REVIEW: Benelli-Keeway RKV200G

Salam sejahtera, dan selamat datang balik kepada semua pembaca blog.hazwanhashim.com ni.

Okay. Masa buat review ni keciwa hati sikit pun ade sebenarnye, sebab RKV200G ni adelah motor yang aku idamkan dulu sebelum ‘terpaksa’ ambik TX200 disebabkan game teka teki Benelli Keeway Malaysia untuk release RKV200 secara official.

So, jom tengok dulu spec sheet RKV200G ya (baru kite boleh compare dengan matang, dan bijak)

PDF RKV200G

So ape specialnya RKV200 ni? Banyak yang bagitahu tang harganya (sekitar RM8000 dah skarang. Dulu awal awal release RM7700 aje!) dan spec nya. Jom terjah spec die agak special.

  1. USD (upside down) fork ala ala superbike. Even Kawa Ninja 250R dan ER6 pun takde USD fork ni. Special kan? *racun*
  2. Disc brake, depan dan belakang dengan XX piston
  3. Meter digital untuk speed, ODO dan fuel (pebarang pakai analog :D *racun lagi*)
  4. Rim sport aloi beserta dengan rim lining merah, siap pasang dari kilang (dah save RM35 daripada beli rim lining Racing Boy atau Monster)
  5. Lampu brake LED (sekali lagi) ala ala SBK atau aftermarket punye brake light

Pada aku, spec yang diberikan adalah value for money. Hampir semua barang electric dan electronics diorang disupply oleh Qjiang (brand dari mother company Benelli Keeway agaknye, iaitu China Qianjiang Group) namun walaupun China mari, kualiti aku test adelah on par atleast dengan brand-brand ‘Japan’ yang lain (walaupun vendor vendor yang supply parts tu semua entah entah dari Malaysia/China jugak hihi)

Alhamdulillah, ade sorang brader dari group Benelli Keeway Malaysia – RKV Riders bermurah hati kasik pinjam motor die selama 24 jam untuk buat review pendek. Motor brader ni dah buat touring-mode, dengan dilengkapi windshield GIVI berharga Rm400+ dan jugak GIVI Heavy-Duty Rack System (RM105) dan jugak box GIVI Simply E45. Maka sempatlah aku merasa RKV ni dari Ampang ke Sg. Buloh, kemudian ke KL dan kemudian ke Sepang, N9. Haa kemain ko, mentang mentang moto pinjam. hahaha

One-and-only RKV Merah di Malaysia.

One-and-only RKV Merah di Malaysia.

DSC_0066_web

 

So sepanjang test, bagaimana Performance nya?

  • Sesi test yang baru sahaja buat pada 11 Mei lepas menunjukkan RKV ni padan dengan harganya. Penukaran gear adalah sangat smooth,dari gear 1-5. Bila throttle dipulas power terus dapat rasa pada motor dan terus meluncur laju. Gear 2,3 & 4 merupakan ‘fun’ gear korang, memang torque dari enjin die best.
  • Tayar Pirelli Sport Demon jugak banyak membantu membekalkan grip pada tayar untuk terus melunjur laju ke depan.
  • Testing pada unit yang saya dapat, topspeed nye berada pada 133kmh (meter motor, digital) dengan RPM menunjukkan 10 (redline). Maka saya assume untuk standard unit, inilah top speed die.
  • Cornering – posisi motor yang rendah (ala ala Ducati Monster), dengan pusat graviti yang rendah membolehkan motor ni buat corner dengan agak baik. Aku try corner di Sepang pada kelajuan 120kmh, ternyata bike masih lagi stabil walaupun jalan agak kurang rata (MERBAHAYA: JANGAN TRY AKSI NI KALAU KORANG BELUM CUKUP YAKIN DENGAN JENTERA MASING MASING :) )

Riding position/Posisi merembat

  • Lepas duduk, posisi riding nye jauh berbeza dengan TX200G yang aku dah biase ride hari hari. Rider akan duduk membongkok sedikit, dengan tangan lebih kepada posisi sportbike (macam Kawa Ninja 250R).
  • Kalau yang pakai kasut size besar, pedal kaki sebelah kanan agak kecik dan ruang untuk kaki bergerak bebas semasa ride adalah limited. Pedal brek belakang, pedal kaki dan exhaust cover diletakkan dekat sangat (dengan saiz kaki aku) so aku struggle sikit.
  • Tank minyak yang curvy membolehkan peha aku dikepit elok kat situ. Tapi kalau korang gune seluar pendek, panasenjin akan terasa kat tank tu bile kepit kat situ. haha
  • Untuk pilion/pembonceng, korang akan duduk tinggi jugakla daripada rider. Pemijak kaki pun diletakkan pada posisi yang agak tinggi so sape kaki panjang, memang kene lipat baik punyerla. Posis pilion pada keseluruhannya masih lagi dikategorikan sebagai selesa lah.

Fuel Consumption/Penggunaan Petrol

  • Dalam pengiraan 10 percubaan, macam macam data dapat. Paling jauh, RKV ni pernah cecah 35km/L (RON95 SHELL). Tapi on average, RKV menggunakan petrol sebanyak 32km/L , bersamaan RM0.05 per kilometer (Setengah sen per kilometer). Kire saving lah tu kan untuk motor 200cc gune carburetor! :)

 

Haaaa sampaila part yang ditunggu tunggu.. VERDICT/KOMEN JURI tapi sebelum start, aku nak mintak maaf kalau ade yang terasa but a review has to be a review. Baru ade kredibiliti kan?

On the negative note:

  1. RKV200 boleh rembat dengan senangnye pada laju 130kmh, tapi bike mule struggle untuk maintain pada speed tersebut sebab motor akan jadi jerking/semput macam minyak dah nak habis. Ini sangat berbahaya kalau korang naik highway, memotong dan speeding baik punye kat lane kanan atau tengah ambik corner. Benelli-Keeway tak buat road-testing betul betul ke?
  2. Bunyi idle yang tak berapa hensem. Well, jangan la compare dengan bunyi Kawa Ninja 250R kan. Masuk earplug, settle problem. Next!
  3. Mentol lampu yang diberikan tak provide pencahayaan (lighting) yang betul betul cukup. Kene bukak high-beam baru terang sikit, tu pun jarak penglihatan tu dekat sangat. Kalau dekat baru nak brake, naya lah banG
  4. Posisi riding yang rendah – kurang lah view nye kat highway kalau nak touring. Kalau highway touring, aku lebih prefer Versys/TX200 punye style.

