Paris – Selamat Ulangtahun Hazi!

Salam semua, maaflah kalini overdue post. Tapi cerita yang menarik tetap cerita, kan? Bile last time korang rasa cerita Pendekar Bujang Lapok tu bosan? Tak pernah, kan. haaa macam tu lah.

Okayla, ceritanya bermula tahun lepas, lebih kurang bulan March 2012 bile mi Amour, JoJo mula komplen aku dah nak balik ke Malaysia dah, tapi kami berdua tak pernah lagi ke Paris theCity of Love… Lovebirds semua nak ke sana, bajet-bajet lompat depan Eiffel Tower. Blergh~

So bile aku check-check tiket DeutscheBahn, aderla plak deals Sparpreise dari Halle (Saale) -> Paris Gare du Nord. Walaupun tren bukan direct ke sana, tapi dengan harga yg ditawarkan + kad diskaun BC25, perjalanan aku ke Paris hanya berharga €110 untuk 2 hala! Woohoo~ Murah!

So tiket pun dah beli, maka hari pun kunjung tiba. Perjalanan dari Halle bermula malam, sekitar 11 malam kerana deal yg aku dapat adelah combo overnight tren Halle -> Mannheim dengan menggunakan CityNightLine (CNL), then stopover selama 2 jam setengah and then ‘umstiegen’ tren ICE Mannheim-Paris G.d.N selama 4 jam lebih. Pengalaman pertama naik DB overnight train memang sangat teruja. Tren yang memang dilengkapi khas untuk tujuan overnight ni, dilengkapi reclining seat yang ade bucket seat yang agak selesa. Yang tak tahan lagi tu, disediakan jugak reading LED light! Wah, gilerla. Setelah dapat masuk dalam bucket seat tido aku, mata terus terlelap dan tak lama lepas tu semuanya nampak gelap aje…

Sesampai nye aku kat Mannheim, memang ape bende pun tak bukak lagi. So Aku dan Jojo decide lepak kat cafe, cube cube mencari kalaulah ade cafe yg dah bukak. Sigh. Memang masa kitorang sampai (3am++) memang ape pun takde lagi. So kitorang decide, landing jer badan kat cafe yg ade table kat luar sementara menunggu tren kitorang yg seterusnya sampai. Dah hampir 6pg, cafe cafe mule dibuka dan kitorang cepat cepat sebat Coffee dan Brotchen sebelum Einstiegen ICE ke Paris.

Perjalanan ke Paris aku katakan sangat cantik, sebab ICE meluncur 320km/j di celah celah lembah dan padang yg penuh dengan bunga yg berwarna warni. Tapi disebabkan speed ICE yg bapak lajunya, aku tak dapat nak snap ape ape sangat pun. Cukupla warna warni padang bunga yg aku lalui tu segar dan mekar dalam memori je.. Lebih kurang pukul 10 pagi, announcement dibuat yg memberitahu kitorang sudah hampir sampai di Paris. Wah for the first time ever, aku ke Paris! Rasa excited pun ade, risau pun ada. Yerla, dahla tak book accomodation, accomodation kat sini mahal giler plak tu. Tapi Jojo dah arrangekan siap siap dah ‘homestay’ dengan unclenya, Mr. Knies. Knies dah lama duduk Paris, walaupun asalnya seorang Jerman tapi kini die memang tak kurang dari Parisian yang lain..

First thing aku grab masa kat sana, Croissant! FYI aku memang fan Croissant. OHMAIGAD, sedap gile freshly baked Croissant kat Paris! Walaupun hampir kat semua Backerei di Jerman ada jual Croissant, rasa mentega, cream dan jugak crispiness nya memang tak terungkap! Pocket damage €1.50 tapi Uncle Knies kata takpe, die belanja. Wah TQ Uncle! Alhamdulillah, rezeki. Next,  Uncle Knies bawak aku dan JoJo ke La Basilique du Sacré Coeur de Montmartre (aka Basilica of Sacré Coeur) yang terletak kat atas bukit. Mengah jugakla nak berjalan antara celah celah bangunan dan deretan kedai. Tapi once dah sampai atas sana, pergh. View die memang superb! Dari viewing deck kat kaki Basilica ni, kitorang dapat lihat panoramic view of the city of Paris. Mungkin bukan semua, tapi bangunan bangunan utama yang ada kat situ memang konfirm akan nampak, seperti Eiffel Tower, Arc de Triomphe etc. Next, pusing masuk dalam Basilica. Memang cantik senibina Sacre-Coeur ni. Tak terungkap dengan kata. Lepas tengok tengok dan bid farewell, kitorang pun berjalan ke Square Market yg berada berdekatan situ, usha usha ape barang diorang jual. Usha ajerla kan. Nak beli tak mampu, dan bukan boleh bawak balik Malaysia pun.

Uncle Knies ajak kitorang keluar jalan-jalan sambil minum kopi kat depan viewing deck  yang ada view Eiffel Tower. Itu pun die blanje gak kitorang sekali dengan lunch. Typical french style of cafe ialah, kalau korang duduk kat kaki lima (pedestarian side walk), korang takkan menghadap satu sama lain, tapi menghadap jalan. Pelik kan? Tapi itulah budaya Parisian. hehe. Lepas makan, cross jalan sikit ambik dua-tiga keping gambar berlatarbelakangkan the famous love tower tu, then die bawak pulak pulang ke rumah die untuk letak barang barang. Sofa bed ada, bilik tetamu ada semua cukup lengkap. Siap fridge penuh dgn Marmalade, cheese dan Honey. Awesome gile host aku ni!

Lepas rest jap kat apartment dia, J & I teruskan plan kitorang dengan melawat Musee du Louvre (Louvre Museum). Untuk pengetahuan semua, sekiranya korang berumur bawah 26 tahun, korang boleh masuk percuma dalam Louvre pada hari setiap hari Jumaat dari 6ptg – 9.45 malam untuk permanent exhibition sahaja. Jgn lupa bawak ID/Passport ya untuk claim! Kalau korang ade residence permit EU pulak, korang boleh masuk pada waktu waktu tertentu secara percuma. Untuk makluman lanjut, boleh refer kat sini: http://www.louvre.fr/en/hours-admission/admission

Banyak arts collections dan literature Eropah yang famous kat situ, terutama sekali painting yg ade berunsurkan biblical sikit, dewa dewa Greek dan lain lain.. Memang teruja gile, sebab kat Malaysia benda benda macam ni mana nak jumpe on display. Kalau ade pun, bile nak melawat tempat tempat begitu, orang sekitar (yg narrow minded) akan pandang semacam dan buat cerita bagai bagai.. Malaysia oh Malaysia. Lepas ke Louvre, malam pun dah gelap so kitorang balik homestay lah

5 years ago

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *