REVIEW Aprilia Shiver SL750 Malaysia

INTRO
Aprilia Shiver 750 (code name: SL750) adelah motorsikal streetbike berkapasiti 750cc yang paling murah ditawarkan oleh Aprilia Malaysia. Dengan harga asal Rm56,000 untuk unit yang diimport sepenuhnya dari Itali, peminat motosikal berkuasa tinggi di Malaysia kini sudah berpeluang membeli seunit Aprilia Shiver CKD (pemasangan di Malaysia) dengan harga RM36,000 ++ (body sahaja, belum harga OTR). Dengan pelbagai servis pinjaman yang ada, korang beli bayar instalment Shiver serendah RM588 sekiranya down-payment memenuhi syarat yang ditetapkan syarikat kredit (selalunye AEON atau BSN Credit) atau kalau lebih bagus, dapatkan loan bank.

Saya sedikit beruntung kerana sempat beli Shiver 750 non-ABS CBU Itali (versi ABS tak ditawarkan di Malaysia *sedih*) tahun 2015 dengan harga RM38k++ OTR. Ianya model pemasangan di Noale, Itali pada tahun 2o14 tapi saya pilih warna terbaru iaitu partial matte black ataupun dikenali sebagai full black. Pembelian dilakukan di Aprilia 3S di Kg. Baru pada bulan Mei 2015. Sehingga harini, saya telah guna motosikal ni secara kaw-kaw dan pada pendapat saya, ini adalah motosikal paling best dengan harganya yang saya pernah ada!

SEKIRANYA ANDA BERMINAT UNTUK BELI MOTOSIKAL SHIVER750 MODEL CKD 2016 BOLEH EMEL SAYA di enquiry@hazwanhashim.com

Hazwan - Frisian

OVERVIEW SPECS (SPESIFIKASI KESELURUHAN)

  • Enjin V-Twin 90 (lebih tepat L-Twin) 750cc
  • 92hp (enjin), sekitar 68-70hp di roda belakang (Dyno)
  • Teknologi Ride-by-Wire yang membolehkan rider kawal mode enjin secara elektronik di tangan sahaja. Terdapat 3 pilihan mode enjin iaitu Rain (paling slow respond dari enjin, torque dikurangkan kaw-kaw), Touring (enjin paling smooth, respond dari enjin seperti motosikal 400cc-500cc, paling jimat minyak) dan Sports (revvy dan racing respond, enjin rasa tak berapa smooth, enjin braking yang kuat).
  • Top speed antara 220-225kmh (diuji Urban Riders) stok kilang.
  • Berat antara 170kg (kosong) tanpa bateri, minyak enjin, petrol dll.
  • Front Fork Up-Side Down (USD) tak boleh laras (*sedih*) berjenama Marzocchi
  • Rear suspension/shock SACHS dengan pelaras tinggi-rendah dan damping coefficient.

ROAD RIDE-ABILITY / PEMANDUAN 
Berbanding motosikal lain dalam kelasnya, Aprilia Shiver dikategorikan sebagai moto yang agak tinggi dan ringan. Dengan ketinggian 170cm, saya masih lagi belum dapat berdiri dengan kedua tapak kaki atas jalan. Setakat ni hanya berjingkit sikit-sikit. Berat yang agak ringan pula sangat membantu bile korang naik moto di dalam bandar dan ingin mencelah antara kereta. Berat ni jugak memudahkan pengendalian di jalan-jalan yang berliku dan jugak corner yang tajam TAPI non-adjustable front suspension Marzocchi yang dipasang kat Shiver sangatla mengecewakan bila hard-braking dan bila melalui jalan tak rata, termasukla juga brake depan (cop Aprilia, design Brembo tapi dibuat oleh syarikat H+). Setting suspensi belakang pun bolehla dikira sedikit keras tapi boleh dilembutkan sedikit mengikut rider.

Bila ditunggang lebih 140kmh, rintangan angin dari depan agak mengganggu konsentrasi rider tapi memang dah adat moto naked macam tu. Masalah ni boleh dikurangkan sedikit dengan cara beli windshield Puig (boleh emel saya enquiry@hazwanhashim.com). Seat luas, tapi sedikit keras so untuk pillion, tunggangan lebih dari 1 jam akan melenguhkan bontot. Dan ekzos dan piping pulak panas!

PENGGUNAAN PETROL
Kenapa tank kecik sangat?!
Untuk moto yang berkuasa tinggi dan sangat pickup, perkara yang paling utama of course la fuel capacity dan fuel consumption kan? Fuel capacity Shiver dianggarkan sebanyak 15L bile betul-betul kering, tapi saya tak pernah dapat isi 15L. Selalunya 14L++.

Dah namenye motobeso, or coursela sekali skala kat highway tu kita main dengan throttle dan bawak laju kan? Bile travel dengan halaju 160kmh-170kmh, minyak dalam tangki yang sebanyak 14L tu akan berkurang cepat gile dan sekitar 120km distance pun dah keluar lampu kuning suruh topup minyak. WTF!

Sedikit kecewa sebab model tahun 2014 tapi nak letak sensor dalam tangki minyak pun susah ke? So rider Aprilia harus sentiasa waspada bile travel jauh-jauh, especially kat Lebuhraya LPT yang mana ade part yang kat highway tu takde stesen minyak lagi (bahaya weh!). tapi kalau city+highway cruising, penggunaan minyak sebenarnye boleh dapat sekitar 200-220km, iaitu 4.2-4.3L/100km dengan halaju sekitar 110-120kmh.. Tapi saya pernah buat 300km per tank semasa pergi Kemboja bulan Ogos yang lepas (kelajuan 90-100kmh je purata).

KESELESAAN / COMFORT
Menunggang naked bike memang takleh nak compare dengan touring bike/ADV touring bike seperti Versys, Caponord, BMW GS dll. Tapi seat rider Shiver memang kurang selesa untuk perjalanan jauh dan posisi badan yang sedikit ke hadapan bagi tekanan kat bahagian dalam paha masa ride. Korang tak kan rasa utk ride pendek tapi bila dah travel 300-500km sehari, korang akan mula rasa penat dan lenguh kat peha. Tapi takla seletih macam bawak supersporst atau superbike, terutamanya kalau korang bawak pillion / orang kat belakang.

Enjin Shiver jugak mengeluarkan haba yang sangatla banyak so pengalaman saya ride dengan riding pant, memang berpeluh lenjun basah kat dalam seluar.. I really don’t know why but it seems common issue among Continental bikes.

KELAJUAN
Saya sendiri tak pernah capai topspeed yang diwar-warkan iaitu 225kmh. Maximum yang saya pernah try sendiri aderla 205kmh dan tu pun dah bergegar motor macam tak stabil. Pecutan dari enjin V-twin Aprilia ni mule berkurang sekitar 190kmh dan naik slow-slow je sebelum mencecah top speed. Overall, naked streetbike memang tak sesuai bawak laju-laju. Nak laju above 200kmh silelah ambik supersports (ZX6R, CBR600RR, Daytona) atau 1 Liter superbike (R1, RSV4 dll) dan pastikan ianya 4 silinder atau V4 untuk kepuasan hehe. Tak mampu? Pakai je ape yang mampu dan belajarla ride dan terima kemampuan moto tu seadanya.

Tapi pickup dari 0-140 memang something yang memang sangat mengujakan dengan Shiver ni. powerla V-twin Aprilia!

MAINTENANCE
Saper kate maintenance Aprilia mahal gile kalau nak banding dengan moto Jepun?
Pertama bezakan antara basic maintenance dan original spare parts (OEM). Actually basic maintenance Aprilia Shiver hampir sama je dengan motor jepun (ke nak panggil moto Thailand sebab dah pasang kat Thailand? kah kah kah) .  Bahkan boleh jadi lagi murah. How? I will show you how soon in my upcoming post. Tunggu ya.

Contoh pengiraan kos maintenance biasa di Aprilia 3S (Showroom, Sales, Service) Center seperti di bawah:
Minyak Enjin (Motul 5100 15W-50) RM48/L *3.2L = RM153.60
Filter OEM Piaggio(ori) RM85
Caj Kerja/Labour Charge = Varied. Roughly around RM25 & above.
GST = 6% <– Yang ni bukan salah Aprilia ya, hangpa pi la komplen kat PM Najib. Sapa suruh undi parti dia dulu? *ops*
All in roughly standby jer sekitar Rm330-350.

Servis berkala (schedule maintenance) untuk Aprilia Shiver adelah disyorkan setiap 5,000km untuk penggunaan harian dan lasak , dan setiap 10,000km untuk penggunaan ringan atau jenis weekend-bike. So part mana yang boleh dikurangkan kosnya? Minyak enjin, oil filter, Air Filter, Plug  dan banyak lagi. Nanti aku akan share macam mana caranya.

Parts? Haa ini bahagian yang memang tak dapat dinafikan lagi penangan barang Continental/Italy. Almaklumla dahla barang kene import dari Italy/USA, kene mel lagi, import duty lagi, rate FoRex Ringgit pulak sekarang mengecewakan. So jadikla mahal parts , especially kalau korang beli direct dari Aprilia Malaysia (NAZA Premira). So, macamana nak dapat parts ori & alternative OEM dan lebih murah dan lebih cepat daripada beli dari Aprilia Malaysia? Ade agents dan jugak owner Aprilia yang buat servis shipping dari US dan Itali secara terus, dan saya salah sorang daripadanya. Emel je enquiry@hazwanhashim.com

PERFORMANCE UPGRADE
Kalau nak pakai stock (standard badak kata orang kampung saya) Shiver 750 dah lebih dari cukup tapi sekiranya korang ni jenis suke tambah accessories dan performance parts, sorry to say you won’t get much options here in Malaysia. Tak banyak pilihan. Tapi ejen-ejen jualan dalam kelab Aprilia dan jugak saya sendiri memang ade buat custom order request dari owner-owner Shiver so antara pilihan-pilihan performance upgrade yang boleh dibuat di Aprilia Shiver 750:

  1. Ekzos Akrapovic/Arrow (kurangkan berat sekitar 6kg. Menambahkan kuasa kuda sekitar 2-2.5hp. Bunyi terbaek) RM4600/set sekali pasang.
  2. Sprint Filter/ BMC / DNA Sports Air Filter untuk pastikan udara masuk dalam enjin lebih bersih dam lebih mantap. Meningkatkan responsi enjin dan ade orang kata mampu tingkatkan kuasa kuda enjin (hp) sekiranya digandingkan dengan ekzos Akrapovic / Arrow. Disarankan dyno mesin dan check air-fuel ratio dan mapping semula ECU selepas pemasangan untuk dapatkan keputusan terbaik. RM460
  3. Brembo Master Cylinder RCS19 & RCS16 *gulp*
  4. Carbon Fiber Mudguard depan & belakang (Puig). Kurangkan berat, nampak cool.
  5. Puig Windshield (specifically design untuk Shiver, Plug & Play). Boleh beli dengan saya. Rm570
  6. dan banyak lagila. Kaki modify Shiver akan jadi hantu kalau dok modify jer moto ni haha.

OVERALL
What u paying for this bike, u get so much more! Macam-macam jenis Shiver dah ade di Malaysia ni. Ada yang buat showbike je, ade yang buat kerja (macam saya), ade yang buat moto trackday dan street day (main corner di Bukit Tinggi & Genting) dan jugak touring (KL-Siem Reap? KL-Phuket? I have done it hehe) dan setakat ni Shiver boleh je jadi apa-apa bike yang owner die nak.Ianya sangat versatile.

So pendek kata, memang sangat berpuashati dengan apa yang saya dapat, kecuali top speed dan vibration pada moto. Nak top speed dan kurang vibration? Ambik 4-inline atau R1 lah bang *KBye*

Juan @ HazwanHashim.com™

Ape SL750 2015-present

2016 All Review is Intellectual Propriety Reserved

Aprilia Shiver 750 non-ABS

Aprilia Shiver 750 non-ABS
0

Pros

  • Super fast and powerful engine
  • light on the road
  • Affordable Italian engineering
  • Good quality parts

Cons

  • Top Speed vs Inline-4
  • Tank kecil
  • Enjin panas untuk negara tropikal
  • Exhaust sports mahal (Akrapovic, Arrow)

About the Author

Hazwanhashim.com

35 Comments

  • mohdhasfan said:
    17 September, 2016 at 9:20 AM

    salam admin,
    tumpang tanye,shiver ni pakai belting ke chain utk timing engine…?

  • Ace said:
    31 August, 2016 at 9:13 PM

    salam tuan. saya baru beli sebiji shiver ni. untuk 1st service kalau saya pakai 10w40 okay ke?

    • Admin (Hazi) said:
      5 October, 2016 at 7:36 PM

      recommended gunekan minyak gred 15W-50 semi synthetic atau fully synthetic, seperti yang disarankan dalam buku manual

  • Ash said:
    26 August, 2016 at 9:39 PM

    Salam bro…. thanx story pasal shiver nie….. mmg bkenan sgt dh ngn mentarang nie.. dh try duduk kt r25, n beberapa naked bike yg lain… rasa mcm selesa lak ngn shiver, baca entry bro lg menambah minat nk beli… tgh kumpul duit nk baya dp.. hahahhaa.. lau bleh xnk bayar bulanan tinggi…. sakit nk makan nnti….. shiver nie ader club kn??? Bleh la join nnti…

    • Admin (Hazi) said:
      5 October, 2016 at 7:37 PM

      ade club. boleh join Aprilia Riders Club (APRC) nanti bile dah beli moto.

  • Md yusran said:
    17 August, 2016 at 6:51 AM

    Saya minat shiver ni…masa yg sama dok tgk versy 650….apa pro n con bro..

    • Admin (Hazi) said:
      17 August, 2016 at 7:03 AM

      Shiver & Versys adelah dua bike yg berbeza, bro.

      Fuel range utk Shiver 220km, Versys 300++
      Shiver naked streetbike, Versys road-touring bike
      Shiver 95horspower, Versys dalam 65-70 je hp.
      Shiver agak smooth utk enjin V-twin, Versys kuat vibrate. Versys 1000cc sedap.

      feel berbeza, keselesaan berbeza, harga parts pun berbeza. tak leh nak buat comparison secara telus. saya mungkin biased kpd Shiver

  • fendi jb said:
    24 July, 2016 at 1:41 PM

    Bro.. Bg upload gmbr assesori shiver. Aku beli cm togel je… Cover engine bwh dkt filter takde. Mana mau cari?

  • Collin L said:
    14 June, 2016 at 12:22 AM

    Hi bro,

    Boleh suggest coolant yg baik utk shiver 750?
    Enjin Panas sgt bile city riding sekitar 70-80kmph. Bile highway 110-120kmph OK je. Normal ke ni? Reading untuk temperature kat tepi naik smpai 4 bar. Not sure kalao overev sbb sy tukar gear around 5-6k rev.

    Thanks

    Collin

    • Admin (Hazi) said:
      30 June, 2016 at 2:48 AM

      Normal. nothing wrong. as long as the over heat warning tak keluar, ride on. Italian machines memang semua panas

  • Hazaini said:
    31 May, 2016 at 9:19 PM

    Masa konvoi hari tu dari p.buntar semua moto pelbagai jenama …saya bawa gsxr750 k9..masa tu..
    Pernah dengar org kata er6 minyak jimat..
    Hakikatnya dengan kelajuan yg sama sekitar 140+-180++..ikut keadaan semua moto terpaksa refuel di tapah degan baki minyak yang hampir sama…

    Jadi fuel cosumpsion utk moto ni lebih kurang jer…
    Bila saya bwk rsv1000r sampai tapah..pon mcm tu jgk keadaanya..cuma kelemahan aprilia shiver rsv..gsxr yg biasa saya guna ..kesemuanya x de meter minyak..

    • Admin (Hazi) said:
      7 June, 2016 at 2:11 AM

      Thanks bagi feedback.