On the positive note:

  1. Motor yang sangat mantap dari segi pecutan! Throttle yang ringan (boleh pusing pakai 2 jari jer) dan respons dari throttle = instantaneous! Orang Kelantan panggil “Pecut Selalu!” haha
  2. Head turner aka Gile perhatian! Pergi memana, mesti orang usyar toleh tengok pandang baik punye. Sampai Versys rider pun pandang semacam je. LOL
  3. GIVI supported accessories! Dari top case (max 45L), side box (e21), tank bag, windshield dan banyak lagi. Boleh rambang mata kalau nak aksesorikan motor RKV ni especially bagi mamat mamat touring. *check wallet cari kredit kad*

 

Itu sahaja lah kot dari aku. Sebelum berpisah, nah aku belanja gambar seketul!

IMG_20130226_131514

p/s: Sorry guys, aku dah cop XD. Ride safe, and have fun!

Peace yo!

Keeway RKV200

Keeway RKV200
0

Pros

Cons

About the Author

Hazwanhashim.com

166 Comments

  • dhi said:
    24 September, 2016 at 4:36 PM

    model rkv 2013 punya mcm mne? Baik ke

    • Admin (Hazi) said:
      5 October, 2016 at 7:35 PM

      Mintak check service rekod pemilik

  • man nan said:
    3 August, 2016 at 7:28 PM

    Aku dah lama x hidupkan ada la dkt 6 bln.. ni dah pasang batt baru ganti plug pn mau hidup.. mcm mana nk buang minyak dlm karburetor motor ni..1 g macam mana nk bukak seat dia.. aku lupa la..

    • Admin (Hazi) said:
      4 August, 2016 at 12:34 PM

      Mintak check manual bro. sebab saya tak pakai RKV200G
      Lagipun post blog ni dah 3 tahun dah. hehe

    • Lai said:
      14 October, 2016 at 12:22 AM

      Bukak seat ada nat saiz 13 kat bawah seat tu.

    • putra said:
      20 October, 2016 at 7:45 AM

      skru seat saiz 13 kat bawah..

  • encik lat said:
    27 October, 2015 at 1:14 AM

    Rkv the best ever

  • Sharm said:
    10 October, 2015 at 11:31 PM

    As’kum semua,
    aku baru je beli RKV 2nd…dapat murah…6 bulan je baru guna… so far mmg puas hati dgn motor ni…minyak 8sen /KM ( Ron 95 : RM2.05).. motor ni buat main dlm town mmg best…pick-up mmg kapchai x terkejor.. cuma long distance x brape best ( dlm 110 at 8000 rpm).. nampak macam boleh lagi(aku pn x travel lagi)..cuma struggle skit… Accesories ssh sikit kt Kota Bharu ni…kena online baru dapat… Kualiti motor pn macam kuality premium part…(ada quality)
    Akhir kata so far motor ni mmg worth dari segi harga kalu compare dgn FZ, KTM dan lain-lain

    • Safwan said:
      21 July, 2016 at 8:51 AM

      Utk RPM rendah try guna minyak RON 97.

  • eddy benelli said:
    2 September, 2015 at 9:20 PM

    rkv memang terbaik walaupon dapat moto 1st model huhu….mekap sikit2 nk buat jdi streetfighter

  • amirul syawal said:
    18 August, 2015 at 4:07 AM

    bro, spoket rkv200g ni mmg xde pilihan ke?

    • putra said:
      20 October, 2016 at 7:46 AM

      ada..kat eng tatt vest klang..custom saiz

  • edan said:
    9 February, 2015 at 6:23 PM

    salaam bro.. saye na tolak keeway rkv 200 nie.. kat mne tmpt saye leh g ey.. sbb kebanyakkan kedai takut na amek.. mintak jasa baik abg tolong saye..tq..

    • Admin (Hazi) said:
      4 June, 2015 at 5:30 PM

      Cube advertise kat Mudah. mane tahu ade yg nak. Saya jual moto TX200G saya kat Mudah je

    • alib said:
      8 November, 2015 at 7:36 PM

      Brp nk tolak?wasap 0107751853

  • Amirul F said:
    21 September, 2014 at 8:09 AM

    Assalam bro Haz, sy berminat dgn moto ni. Sesuai ke moto ni untuk long distance(about 120km/day)? Utk new batch rkv200g 2014..sy dpt info moto ni dh ade improvement carb.Selain carb, prob engine leak and rear brake dh solve ke?

    • mohammad said:
      4 June, 2015 at 4:44 PM

      Sy guna moto ni dah setahun lebih. 1st batch punya. sy rasa ok dengan moto ni sbb kalau atas highway x goyang sebab moto ni berat. long distance mmg sesuai.
      cuma kalau nak LAJU mcm NINJA 250 mmg sy ckp jgn beli

      Sesuai dengan harga. Top speed sy punya 120.

  • Abunasir Talib said:
    14 September, 2014 at 10:17 PM

    Berminat dgn RKV200
    Body motor besar dan rendah poin graviti yg stabil untuk ride jalan yang bersekekoh lebih lebih lagi untuk touring jauh 1000km ke 10000km..
    Tanj minyak yang besar RM 25 lebih kurang boleh sampai 400km lebih ini sangat berbaloi untuk yg kaki touring..
    Dari segi speed 100 km/hrs – 120km/hrs sudah cukup untuk touring ..kat negara org bukan boleh nak bawsk laju pun nanti terlanggar ayam org tak balik malaysia bro..
    Seat besar selesa buat punggung aku yg lebor ni..
    Dari segi sparepart moto ni kat thailand sampai kechina no problem motor ni banyak kat sana..
    Pendek cerita kalau nak touring jauh dengan bajek ekonomi motor RKV ni sangat sesuai…
    Tapi kalau nak laju nak masuk trac pakailah motor 1000cc keatas senang ceritakan…
    Apa apa pun RKV ekonomi touring bike.

    • Admin (Hazi) said:
      4 June, 2015 at 5:32 PM

      10,000km tu sembang lebih sangat tu. 1000km memang dah ade yang buat, dan takde masalah.
      FYI bro, Keeway pasaran die untuk luar negara, so kalau kate banyak kat China tu membohong ajerla.

  • zul said:
    10 August, 2014 at 11:57 AM

    Saya baru nak belajar tunggang motor 200cc ni, jadi banyak yang saya x tahu. So nak tanya, apa function pin hitam (atas starter) di handle sebelah kanan tu?

    • Admin (Hazi) said:
      10 August, 2014 at 7:19 PM

      itu kalau tak silap saya suis untuk on-off lampu. Pengilang dah matikan suis tu sebab kat Malaysia wajib buka lampu setiap kali moto ditunggang.
      Sekian.

  • Akmal Jalil said:
    10 July, 2014 at 3:09 AM

    assalamualaikum semua..review pasal rkv ni..aku rase motor ni memangkena dgn hrge nye..aku dapkai hmpir setahun mileage aku pon da 11k…ape yg aku dpt motor ni agak lasak jgk..nk maintenance pon xmahal..aku spend 50 je utk servis mnyak htam plug n filter..aku penah cuba dari seremban ke kampung aku segamat johor dgn kelajuan 100-110 kmj aku ambil masa 1jam 15mnt je utk sampai disana..haaa…agak puas ati jgk aku time tu..so pada yang baru nk beli rkv ni..aku syorkan beli la..motor kena dgn hrge nye..msalah memang ade utk mne2 motor..cume kita kne bezakan la cara penggunaan n rider kite tu…huhu..sekian utk review rkv 200g

  • wan said:
    3 June, 2014 at 8:46 PM

    kenapa Demak tiru design keeway baru2 ni?..

  • zam said:
    30 April, 2014 at 12:58 PM

    Sekadar berkongsi pendapat….
    aku da pakai rkv ni nakt kat 7 bulan dah.. dari kedah ke perak then balik ke kedah dalam masa kurang 12 jam… perfomance bg aku ok.. sbb moto aku stendet lg skang wlaupon ramai owner da modi mcm2.. kelajuan purata dlm 125kmh selesa… tak dinafikan rkv ada problem sket.. tapi jgn hukum cpt sgt.. kawa versys dan er6 pon ada problem… itu brand yg da kukuh tuuuu…..tipu lah kalo langsung xde problemkan?? sampai hari ini rkv ni pada aku terbaikk… lain org lain ragamnye.. mcm tu gak moto… njoy ur ride..respect each other.. ok bye

    • Bad said:
      9 May, 2014 at 3:31 PM

      Ada sape@ pernah testing TRE1130K?

  • afiq said:
    28 April, 2014 at 9:28 AM

    terbaek rkv ni,,,,aq dah guna dari bulan 12.2013 hingga sekarang….milleage sudah 8k lebih,,,,,,aq dah tukar carburetor nsr dan juga muffler…… top dapat dalam 134kmh tanpa semput….. cuma kene buang cut off je nk bagi boleh pgy lagi…..

  • syafiq said:
    24 April, 2014 at 2:39 PM

    colour hijau ade x???

    • admin said:
      28 April, 2014 at 5:21 AM

      takde setakat ni

  • yem said:
    20 March, 2014 at 2:41 PM

    Salam bro, ikot komen yang terbaru pasal leaking tu kire batch skung nie (maf 2014) kire takde prob leaking lagi ek??

    masalah 130km/hr tu kan, pasal riding at 100 km/j maintain ok jek kan??tak de semput2 tak??tp klu enjut skali skala 130km/j on d road tak semput kn?

    problem free tx200 ke??komen 2013, tpi body scrambler tak menjadi taste ehe….tak tau rr skung nie rkv200g bleh dh fight ngan tx200 dari segi problem free??

    mohon pencerahan maap la klu soklan berulang….

  • AC said:
    14 March, 2014 at 8:20 AM

    Salam bro,
    Kalau ada orang nak jual motor ni model 2013 mileage nak dekat 4000 km. RM 6000 otr ok ke? Ke baik angkat baru (RM 8000 otr)?

  • Man said:
    10 March, 2014 at 3:02 PM

    Agak2 orang keding macam saya (tinggi: 160cm, berat: 63kg) sesuai ke dengan motor ni? Risau tak boleh nak cilok time jam je nanti…

    • admin said:
      10 March, 2014 at 6:07 PM

      takde kaitan lah bro..

  • wan said:
    1 March, 2014 at 11:12 PM

    ada masalah sikit tentang motor saya bila nak free gear tu kadang2 dia susah terlajak ke gear dua.Bagaimana nak mengatasinya? adakah motor saya mengalami masalah utk shift ke free gear?

    • admin said:
      5 March, 2014 at 11:33 AM

      Hantar pergi Service Centre Benelli / Official dealer terdekat.

  • wan said:
    1 March, 2014 at 3:40 AM

    RKV 200 ni sesuai tak tukar ekzos yoshimura dan bagaimana sambungan mufler ke pipe ekzos?guna pipe ekzos lama(modify) atau ada pipe yg baru sama match dgn rkv ni?.

    • admin said:
      1 March, 2014 at 9:01 AM

      ekzos ape pun boleh pakai. sambungan yang biasa dilakukan adelah dengan cara slip-on.

  • syariz said:
    27 February, 2014 at 8:10 AM

    Salam bang,agak2 motor ni boleh comfort ride dari pahang ke terengganu tak?..naik highway lh..kalau jenis sy takde nak ride laju mcm rempit bagai..n sparepart kalau rosak mudah dpt?..pastu engine leaking mudah baiki tak?..tq..rsvp bang..

    • admin said:
      1 March, 2014 at 9:04 AM

      sesuai je.. sangat selesa untuk perjalanan jauh. Spare-parts boleh order direct dari official dealer dekat Trengganu/Pahang atau beli direct dari Service Center Jalan Ipoh, KL. Engine leaking dah solve dah buat masa skrg. Batch lama je yg pernah ade engine leaking

  • Man said:
    17 February, 2014 at 11:44 AM

    Handlebar boleh tukar ke? Ingat nak pasang clip-on :D

    • admin said:
      17 February, 2014 at 1:01 PM

      Boleh aje. asalkan ade duet semua boleh bikin :)

  • khairul said:
    28 January, 2014 at 2:30 PM

    Ada x yg dkt ampang pakai rkv 200???

    • admin said:
      30 January, 2014 at 11:56 PM

      belambak ade pakai.. search fb Unofficial RKV Riders

  • wan said:
    28 January, 2014 at 4:15 AM

    Bila agaknya Keeway nak buka service centre belah selatan Johor?.ada tak geng2 RKV Johor nak join?

    • admin said:
      17 February, 2014 at 1:02 PM

      Kalau saudara duduk dekat JB, boleh pergi ke official dealer Benelli-Keeway di Johor iaitu AKJB Motor. Boleh google untuk lokasi

  • khairul said:
    27 January, 2014 at 4:01 PM

    As slm sy ada satu moto ni tp x bileh laju la boleh gi pon dlm 12 je mcm mana yaa??

    • admin said:
      17 February, 2014 at 1:03 PM

      motor ni memang tak laju bro. Hakikat die memang macam tu la. Nak lebih laju kene modify lebih sikitla baru betul betul laju

  • Budak Baru said:
    5 January, 2014 at 3:37 PM

    Assalamualaikum bro, saya minat nak beli motor nih tapi saya ada beberapa ptanyaan sikit:-

    1) Maintenace dia agak-agak mahal tak. Berapa duit agaknya kn saves utk standby.

    2)kalau badan macam saya yang saiz kecik nih agak2 boleh bawak tak. Ke nampak cam badut sarkis nanti… :D

    • Haz-Hash said:
      5 January, 2014 at 4:06 PM

      Maintenance die murah aje bro. Minyak 1L boleh pakai Petronas 4SX RM19 shj. PLug tukar setiap 10,000km kalau takde masalah RM8.50. Oil Filter dalam RM20. Total RM50 shj. Badan tak kesah besar kecik mahu tanye diri sendiri saja mahu ke tak. Jangan badan besar naik motor kecik dahla, kesian kat motor plak.hehe CHeers

  • ajoy said:
    22 December, 2013 at 12:07 PM

    Assalam…kwn2, agak2 gagah x rkv200 ni nk ulang alik 40km sehari, 40×7 smggu..?

    • Haz-Hash said:
      23 December, 2013 at 8:34 PM

      nampak macam tak gagah ke?

  • Adi said:
    19 December, 2013 at 6:33 PM

    so, lpas try kedua-dua motor ni. mana satu yg lg prefer kalau bro blm ambik tx200 ni? saya masih menimbang diantara kedua model ni. mcm bro, sy pon mencari ride yg selesa+jimat+bukan cub/moped bawah 10k. hari2 perjalanan dlm town, sambil2 buat balik kampung hujung minggu bersama isteri. tinggi dlm 184cm dan 84kg, boleh cadangkan ride yg sesuai? sekian, terima kasih.

    • Haz-Hash said:
      20 December, 2013 at 9:39 AM

      Kalau boleh tahan problem RKV yang masih ade skrg, boleh ambik RKV. Atau alternatifnya, boleh ambik Yamaha FZ150i. TX200 takde meter minyak dan masih lagi gune analog. Tapi in general, TX200 lebih tahan sebab enjin lebih simple dari RKV (pengakuan staf Benelli-Keeway sendiri).

      • adi said:
        21 December, 2013 at 8:01 PM

        salam bro. baru ade kelapangan utk pegi kedai moto hari ni. mula2 mmg nak ambil RKV pasal tank lebih besar ngn penunjuk aras petrol.tp bila try duduk, placing kaki x brapa selesa pasal sangkut ngn tank. pastu test plak kat TX. mmg ngam. position duduk mmg selesa. trus order. insya’allah next week ambik. nak tanya sket, full tank TX boleh pergi berapa km? ade ape2 modi yg disarankan utk improve handling ngn penggunaan minyak? tq

        • Haz-Hash said:
          23 December, 2013 at 8:36 PM

          kalau bawak dalam 90kmh shj, dalam 260km. Klau bawak macam saya, pelesit sikit, hmm.. dalam 200-210km sahaja. refer review TX200G saya ya! (tekan home dan cari post pasal TX)

  • addin said:
    6 December, 2013 at 9:42 AM

    kite pernah jumpe ke eh?
    moto merah 2 nmpak macam moto adli..??
    dri dlu lg aku cari ko ni..
    tp masih xjmpe lg..lupe nak tnye..hahaha

    • addin said:
      6 December, 2013 at 9:45 AM

      aku rase aku mcm kenal je..
      tp susah nak agak gak..
      banyak nama hashim ni..huhu
      klu kat fb name aku kamal ad din
      aku tringin sangat nak kenal ko ni..
      sbb daripada blog ni la tmpat aku review sblm aku amek RKV ni
      dan jmpe dgn rakan2 sahabat2 RKV yg mmg terbaik.
      ROC 079..ni no badan aku

      • Haz-Hash said:
        7 December, 2013 at 1:18 AM

        Saya kadang kadang je lepak dgn budak budak TX/RKV. kekangan masa bro. tapi ade time tu join gak ride. Saya baek dgn RKVians macam Ikhsan, Adli ;)

  • marsha said:
    18 November, 2013 at 4:19 AM

    memang teringin pada moto tu, sabtu lepas pi tgk di Jitra…harga 85xx, pakej dengan helmet, jaket hujan, givi box, ….tapi kalau di Butterworth di mana boleh dpt haaa…

  • sharul679 said:
    11 November, 2013 at 9:50 AM

    nak tanya sikit la..untuk confirmation…saya ade tanya ngan tauke kedai,mengenai moto TX200. motor ni made in ape? dia kata made in germany betul ke?sebab saya cakap ngan dia motor ni bukan made in italy ke?dia kata bukan.
    sebab saya macam berminat ngan TX200 nie..minta penjelasan k..tq

    • Haz-Hash said:
      11 November, 2013 at 3:34 PM

      Germany? Kene kencing la tu dgn tauke. Keeway bikes in Malaysia – design from Benelli Italy, parts mostly from China but assembled CKD in Malaysia. Cheers.

  • Remy said:
    8 November, 2013 at 4:15 PM

    Saya tinggal kat semenyih. Baru angkat rkv kat kedai semenyih. Kalau dari sunway semenyih, kedai tu sebelah kiri sebelum simpang tiga masjid. Opposite kedai motor baru. U all kata engine cut-off at 135kmj. Tp motor aku cut-off at 115kmj at 8000 rpm lar… Minta tolong

  • helmi said:
    6 November, 2013 at 12:08 PM

    As Salam bang…nak tanya…camne beze Demak DZM200 dengan RKV ni ek…rase berminat nak angkat RKV ni…kuluar plak DZM nii…mohon review DZM200 ni sikit bang…

    • Haz-Hash said:
      9 November, 2013 at 11:44 AM

      Faham tak ape maksud review?? Saya takde DZM so tak leh nak buat review tanpa try. apa kata u beli and then bagi I try and buat review?

  • nurul said:
    31 October, 2013 at 3:38 AM

    akum bro.mcm mana nak pegi showroom dia dekat jalan ipoh tu? saya x tau jalan.dia dekat2 dgn apa ek.bole test ride ke?

    • Haz-Hash said:
      1 November, 2013 at 2:00 AM

      Google Balai Polis Sentul. Showroom depan tu je. Takde test ride, tapi setakat duduk shj no prob kat sana. CHeers

      • nurul said:
        1 November, 2013 at 5:31 AM

        owh yang dekat sentul tu ke.ok tq :)

  • elsyareef said:
    29 October, 2013 at 1:39 AM

    salam bro..pipe exhaust ape y sesuai utk rkv ni ye ? bukan hanya bunyi bergema best shj, tp baik juga dr sudut performance n engine ? based on 1 cylinder-2valve..sbb, bunyi dy agak ‘kureng’ er.. hehe :)

    • Haz-Hash said:
      29 October, 2013 at 2:58 AM

      RKV 4 valve, macam LC & FZ. so cubela Exhaust yg boleh pakai kat dua model ni maybe?

  • Amir said:
    23 October, 2013 at 4:31 PM

    As Salam Bro… aku kat area semenyih. Kat mana boleh aku dapatlan rkv200g ni. Kalau boleh area kajang or bangi

    • Haz-Hash said:
      24 October, 2013 at 8:47 AM

      maaf, tak tahu. kene jalan sendiri kat kedai moto

  • din r said:
    22 October, 2013 at 4:10 PM

    banyak ke prob moto ni stakat ni? macam nak angkat bulan depan tapi ble baca review ada yg kata leaking la..rasa riso lak nak beli. sesapa pengguna rkv leh respon..

    • abdrasip said:
      27 November, 2013 at 4:05 PM

      Dah a tar keeway jln ipoh utk tukar gasket…3 kali dah buat tapi tstap bocor..la ni dH 29k
      .
      Masih tetap ocor…blSah ajelah…hampeh lunya

      rkv…

    • Haz-Hash said:
      27 November, 2013 at 5:15 PM

      macam bro kat bawah ni kata lah.. Masalah gasket tak cun masih lagi belum settle. Tapi kalau nak pakai gak boleh ajer,cume kene banyak bersabar. Cheers

  • afiq said:
    19 October, 2013 at 2:11 PM

    moto ni meter dpt cecah brape ekk(top speed)….tengok pic td ade pulak set wrna merah pulak ada yg kate kt Malaysia ni ade 2 warna jer hitam&putih???

    • Haz-Hash said:
      22 October, 2013 at 6:13 AM

      Sile baca balik review. Dah mention pasal top speed. Warna Merah custom paint dari kedai

  • Mijon said:
    18 October, 2013 at 7:26 AM

    Salam semua
    Aku pun dah lama ushar moto ni lg2 lepas tgk MotoGP sepang..haha ade kaitan ke?
    Aku dah test ride n ape yg dikaborkan mmg btul. Motor ni mantap. Aku pun tgh buat istikharah lg ni nk beli ke tak.hehe
    Sape2 nk beli kena tgk tujuan korg. Hanya sesuai utk relax n a bit speeding. Kalo nk laju lg beli 250 or kawa 150rr.

  • Din said:
    17 October, 2013 at 5:43 PM

    moto ni kalau bawak TopSpeed 130km/h camtu boleh maintain lame ke ?
    kalau ak bawak 130km kat highway , adakah die akan maintain 130km lame² ?

    • Haz-Hash said:
      22 October, 2013 at 6:14 AM

      Kalau standard tak leh maintain. Carburetor tak cun. Tukar Carburetor, tune sikit maybe boleh maintain

  • rehan said:
    16 October, 2013 at 7:15 AM

    tinggi tak motor ni?
    agak-agak girl yang kecik molek macam saya ni sampai tak?
    macam cun je motor ni…

    • Haz-Hash said:
      16 October, 2013 at 7:40 AM

      Tak tinggi mana pun, Rehan. Tengok gambar yang saya upload dalam post, gadis tu tinggi dalam 165-167cm sahaja tapi boleh je naik

  • Hafiz said:
    14 October, 2013 at 2:39 PM

    Salam, Alhamdullilah…aku dah pakai motor nie n overall review ko tepat…n negative point lampu dah ok (pada aku r sebab aku run waktu malam cerah n gud)

    Malangnya, 1st night…ehem2…kabel gear aku tercabut tak tau bila, alih2 time nak N gear waktu tunggu trafic light je sedar, BAYANGKAN!!!…adoi…terkena betul..hope SC dapat respon…huhu

    So far, bike nie best n layan….hehe

  • Wan Hilmi said:
    9 October, 2013 at 1:51 AM

    Slm bro..tgk gmbr tu mcm kt petronas batu caves..org cni jgk ke? hahaha

    • Haz-Hash said:
      9 October, 2013 at 7:44 AM

      Yes, memang kat PET Batu Caves. RV point dengan kawan-kawan RKV sebelum ride ke Ulu Yam

  • Hafiz said:
    2 October, 2013 at 1:03 AM

    Salam, bro 2 3 hari lepas survey di Kajang. Rega dia offer pada aku RM8k lebey (dia specifickan secara detail). Dapat F.O.C helmet full face (seswai ke pakai nie?), jaket, lock (xmention brand whether cikai or umps punya) dan jaket hujan. Pe pendapat ko? Aku tgk moto nie n try duduk (tinggi aku 177cm) ok n selesa..ala2 naik moto besar gitu…haha. Meter dia kemas.

  • ShahZ said:
    1 October, 2013 at 5:02 AM

    nk tya kos selenggara brapa? anggaran la..

    • Haz-Hash said:
      3 October, 2013 at 7:48 AM

      Normal service (minyak engine + oil filter + plug) mostly dalam RM50-60 shj.

  • Amirul said:
    24 September, 2013 at 4:57 AM

    Salam bro, nak tanya.. antara tx200 dgn rkv200g mana yg bro lebih prefer sbb dah try dua2 kan.. beza harga dlm 3ratus je la..

    • Haz-Hash said:
      27 September, 2013 at 1:14 AM

      baca review betul betul bro. Dah jawab. Cume skrg ni RKV200G ade masuk service center balik sebab masalah leaking. Kualiti parts yg diguna tak berapa cantik. Kalau nak trouble-free, TX200G is the way to go

      • emkay said:
        17 December, 2013 at 5:38 PM

        Bang, TX & RKV ni guna injin yg sama kan? Mcm mana TX takde masalah leaking tapi RKV ada? User TX yg len takde komplen gasket leaking?

        • Haz-Hash said:
          17 December, 2013 at 10:39 PM

          CC hampir sama tapi enjin lain lain. TX200 gune enjin Honda CG, RKV plak tak sure model ape. TX ade jugak case leaking tapi sgt jarang dan senang nak ubatkan. Hanya beli gasket dan gam gasket, settle dah

  • Kakashi said:
    22 September, 2013 at 12:58 AM

    aku pelik tol kat area alor setar ni.. xbyk kedai jual rkv ni.. ade putih je tu pun aku tgk dah berhabuk sakan.. nak jual bg la bersih sikit tauke.. ade x sape taw kedai mn jual rkv area alor setar nie?? nak cari kaler itammm..

