dapat dari kilang ada lagi masyuk (Tayar Pirelli, BOX GIVI etc) Pilihan di tangan anda. Selamat membeli

  • Zallman said:
    25 August, 2013 at 8:45 AM

    Salam Haz,

    Skrg dlm dilemma nk pilih antara TX & RKV. Kalau ikut specs, RKV lebih baik dari segi max power, torque, comp ratio & 4 valve. Tapi dr segi outlook, mmg TX hebat.
    Apa saranan bro Haz? Sy menetap di Penang yg terkenal dgn jln sesaknya. Dan pada hujung minggu sy akan ride keluar, selalunya ke Hatyai. Untuk seharian biasele, pegi keja, amik anak dsbnya.
    So far performance kat highway camna? What about kat jln berbukit? Pls reply OK. TRIMAS.

    • Haz-Hash said:
      25 August, 2013 at 3:13 PM

      Utk dalam bandar, dua dua okay. RKV senang sikit kot sebab rendah, manakala TX tinggi so kalau berhenti kene jingkit sikit (saya 169cm). Utk h/way, sad to say, RKV laju dan lebih pickup tapi cut-off die mengecewakan.. sila baca review saya utk RKV untuk explaination. Selain dari faktor di atas, yg lain hampir sama, kecuali TX maintenance murah sikit dan lebih tahan lasak (dual-purpose bike)

  • Li said:
    24 August, 2013 at 2:04 PM

    Salam bro Hazwan…

    Nak tanya berkenaan kualiti enjin, wiring serta komponen elektrik ada apa2 masalah tak setakat ni?

    • Haz-Hash said:
      24 August, 2013 at 2:10 PM

      7 bulan pakai. 13500km. no problemo. Mentol je terbakar. small matter

  • Panglima7 said:
    20 August, 2013 at 5:15 AM

    Salam Bro, Saya baru beli TX 200G di TG Malim sehari sebelum raya. Baru dapat 3 hari lepas – 18hb Ogos. On The Road Price RM8200.00 (Termasuk Tax & Insurance) Harga dia dah naik ke sekarang nie bro, atau masih kekal range harga dalam RM7300 – RM7600.? Free Gift, hanya dpt topi dlm harga RM50 dan baju hujan nipis serta lock made in China. Saya tolak topi dgn box harga RM200. Apakah motor nie….standard free giftnya setiap dealer kedai adalah sama bro?? Kalau sama, saya nak tuntut balik. Apa pun terima kasih atas perkongsian yang sangat bermanfaat ini.

    • Haz-Hash said:
      20 August, 2013 at 12:35 PM

      Wassalam. Maaf saya nak bagitahu bro kene sembelih harga.. Kat KL (tak jauh pun dari Tg. Malim) ade kedai siap buka harga RM7000 sekali dgn free gift helmet, dan lock. Freegifts tak fixed, ikut kedai tapi selalunye semua lebih kurang sama sahaja. Box Givi 35L tu boleh beli kat kedai atau GIVI outlet dengan harga RM120-160 sahaja.

  • aq said:
    16 August, 2013 at 8:00 PM

    ade dealer kat perak x?

    • Haz-Hash said:
      20 August, 2013 at 12:36 PM

      Maaf, dealer punye list kene call Benelli-Keeway 1800883811 waktu pejabat untuk tahu jawapan. Sorry ya

  • harith said:
    6 August, 2013 at 8:21 PM

    kalau nk beli motard bajet bwh rm10000 mane bagus diantara ni…. d-tracker 150 or tx 100??…ataupun motard lain…aq mmg suke motor motard ni…hehe…tgh cari motor motard yg best tapi bwh rm10000

    • Haz-Hash said:
      20 August, 2013 at 12:42 PM

      Pasal yg mana LEBIH bagus, bro kene try sendiri. Tak leh jawab kat sini. Saya tinggi 169cm, naik KLX150 macam naik kambing, tak sesuai so sebab tu pilih TX200 sebab besar dan nampak gagah. Sekian

  • jamal said:
    3 August, 2013 at 4:56 PM

    Salam…
    Baru je amik 01ogos..
    Belum test lg performance tx 200 ni..
    tp agak slow pick up,
    dan agak berat utk meluncur..