      Ya motor sports selalu nye takde meter minyak. Tapi Z800 dah boleh letak sepatutnye syarikat lain pun dah boleh consider bagi meter minyak kan. Sebab ramai penunggang baru dari kapcai dah lompat naik ke SBK. ramai yang masih terbiase dengan spec Kapcai yang ade meter minyak. Tapi kalau dah biase dengan moto sendiri dah tahu mileage die kire okayla ;)

  • Slxs said:
    3 May, 2016 at 11:27 PM

    Hi, boleh saya tanya? Ada apa apa front suspension boleh ditukarkan utk merendahkan shiver ini? Sebab ketinggian saya cuma 168cm. Klu ada brp harga agak agak

    • Admin (Hazi) said:
      4 May, 2016 at 6:21 PM

      U boleh rendahkan sikit bahagian depan Shiver dengan turunkan Triple clamp dekat absorber depan tu. Saya syorkan ikut ‘ring’ yang ADA pada absorber hadapan.

      Tapi bile dah rendahkan fork character dah tak sama macam original. Saya lagi prefer original punye setting

    • Hazaini said:
      31 May, 2016 at 9:21 PM

      Saya pernah lowerdkan shiver ..depn turun ikut ring..
      Belakang turunkan spring…set blk rebound..

      Kena pandai ejas blkg la ..nak kasi stabil blk..

  • Jaymee said:
    14 April, 2016 at 2:41 AM

    berkobar kobar pulak rasa nak angkat shiver ni. satu sy nk tanya. possible ke klu nak sunat ekor? sbb ekzos dia cmtu kn so nnt signal belakang nk letak kt mana ya?

    • Admin (Hazi) said:
      22 April, 2016 at 12:30 AM

      Kalau nak beli motor shiver (baru) boleh contact saya. ade promosi loan AEON skrg 3.XX% sahaja. emel contact no pada : enquiry@hazwanhashim.com
      Tail tidy boleh gune tail tidy yang dah design untuk shiver. tak ade masalah dengan ekzos

  • Mohd saiful said:
    10 April, 2016 at 9:46 AM

    Bro nak tya skitla atau mintak pandangan…sy br nak beli shiver coz sy mmg minat aprilia…lg satu kena dgn kemampuan…pandangan bro secara overall bg yg br nak berjinak ni shiver ok atau tak?tqvm

    • Admin (Hazi) said:
      11 April, 2016 at 5:58 PM

      bro penat saya tulis panjang-panjang..jawapan die memang dah ade dah dalam artikel di atas. sile baca

  • Hairul said:
    10 March, 2016 at 3:34 PM

    Salam bro….saya nak tanya pasal haba yg kuar dari exzos…kalau jalan jauh seat utk rider n pilion panas giler ke? Sbb ramai yg komplen pasal tu…ada cara lain utk kurangkan haba tu ke bro? Thnx…

    • Admin (Hazi) said:
      11 April, 2016 at 6:02 PM

      boleh tahan jugak panasnye. cara nak kurangkan aderla bawak laju-laju..atau tukar pakai ekzos sports seperti Arrow, Akrapovic dan lain lain (better flow = haba cepat keluar dari moto)

  • faizal said:
    25 February, 2016 at 2:39 PM

    bro..nak tanya..sy nk belishiver second..tahun 2011 cbu. pada salnya nk beli er6n jer…tolong bakar skit or sdikit advice pls..tq

    • Admin (Hazi) said:
      11 April, 2016 at 6:03 PM

      Shiver – italian engineering, italian made, high performance, seat tinggi
      ER6 – japanese engineering, Thailand made, entry level bigbike, seat orang Asia.

  • adi said:
    5 January, 2016 at 6:02 PM

    Salam bro…
    Pernah tak test minyak kalau dah naik wrning, berapa km blh pergi kalau bwk sekitar 130-140

    • Admin (Hazi) said:
      5 January, 2016 at 6:35 PM

      Tak pernah betul-betul test sebab kalau habis nanti naya tolak moto sorang-sorang. sebenarnye selepas tanda kuning tu keluar..akan ade counter pulak kat meter..die akan kire berapa kilo kita dah jalan dengan reserve..kalau boleh cuba isi dalam 20-30km max. saya pernah dengar ade yang buat sampai 40km sampai habis minyak.maybe die bawak slow, Wallahualam. tapi tak payahla, nanti susahkan diri sendiri pulak. hehe

    • sharif ali said:
      10 February, 2016 at 2:44 PM

      depends on cara ko bawak..kalau ride rilek saya pernah lepas 52km…time tu memang almost nak menolak la.nasib baik nak dekat petropump

      • Admin (Hazi) said:
        11 April, 2016 at 6:04 PM

        Terima kasih Saudara Sharif tolong jawabkan.

  • Idris said:
    4 January, 2016 at 11:03 PM

    Salam en hazwan,

    Terima kasih atas maklumat yg tuan kongsikan, saya nak bertanya

    Pusat servis aprilia ada berapa ya di sekitar lembah klang dan pahang?

    Motor saya sehari lagi dah confirm 1st servis, selain dari kg baru en hazwan pernah pergi mana lagi?

    Saya pakai dorsoduro, ulang alik sg buaya-dutamas.. lepas 1st srvis nk cabut balik sungai koyan..

    • Admin (Hazi) said:
      4 January, 2016 at 11:39 PM

      Idris, call Aprilia 3S untuk confirmkan kat dealer mana awak boleh buat servis paling dekat dengan kampung/lokasi tempat tinggal..Saya takde database dealer aprilia. Setahu saya ade dua official Service Center sekarang, di Kg Baru KL dan di Shah Alam.

      Saya pernah buat kat official dealer diorang kat Kota Bharu. 1st servis free labour charge.

      Baru beli Dorsoduro? Kalau nak cari grill utk radiator, frame slider, windshield, oil filter dll boleh contact saya di sini. saya ada supply untuk rakan-rakan Aprilia. email je kat enquiry@hazwanhashim.com

  • drool said:
    20 December, 2015 at 3:56 AM

    Salam bro.. good info.. nak tanya.. ada cara tak kita nak rendahkan sikit moto ni untuk sampai kan tapak kaki cecah lantai.. sebab tak larat nak jengkek kaki..

    • Admin (Hazi) said:
      21 December, 2015 at 5:47 PM

      Ada
      1) Turunkan Triple-clamp pada handlebar. Tapi akan kacau handling kat corner (kalau bukan kaki korner okla)
      2) Setting balik suspension belakang dengan lembutkan sikit spring so bile kau duduk spring akan turun lebih sikit.(ini pun akan ganggu handling sikit)
      3) Potong seat kasi rendah sikit. Tak kacau apa-apa.
      4) Lowering kit. Tak recommend yang cap ayam/non-proven brand. Sebab dah ade yang rosakkan absorber. RM3k++
      5) Pakai tayar lebih low profile kat belakang.
      6) Pakai kasut tapak tebal (riding boot). Paling save bajet.

      Sekian :)

  • Zarul said:
    10 December, 2015 at 4:54 PM

    Bro sya nak tnya sikit pasal fuel consumption shiver ini..sy dalam dilema memilih..dlm survey sy cb650f,shiver,mt09..ketiga2 motor naked dan harge bawah 50k..mt09 dan cb650f sy dah try cume shiver belum pernah merasa bawak..sy ingt nak beli motor ini untuk perjalanan jauh maksudnya akan selalu ker thailand..fuel dia kalu bwk dlm 140~160 berapa km dapat pergi

    • Admin (Hazi) said:
      10 December, 2015 at 5:19 PM

      Fuel consumption Honda champion dalam kelas 600-800 (middle weight). Shiver tank kecik (14L tak sampai) so kene berhenti banyak kali. Speed dalam 140-150 tempoh hari boleh cover KL-Simpang Pulai (ngam ngam keluar warning light), so mmasih ade dalam 40-50km baki minyak. So satu tangki dalam 220-230km shaja.

      • Zarul said:
        10 December, 2015 at 6:19 PM

        Thanks bro,sebb harge shiver ckd otr 39k+- ..sy sekrng ini pakai ktm duke 200 baru balik dari krabi bike week bulan lepas..motor ok cume bile dalam group semua 600cc keatas memang x cukup power la jdinye..insya’allah esk nak ker kg baru nak test motor..

Leave a Reply