  • bard said:
    18 September, 2013 at 2:16 AM

    Bro….CDI Racing unit untuk RKV nie xder ker?

    • Haz-Hash said:
      18 September, 2013 at 4:17 AM

      Takde official. Kalau ade pun diorang modi-modi camtu je

      • bard said:
        18 September, 2013 at 7:00 AM

        adesss….badan aku berat bro…boleh pergi pun 110….lau modi spoket apa yang sesuai agaknya?

        • Haz-Hash said:
          18 September, 2013 at 7:09 AM

          Tukar carb UMA Racing 28mm + ekzos racing + adjust sprocket 14/40 atau 14/41. Tapi paling baik kalau ade CDI sekali. Sprocket kene try try gak sebab lain berat lain mata yg sesuai. Kurangkan berat badan bro :)

          • bard said:
            18 September, 2013 at 8:04 AM

            kih kih kih….ari tu nak amik LC135 tapi mmg xpadan dgn orang nya….CDI tu yang penting jugak bro….tanya kedai lau tuka ekzos baik dekat2 1K..mana nak cekau :)

          • bard said:
            23 September, 2013 at 1:25 AM

            kalau ada info tentang cdi tu…info2 la bro..

            • Haz-Hash said:
              23 September, 2013 at 2:43 AM

              Sile ke facebook ‘Unofficial RKV Riders Malaysia’. Sana banyak info dan master master modi

          • bard said:
            24 September, 2013 at 1:20 AM

            TQ atas info

  • Zul TX200 said:
    18 August, 2013 at 9:00 AM

    Salam . Aku dah sebulan guna TX200 . Memang berbaloi dengan harga . Motor smooth . Speed cun . Selesa .

    • sharul679 said:
      14 November, 2013 at 1:40 AM

      salam…
      nak tanya TX200G ni ader banyak ragam x?
      macam sprocket 1set klu tukar berapa kos?

      • Haz-Hash said:
        14 November, 2013 at 2:25 AM

        adela sikit sikit ragam, minor punye hal. Sprocket dalam RM120 satu set sekali rantai (kalau tak silap)

  • harith said:
    16 August, 2013 at 7:52 PM

    salam bro, motor tx200 ngan rkv200…. mane lagi bagus…minx pendapat…aq nk beli antara 2 tu…tapi x tau nk beli mane satu???….hehe

  • dzul85 said:
    3 August, 2013 at 1:05 AM

    Salam bro, nak tanye, bru bli motor rkv200g dlm sebulan, tp da ade minyak Hitam kluar dekat2 dgn piston(leaking). Kat getah gasket rasenye..Pastu lagi susah nak start pagi2 Dan klu atas jalan kadang2 enjin motor mati tiba2..minta pandangan bro..resah hari plak..design motor mantap.

  • zul said:
    28 July, 2013 at 4:02 AM

    saya dah lama usyar rkv200g tunggu time nak rembat satu. kalau nak tukar ekzos bagi bunyi mantap sikit boleh ke bro?

  • Naga said:
    24 July, 2013 at 10:18 PM

    I rasa rkv nie dah cukup bag us untuk city ride.idle utk beginners.

    • Haz-Hash said:
      24 July, 2013 at 11:12 PM

      Lebih dari cukup sebenarnye. Utk beginner, technical knowledge kene kuat sikit sebab byk bende kene usik usik sendiri lepas beli. Assembly Keeway ade kualiti kurang kemas sikit, tapi bukan masalah besar pun

  • syahrizal said:
    22 July, 2013 at 11:49 PM

    nak tanya. adakah keeway sekelas dengan motor seperti nimota, demak?

    • Haz-Hash said:
      23 July, 2013 at 7:21 AM

      1 kelas ke tak tu tak tahula, but overall quality Keeway macam at least sama (kalau tak lebih baik) dgn model lain. Keeway joint venture dgn Benelli Italy dari segi design dan QC. manakala Nimota & Demak rebadge models untuk pasaran Malaysia

  • ShahZ said:
    22 July, 2013 at 2:24 AM

    waa…teringin gila nih..aduhhh

    • Haz-Hash said:
      22 July, 2013 at 2:34 AM

      Lepaskanle keinginan mu tuu. hahaha 7999 sahaja :P

      • ShahZ said:
        22 August, 2013 at 2:31 AM

        usha dlm mudah negeri kedah… harga RM 8200, tgk dlm blog lain harga RM 7200.. waaa lari seribu dah ni… Sapa dapat Harga bawah RM 8000 tlg bagitaw kawasan UTARA… tolonggg..

  • woshky said:
    21 July, 2013 at 11:30 AM

    bro, moto warna merah rkv200g, mmg asal ke atau buat sndiri ? tq

    • Haz-Hash said:
      21 July, 2013 at 11:46 PM

      Owner die tempah kat kedai sebelum pickup moto. One and only in Malaysia.

      • zikri said:
        21 August, 2014 at 4:31 AM

        mcm mne plak dgn wane merah yg laen baru2 nie? ad yg ckp klon, betoi ke?

  • Wan said:
    19 July, 2013 at 10:40 PM

    Tx for the review bro. Cuma seram sikit kualiti utk long term use dan resale value

  • Ridzwan Dollah said:
    8 July, 2013 at 6:56 PM

    Thanks Bro, rebiu yang menguatkan untuk wa bayar muka esok bro. Thanks so much

  • RKV200G-Keeway said:
    5 July, 2013 at 1:40 AM

    Thanks bro..review yang buat saya beli rkv200 nih..hehehe. Betul rkv ni jimat minyak,isi full x turun2 lagi takat ni,baru beli 3 hari yg lalu. Bagi saya pada yg nak berjinak2 dgn motor clutch naked bike,motor ni amat sesuai lah.Tp sekiranya nak beli untuk speed atas hiway..x recommended. Untuk commute pegi kerja ulang alik hari2 bawak layan rilek jer…haaa motor ni ok ler. Nak cilok2 agak berat jugak handling dia,so hati2. Takat ni sya puas hati dgn motor nih…;)

    • admon said:
      6 July, 2013 at 5:07 PM

      i tukar FZ150i ke honda future sbb FZ tak laju, tak cukup power nak potong lori, trailer kat highway(top speed 115km), ada hati nak tukar RKV sekarang, tapi bro kata RKV lebih lambat rasa dilemam sekarang. Dah putus asa dgn moto dunia malaysia.

