Review Aprilia Caponord 1200 ABS

Hello dan selamat kembali ke blog.hazwanhashim.com

Dalam bulan May yg lepas aku berkesempatan untuk tunggang uji / test ride motosikal adventure touring dari Aprilia iaitu Caponord 1200 ABS. Dulu pun aku pernah buat short interview dan review semasa pelancaran model tersebut kat Malaysia. Tak sempat bace post lame? Ok KLIK SINI.

Pernah dengar model ni? Kalau belum, boleh google. Basically motor ni adelah saingan Yamaha Super Tenere, BMW 1200 GS dan Versys 1000 & Triumph Tiger. Technical spec moto ni? Pun korang boleh google sebab semua bende dah ade online kan skrg ;)

So, to make it short, aku nak share sikit impresi aku bile dibeli peluang untuk test ride motor ni. Semasa sesi test-ride, aku ambik chance untuk test dari Wangsa Maju ke Janda Baik, Karak dan patah balik. Kat bawah ni adelah experience yangaku boleh share:

  • Takuk RPM berada pada 5-6 pada kelajuan 145-150 kph dan enjin masih lagi relaks.
  • Getaran (vibration) pada RPM 2-3 dan moto seperti tersedu-sedu.
  • Sekiranya bawak slow, bahang panas bawah seat ketika terperangkap dalam trafik/drive slow memang terasa di peha.
  • Seat pemandu sangat selesa dan posisi ride juga tegak. So tak heranla group motor ni selambe je ride pergi Phuket, Krabi dan banyak lagi lokasi lain.
  • Dynamic damping ; sistem suspensi elektronik Aprilia  boleh menyebabkan rider amatur macam aku rasa kurang selesa kerana tak biasa dengan electronic adjustment. Motor akan menyesuaikan suspensi depan dan belakang mengikut keadaan jalan dan berat rider yg bawak. Ade rase kurang confident sikit la pada mula mula tu.
  • Harga sekitar RM 85-88k on-the-road
  • Korner pada kelajuan 120-130 di Highway Karak rasa kurang stabil (mungkin sebab aku tak biase bawak moto tegak macam ni laju laju)
  • Sangat selesa melalui jalan tak rata/berbatu kasar.
  • Seating position pun selesa untuk perjalanan jarak jauh.
  • Enjin dan throttle respond yang amat terperinci dan responsif. Pulas je pergi, pergi dan pergi ke depan. Memang superb.
  • Brake belakang kurang grip pada model yang saya test, mungkin kerana ini test-ride model so diorang dah lenjan kaw-kaw.
  • Engine braking sangat responsif pada pandangan amatur

Pada pendapat aku, ianya motor touring yg sangat best dari segi keselesaan. Dari segi kelajuan..well.. maybe die takleh beat Versys 1000 yang boleh clock sampai 270-280kmh..tapi sgt selesa untuk dibawa masuk pekan kecil dan lain lain. Seat pun lembut dan selesa dan tinggi seat pun sesuai untuk orang Asia macam saya (169cm)

Cume harganya mungkin agak keras sikit dan spare parts supports nya agak limited. Tapi once dah masuk dalam club APRC (rider club) korang akan berjumpe dgn independent parts supplier yg akan tolong dapatkan brg anytime je. So kalau dah minat tu, booking jer

Sekian sahaja review ringkas Aprilia Caponord 1200 ABS dari HazwanHashim.com. Next, review supernaked Aprilia Tuono V4R 1000 plak ye! Ciao

2 years ago

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *