Review Aprilia Tuono V4R (2013) Malaysia

Hello dan selamat datang ke HazwanHashim.com! :)

Caponord pun HazwanHashim.com sudah review (2 kali), masa launching dan masa test ride. Review Aprilia Shiver SL750 pun dah siap, di sini. Next one ape agaknya? Mestila abang besar Shiver, Supernaked bike dari Aprilia iaitu Aprilia Tuono V4R 1000.

Aprilia Tuono ni mungkin satu model dari Aprilia yang paling tak diberi perhatian yang secukupnye (poor marketing, maybe?) oleh pihak Aprilia dan jugak player dalam industri permotoran di Malaysia.. Sebabnya, ianya adelah sebuah mesin yang sangat awesome, bunyi enjin V4 ala-ala MotoGP yang cukup menggugat jiwa dan performance yang  paling hampir dengan Aprilia RSV4 yang memang legend tu. Basically Tuono ni adelah RSV4 yang dibogelkan, dan diletak lampu depan dan mini fairing dan handle ditukar kepada jenis handle-bar naked, dan dikurangkan performance nya berbanding model supersports RSV4 dan yang paling penting, murah! Harga yang saya dengar pernah ditawarkan sekitar RM56,000 sahaja On-the-road di Malaysia! (Terms & Conditions apply. Stock tahun 2012-2014)

Pada hari yang sama aku diberi chance untuk ride Caponord, aku juga sempat panjat naik Tuono V4R sekejao. Ini hasil review ringkas yang aku boleh share:

  • Torque /Pickup gile dan respond dari RPM 3, Twist sahaja throttle, motor seperti memecut ke depan.
  • Riding position masih lagi sedikit supersports walaupun dah pakai handlebar naked. Mungkin kurang sesuai untuk aktiviti touring jarak jauh tapi ade je yang dah bawak sampai Phuket. Overall, mungkin hanya perlukan rider untuk sesuaikan badan.
  • handle terasa sedikit berat untuk buat pusingan
  • Respond dari enjin paling terbaek pernah saya test secara peribadi. Throttle yang sangat ringan!
  • Design yang eksotik dan tipikal Italian.
  • Bunyi enjin V4 yang masyuk seperti MotoGP. Ditambah pulak dengan ekzos Akrapovic atau Austin Racing. Aum~
  • Speedometer dan instrument senang dibaca (gear indicator, RPM, kelajuan etc)
  • Seat agak tinggi untuk motor supersports (lebih tinggi dari Caponord 1200)
  • Barangan aftermarkets yang berlambak lambak kalau jenis suka modifikasi (Ohlins, Brembo, Bazzaz, Carbon Fiber race body dan baaaanyak lagi).
  • Model baru tahun 2015, Tuono V4R 1100 Factory dah mampu hasilkan horsepower sebanyak 175hp! Gile kentang. Tu belum optimum race mapping dll, tak mustahil kalau model 2015 ni boleh dapat performance macam R1, CBR1000RR dan BMW S1000RR , dan yang bestnye, masih lagi praktikal untuk dibawak jalan dalam bandar seperti town bike dan streetbike dan ride santai.

Downside/Drawback:

  • Yang saya bace online, model V4 Aprilia memang telan minyak kaw kaw, sebab diorang ni buat memang focus kat performance. Kalau nak save minyak, maybe kene pergi reMAP balik ECU supaya lebih jimat minyak.
  • Harga. Sigh. Sebabkan motor ni import sepenuhnye dari Italy  (CBU) so harga die pun memang perit gakla. Kalau ade chance dapat harga yang bagus second hand, look no further. Sebab moto ni aderla saingan Z1000, Duke 1200 , BMW S1000R dll yang harga masing masing pun..boleh tahan jugakla..

Itu sahaja. Ride safely and vroom Vroom wisely!

HazwanHashim.com

About the Author

Hazwanhashim.com

No Comments

Leave a Reply