      • Haz-Hash said:
        6 July, 2013 at 5:39 PM

        BRo, if u coming from FZ, jgn bazirkan duit kat RKV. Tak jauh beza pun. I recommend u topup sikit bajet, beli Naza Blade 250 kalau budget u tak besar sgt, atau kalau u tak kisah bunyi preng preng, U ambik Kawa 150RR. Dua dua ni sesuai utk hway ride

      • bro said:
        12 May, 2014 at 2:35 PM

        rkv la ringan fz nak potong lori pun berat

    • hafifi said:
      28 October, 2013 at 11:58 AM

      Spare part motor ni rvk 200g ni ada jual kat mana? Tolong response.

      • Haz-Hash said:
        29 October, 2013 at 2:59 AM

        Service Centre Jln Ipoh, KL atau di dealer dealer rasmi seluruh negara. kenapa nk cari spareparts, dah rosak ke moto? Kalau tak rosak tak perlu gelabah/risau nak cari spare parts lagi

  • aku said:
    28 June, 2013 at 4:59 PM

    moto ni sesuai utk perjalanan setiap hari seremban to klcc pegi balik tak bro? dlm 180km pegi balik. satu lg ia susuai utk org tinggi tak? 180cm + tinggi.. tq bro..

    • Haz-Hash said:
      29 June, 2013 at 2:43 AM

      Err jauh jugak tu. klau diikutkan memang boleh je RKV tu layan 180km sehari, tapi saya takut bro tak berpuashati dengan topspeed die. Kalau bajet bukan halangan, sya cadangkan bro ambik NAZA Blade 250 (V-Twin) naked. Mungkin lebih sesuai dan saiznye pun padan dgn tinggi bro

  • midimidon said:
    28 June, 2013 at 1:17 PM

    As Salam. kt banting dh ada dh moto ni, saya tngok d kdai wah heng soon. Jiwa mmg dh meronta2 nk sambar sebiji dgn hrga yg d twrkn memng menepati sasaran kwngan ni. lebih2 lagi lps baca komen sdra. Tak leh tido dibuatnya… t.ksh

  • Hanep said:
    14 June, 2013 at 5:49 PM

    dari segi top, macam ada cutoff ja. jerking/mcm moto nak habis muinyak found on my 200duke also at 138kmh. but itu electronically cutoff.

    • Haz-Hash said:
      19 June, 2013 at 3:33 PM

      Ya betul bro. Tapi cut-of ni agak berbahaya sebab motor semput macam terputus minyak. Kalau tengah corner, habis lost balance. U guys dah jumpe solution nak break cut-off tu? :)

      • Anynomous said:
        9 July, 2013 at 11:11 PM

        Bro, cut off duke dh ad org pndai buang.. tp rsenye btul la rkv jerking sbb cut off test moto kwn sme cm duke cut die.. sbb die cut jnis rev limiter bkn cm moto japan cut pd speed.. yg ni boleh buang cr org pndai wiring la bese kt fuse ke

        • Haz-Hash said:
          9 July, 2013 at 11:23 PM

          Terima kasih di atas pandangan, tapi setakat ni saya percaya cut-off tu ade sebab; untuk menjaga enjin supaya tahan lama sebab masa cut-off, RPM dah hit 10k (redline). Over-revving bagi mana mana motor sekalipun, dengan standard ‘road use’ adalah tak bagus. Terima kasih kerana berkongsi maklumat dan ilmu ya!

          • Anynomous said:
            9 July, 2013 at 11:56 PM

            Most welcome, ye btul utk penjagaan enjin especially piston rod and myk itam. Standard CDI boleh achieve 133km/h at 10k rpm so klu spe yg nk buang tu kne cri cdi tune tgi cket la kan.. TQ bro sbb sy pun mnt desingn benelli ni, TX200 npk supermoto mix touring. patu rkv200 classic design with modern look, haha klu poket tbl dh terbli moto ni..

  • addin said:
    11 June, 2013 at 7:20 AM

    kelajuan die memang setakat 130 je ke bro?? (frust nonggeng nie)
    hahaha..macam dulu aku bawa LC 1st model clutch .atas highway aku bleh lenjan sampai 170..xkan lah RKV ni xboleh kot? (tak boleh trima kenyataan) haduyaii..nak sangat RKV..minat gile body die..mantop! tlg bro..

    • Haz-Hash said:
      11 June, 2013 at 10:05 AM

      LC memang umum tahu meter ringan. so kalau orang claim 180 ke 200 ke memang aku tak heran.
      tapi realitinya RKV memang 130km/h sahaja, tapi stabil atas highway sebab bentuk body, berat dll. Nak laju sile ambik Superkips.
      Sekian~

      • addin said:
        12 June, 2013 at 1:21 AM

        baiklah bro..terima kasih atas khidmat nasihat ini..sekarang sy dah ada kputusan muktamad..sy nak ambil RKV200..TerBaikk Bro..aku nak join group korang..Amacam? boleh?haha

        • Haz-Hash said:
          12 June, 2013 at 2:32 AM

          haa tahniah. nanti pergi je fb, cari group unofficial RKV riders malaysia.

          • addin said:
            12 June, 2013 at 2:37 AM

            ok thanks bro..
            ada 1 benda lg lupa nak tnye..
            ada cara x nak bagi motor ni laju tanpa pengubahsuaiyan enjin?
            sori bro..byk tnye plak..huhu

      • addin said:
        12 June, 2013 at 1:22 AM

        sebab banyak lagi aku perlukan khidmat nasihat dari korang yang dah otai2 ni..

  • addin said:
    11 June, 2013 at 7:15 AM

    Bro..aku dalam dilema nie..aku nak amek moto..aku minat sangat ngan RKV200 nie..dah sebulan aku duk review..haha..
    tapi aku minat dengan kelajuan..klu tengok pada review yg bro buat ni..sperti FZ lagi laju..blur..huhu..tlg sikit bro..tlg bg solution..hahaha..thanks atas review ni..