    • presint 18 said:
      5 August, 2013 at 1:31 PM

      saya baru ambil moto ni juga.. cash tapi 2nd hand.. jimat 2 ribu.. hehe.. sebelum ni pakai blade dgn fz150i dan dalam transition utk angkat multistrada. masalah dia transmission je. N, 1, 2 nak sungkit sampai jari kaki melecet.. susah sgt. kena bawa pegi SC jalan ipoh adjust balik. jgn risau. saya dah pakai fz150i & blade even z800 (pinjam seminggu).. masalah gear susah nak engage adalah biasa utk motor manual klac.

    • Haz-Hash said:
      20 August, 2013 at 12:41 PM

      Pick Up slow? no comment. So far yg comment kat FB okay ajerla. Jgn expect pikap macam DUKE. Agak berat? Sebab body memang touring, memang berat byk kalau nk compare dgn motocross dan scrambler-motard lain kat market. Harap maklum.

  • PetakBulat said:
    16 July, 2013 at 4:21 PM

    Bro,

    Den commute lebih korang 90KM sehari dgn KDN (Nilai – KL)..TX200 kalau naik dua orang ..stabil ke..

    • Haz-Hash said:
      18 July, 2013 at 12:20 AM

      TX memang stabil. letak lagi ramai orang lagi stabil, betul tak? hahahahahaha. Masalah utama bile naik berdua kat TX ialah power tak cukup. Motor boleh run sampai 100-110kmh jer.. Sebab enjin motor ni produce 12hp jer, tapi body berat.

  • NamaPendekMI-NamaPenuhMINAMI said:
    15 July, 2013 at 4:14 AM

    Assalamualaikum, insha-Allah, hujung bulan & ni keluaq.. dpt price rm6999, jln pahang.. Thanks atas maklumat yg diberi. x sabaq ni nak keluaq ni.. mmg fav. kaler ceq kaler oren habaq hang… tapi kelajuan dia tu lbih kurang mcm motor kriss120 ceq la.. free gift banyak.. ha3.. OK.. jumpe di TX200G Malaysia.. insha-Allah.. kbaii.. Assalamualaikum bro!!

  • AbgE said:
    1 July, 2013 at 2:08 PM

    maksud hambe kedai area2 subang?..

  • AbgE said:
    1 July, 2013 at 2:07 PM

    perghh..tangkap cintan plak dgn tx200 ni …tq utk penerangan yg padat tuan Hazwan-Hashim..:)..
    err nk tanya buat masa ni Kedai mana yg bagus nak beli Motard ni yerk..?..

  • pokjo said:
    1 July, 2013 at 5:04 AM

    rege berbeza mengikut kedai, seb baik recce2 dulu… paling murah dpt kt kapar, berjaya megah 6999, tpt lain suma 7500-8000 cash… free gift sama je…

  • Hafiz said:
    24 June, 2013 at 12:56 PM

    Meter minyak betul ke takde???coz aku rasa ada cuma pakai digital cam kebanyakkan kereta pakai. xsilap full tank 4 @ 5 bar…

    • Haz-Hash said:
      24 June, 2013 at 3:26 PM

      ye memang takde meter minyak/indicator digital langsung (utk model malaysia) Sekian

  • farid said:
    24 June, 2013 at 4:00 AM

    Assalamualaikum bro,thanks untuk info yang sangat padat.Aku memang tengah buat research pasal motor ni.means feedback dari rider².So far semuanya memuaskan hati kan?.Insha Allah akan keluar satu bulan ramadan ni.

    • Haz-Hash said:
      24 June, 2013 at 3:27 PM

      Value for money, definitely! Kalau nak tanye riders-riders yg dah pkai lama, boleh ke FB TX200G Malaysia

  • NaIm'ss said:
    17 June, 2013 at 3:44 PM

    ni ke nama kedainya..v power motor sdn

    • Haz-Hash said:
      19 June, 2013 at 3:30 PM

      bukan. Nama kedai Shin Credit. OTW pergi Rawang dari Batu Caves

  • NaIm'ss said:
    17 June, 2013 at 2:40 PM

    TX200 G nie pkai enjin ape eekk ??

    • Admin (Hazi) said:
      8 November, 2014 at 6:11 PM

      Honda CG125 yang dah diupgrade ke 200cc

  • FAIZ said:
    15 May, 2013 at 6:16 PM

    emm… sistem yang digunakan dlm spec mention OHV, apakh maksudnye..
    yang ingin tahu.. TQ

  • Hasnol said:
    4 May, 2013 at 1:51 PM

    Saya Tinggi Sangat Ka ?

    tinggi saya 182cm … saya tinggi sangat ka untuk moto ni ? ya ka ? ya ka ? saya memang minat TX200G ni …..

    • Haz-Hash said:
      5 May, 2013 at 3:54 PM

      Err.. rasanya saiz bro memang nampak syiok naik moto TX ni.haha.
      Cubelah pergi kat showroom Benelli Keeway, Jln. Ipoh, KL.
      ade sample boleh test duduk huhu

    • cikgu deng said:
      29 June, 2013 at 12:08 PM

      aku 185cm..nak beli gak la moto ni..nak brulang g skolah… kat kuantan ni kedai mane nak dptkn moto ni

      • Haz-Hash said:
        29 June, 2013 at 7:18 PM

        Maaf, dealer kat Kuantan saya tak tahu. Kalau kat KL ade 2-3 kedai saya boleh recommend. Cheers ya! :)

        • cikgu deng said:
          3 July, 2013 at 4:45 AM

          saya dah beli…hri ni 1st day bwk g skolah kat sg lembing…steady tinggi…kat kuantan EE SING, jln bukit ubi…OTR 7700

          • Haz-Hash said:
            3 July, 2013 at 5:52 AM

            Tahniah Cikgu! Kalau ade ape-ape masalah teknikal, saya dan rakan rakan kat TX200G sedia membantu dari jauh. Sile ke FB kami ya!

          • Zam said:
            5 July, 2013 at 7:22 AM

            Apa free gift yg EE Sing bagi Cikgu? Spepart dia byk tak kat Kuantan?

          • cikgu deng said:
            8 July, 2013 at 4:25 AM

            dia bagi free GIVI BOX, baju ujan nipis, Lock cap ayam, topi kledar agak comei..tp saye dah beli full face…sparepart xtau r…mende baru x tukar ape2 lagi… tp dah servis kali petama…pomen kedai tu suh pakai full sintetik rm48.. lepas servis ni bru senang nak free gear

            • Haz-Hash said:
              20 August, 2013 at 12:39 PM

              JGn start dgn fully terus bos. Kedai memang suruh pakai fully sebab duit masuk kat die lagi banyak. Pakai Semi 10w-40 pun dah okay, takpun carik jer minyak gred 15W-50

  • yazid said:
    3 May, 2013 at 9:11 AM

    Salam bro…
    Sebenanye dah lama gak perhati n bkenan kt moto ni…tp ada perkara yg sy ragu2 skit…moto ni quality wise dia ok tak..? then maintenance dgn spare part dia…mahal&susah dapat ke atau standard&senang dapat…?

    • Haz-Hash said:
      5 May, 2013 at 3:56 PM

      Soalan (i) saya dah tulis kat artikel. Mintak baca ya!
      Soalan (ii): Maintenance minyak RM18.50 shj (Petronas synthium Moto). Parts lain ade yang murah ajer, ade jugak yang mahal (cover manifold semi carbon RM40, rear LED brake light RM190+). Kalau duduk area KL spare parts takde masalah. Datang je Service Center Jln Ipoh, settle semua masalah.

      • Yazid said:
        27 May, 2013 at 7:22 AM

        Assalamualaikum bro,..
        amik dah moto ni khamis lpas,..review mmg tepat,enjin bunyi agak kasar,..tp pd saya tu la standard motard..hehe..tp satu yg musykil,bla nk habis minyak ada indicator ke yg akan mnyala..?skadar nk pastikan,..thanks bro,…

        • Haz-Hash said:
          27 May, 2013 at 8:00 AM

          takde indicator minyak bro. kalau habis, terus semput semput. hehe. jangan lupe pusing fuel valve untuk gune tangki spare

  • han said:
    30 April, 2013 at 10:03 AM

    salam bro,nak tanya sikit la. Angkat kt kdi mana eh? Serius ke deposit rm300? Ke kurang satu kosong? Hehehe. Sbb baru je balik dr kdi area tmn pinggiran batu caves,objektif nk angkat xtm 200,duit deposit pun dh kuar kn sume,sekali smpi kdi tgk tx200 ni cun gler,smpi bpk suroh angkat tx200. Tp syg nya deposit at least 1k kt kdi tu,tepakse la tggu n kumpul lg duit deposit. Hehe. Myk ok x setakat ni bro? Kuat x? And ape nama group kt fb tu eh? Nk join la. Thanks!