  • joki said:
    9 June, 2013 at 4:33 PM

    Bro, recommendation anda mana yg lebih sesuai utk daily ride? Tx or rkv?, aku dlm dilema ni..huhu

    • Haz-Hash said:
      10 June, 2013 at 4:32 AM

      Daily ride dua-dua pun boleh dan takde beza. Cuma TX tinggi, so orang lebih nampak. RKV rendah, tapi lincah sikit. Handle RKV agak ketat sikit kalau nak cilok cilok kat tengah tengah jem

      • tan embong said:
        24 July, 2013 at 3:18 PM

        motor jns ni sesuai tk dengan kawan yg nk msk spruh abat

        • Haz-Hash said:
          24 July, 2013 at 11:10 PM

          motor jenis mana? soalan tak clear. nak jawab pun tak reti. Overall, moto sape sape pun boleh pakai :)

          • tan embong said:
            25 July, 2013 at 3:01 PM

            salam pak cik minat model rkv 200g \ tx 200

        • AbdgbFfaf said:
          23 September, 2013 at 4:01 PM

          Suspension rkv sYa keras mcm batu.awal2 idle kelam kabut. Pada 4500km injin mula bocor d sana sini.la ni dah 21k masalah bocor masih blum slesai.sebelum rkv saya guna fz, ninja 150 n skuter. Tapi rkv ni paling bamyak perangai…sApa2 nak rkv ni…fikir dululah
          ..

          • Haz-Hash said:
            27 September, 2013 at 1:15 AM

            Sorry to hear this bro. Masalah dah refer balik ke HQ Jln Ipoh tak? BOcor gasket tu kene tuka gasket head shj. Usually lepas tu okayla. Kalau tak okay gak teruskan complaint kat Benelli Keeway. Thanks for sharing

  • Naga said:
    7 June, 2013 at 4:09 AM

    Bro…servis macam mana ye??
    Aku tanya kat Ah Hong moto Sentul tu dia cakap servis ‘macam biasa’ kalau macam biasa aku pakai kapcai satu botol minyak itam baru 20 hinggit..tak kan rkv nak pakai minyak itam rm20..

    • Haz-Hash said:
      7 June, 2013 at 4:27 AM

      Servis memang macam motor biase saje.. Minyak Petronas Syntium Moto 4SX 15W-50 (1L) RM18.50.. Oil Filter..Plug Rm8.50.

      Ini je yang Benelli-Keeway recommend. kalau bro ade bajet lebih nak pakai minyak lagi bagus, pakaila. Tapi kalau jadi ape-ape kat enjin Benelli-Keeway tak tanggung risiko.

  • zamzuri said:
    6 June, 2013 at 3:41 PM

    boleh jadi kawan,saya baru angkat RKV 200 selama 2bulan

    • Haz-Hash said:
      7 June, 2013 at 1:34 AM

      boleh aje bro. Sile ke FB ‘unOfficial RKV Riders Malaysia’ dan join group tu. Nanti kita berkenalan kat sana ya! Cheers

  • amril nizanm said:
    6 June, 2013 at 12:20 AM

    Salam. Saya mempunyai Rkv. Saya dan bro achit sudah bawa Rkv sampai ke Krabi Thailand pada 2 minggu lepas sejauh 860km untuk 18 jam perjalanan. Meter Rkv berat. Beza hanya 5 km shj. Kalau kita bawa 105km Gps baru 100km Jadi tak risau kena speed limit. Bila jln jauh fuel save banyak. Fuel tank 22 ringgit boleh daripada KL sampai Gurun. Perjalanan selesa dan santai di sebabkan motor ini berat dan tidak perlu lawan angin. Di nasihatkan memakai windshield untuk lebih kelajuan. Cornering best di sebabkan tayar standard Pirelli gigit kemas. Ketahanan perjalanan jauh bagus. Cuma kalau top speed nak compare dengan fz 150i motor itu lebih laju. Kelajuan selesa di lebuhraya ialah 105-110.

    • Haz-Hash said:
      6 June, 2013 at 2:40 AM

      Wasssalam Nizam, saya memang follow story u guys kat FB RKV. Mantop! next time harap-harap TX Oren saya dapat join jugak satu hari nanti :)

  • johairie said:
    5 June, 2013 at 10:18 AM

    BRO,THANKS..KO PUNYA REVIEW LA PUNCA AKU TERPAKSA BELI MOTOR NI..MEMANG HEBAT DAN TERIMA KASIH.

    • Haz-Hash said:
      6 June, 2013 at 2:38 AM

      Welcome to the club of benelli-keeway bro! :)

      • Abg Burn said:
        5 August, 2013 at 9:34 AM

        salam semua pemilik RKV200G. ada club tak untuk pemilik motor ni. Abg nak join. abg baru beli satu.

  • sky8men said:
    28 May, 2013 at 8:25 AM

    top speed dia..mmg ikt meter kereta..or ralat mcm motor2 lain…contoh motor LC135 aku..meter 120..meter digital honda civic 99km-100km/j

    • Haz-Hash said:
      28 May, 2013 at 9:27 AM

      maaf, ralat meter tak dapat nak test. biasenye org compare meter dengan bacaan gps. sile ke fb rkv riders Malaysia untuk pertanyaan lebih lanjut pasal ralat meter ya!

  • arman said:
    27 May, 2013 at 6:09 AM

    bro, motor nie spare part dia senang cari tak? dan macam mana harga spare part? berpatutann ke mahal? tx for your review.

    • Haz-Hash said:
      27 May, 2013 at 7:58 AM

      spare parts kat Jln. Ipoh aje. semua boleh dapat. Harga tak sure, tapi roughly lebih mahal sikit dari motor cub. maybe murah sikit jer dari barang barang CBR & Ninja 250

  • Stupe said:
    26 May, 2013 at 1:52 PM

    bro, model Givi apa windshield tu? nampak besar dan mantap.

    • Haz-Hash said:
      12 June, 2013 at 3:26 AM

      GIVI, universal punya. RM450++

      >,<

  • Adi said:
    25 May, 2013 at 2:18 PM

    Double thumbs up untuk rebiu ko nih!

    • Haz-Hash said:
      26 May, 2013 at 2:19 PM

      Thanks bro Adi!

      Tak habis betul betul lagi nih. Fuel consumption tak tulis lagi hehe

  • akmal said:
    23 May, 2013 at 6:58 PM

    Salam,bro… Test motor ni sekali dengan Givi Top Case kan? Stable x waktu cornering sebab cadang nak pasang satu kat RKV saya….

    • Haz-Hash said:
      27 May, 2013 at 7:56 AM

      mase ride ke Sg. BUloh, KL & Sepang, bukak top case sebab tade barang nak bawak. But selain dari tu, saya letak box. Cornering tak kacau. Nak pusing kalau stuck dlam trafik ade kacau skit sebab topcase saya besar, 45L. Kalau nak mencilok tu, kene tengok betul betul la kat belakang. Rack HD Givi RM105 kat GIVI center Jln. Ipoh. Beli cepat sebelum habis stok!

Leave a Reply