    • Haz-Hash said:
      30 April, 2013 at 1:39 PM

      sorry, rm300 tu booking fee. sebabkan aku bayar cash, tokey tu kasi register dulu JPJ. next day baru bayar cash habis semua. nama kedai tu shin credit, kat area taman pinggiran batu caves jugakla. group tx yg active kat fb skrg adelah ‘Keeway TX200G Malaysia’. welcome to the club bro!

  • faisal setapak said:
    30 April, 2013 at 3:44 AM

    bro gua baru angkat…nak cari geng unt kongsi apa2 yg patut pasal moto ni..

    • Haz-Hash said:
      30 April, 2013 at 1:40 PM

      group tx yg active kat fb skrg adelah ‘Keeway TX200G Malaysia’. tanye aje ape ape. welcome to the club bro!

  • syafiq-stylerz said:
    30 April, 2013 at 2:41 AM

    salam bro , saya nak ambil moto ni minggu depan . . kalau nak join grup for TX ni cam mane ? pishangg gak klau beli moto mcam ni xde member kan . . hihi , n lagi satu apa yang kita kena jaga tentang motor ni ?

    • Haz-Hash said:
      30 April, 2013 at 1:45 PM

      group tx yg active kat fb skrg adelah ‘Keeway TX200G Malaysia’. welcome to the club bro!
      yang nak kne jaga.. hmm service lah kot. kalau boleh service kat service center. kala jauh gak, pergi bengkel yg bagus skitla

  • mancai said:
    29 April, 2013 at 8:54 AM

    salam singgah, terima kasih bro dengan beberapa penjelasan tentang tx200g… cuma nak tanya sikit… service memang kat service center Benellli Keeway jln ipoh jer ker yang ada? top speed leh pegi berapa bro… memang nak angkat jugak motor nie… insya Allah..

    • Haz-Hash said:
      29 April, 2013 at 2:37 PM

      Wassalam, same same. Servis sebenarnye buat kat mana mana pun boleh, macam korang pakai kereta lah. Tapi yg terbaik adelah dari Service Center Benelli Keeway kat Jalan Ipoh KL. Dan minyak yang Benelli Keeway Recommend untuk TX adelah Petronas Syntium Moto 4SX 15W-50.

      Topspeed dalam 120-130, bergantung kat jentera, cara jaga dan rider jugakla.

      Kalau angkat bagitahu la, boleh join fan club kat fb untuk ride, kongsi ilmu dan sebagainye :)

      • mancai said:
        6 May, 2013 at 1:14 PM

        terima kasih bro, dah order pun insya Allah Minggu ni dapat… Delay sekejap sebab PRU huhuhu… terima kasih info… tengah dok cari fb Keeway TX200G Malaysia nie nak add…

        • Haz-Hash said:
          6 May, 2013 at 1:28 PM

          Sama-sama. Percayalah ko dah buat pilihan yang bijak untuk harga yg dibayar HAHAHAHA. Jumpe kat fb TX200G Malaysia nanti ya!

  • Alias said:
    24 April, 2013 at 5:03 PM

    dengar kate penunjuk aras minyak uh x de…
    camne nak tengok minyak uh bro?

    • Haz-Hash said:
      25 April, 2013 at 6:42 AM

      Salam Alias!

      TX200G kat Malaysia memang tak dipasang dengan penunjuk level minyak, sebab kalau nak ade penunjuk tu kene ade sensor, dan mungkin sensor tu mahal so Benelli-Keeway cut cost,
      diorang tak pasang.

      Setakat ni, riders TX gune anggaran sendiri aje. Lagipun TX ni ade reserve tank, so bile agak agak enjin dah semput macam nak habis minyak, tukar jer penunjuk untuk gune reserve tank.
      Jalan macam biasa ajerla sampai stesen minyak terdekat. :)

      • Alias said:
        7 May, 2013 at 6:50 PM

        Waalaikumussalam Haz-Hash…
        Terime kaseh ye bgtau…
        Lege siket…

Leave a Reply