Operation : Rail Polska! Part 2

Sambungan dari episod 1.
Backdated blog post dari 10 April 2012.

Semasa Aku, Alex dan Baloo berlegar legar kat stesen keretapi Breslau mencari tempat untuk claim tiket kami yg tak sampai sampai, kitorang kene hadapi satu lagi masalah: Takde pegawai tiket yg tahu berbahasa Inggeris. Sudah!So nak taknak terpaksa kitorang redah gune broken English untuk dapatkan tiket seterusnya untuk ke Krakow, sebab Wroclaw (Jerman: Breslau) hanyalah hentian untuk kitorang transit jer. Setelah berhempas pulas nak explain pasal tiket etc, lastly kitorang memang kene beli tiket lain (nasib baik dpat tren yg sama jugak). Dengan condition  stesen yang tengah huru hara lagi dalam renovation untuk menyambut kedatangan EURO CHAMPIONSHIP 2012, terbayang macam manalah nasib traveller yg end up kat stesen ni tapi takde sesiapa yang boleh cakap Inggeris. Nasib koranglah, wa dah kene. HaHaHa

Anyway malam tu kitorang meredah dari belah Barat Poland all the way ke sebelah bawah,Timur Poland. Boleh kate cross country jugakla. Seat yang pada asalnya just ade 4 orang utk satu cabin space (yang biasenya muat 6 orang max dalam DeutschBahn Germany, kini dalam penuh sampai 8 orang. Condition yang pack macam harom ni memang tak boleh nak cerita lagi dah. Aku rasa tren ni elok sikit jer dari tren zaman perang dari segi kepadatannya. Mane datang semua orang ni?!

Cecah 5.30pg local time di Krakow, kami sampai sana. Pergh macam nak patang pinggang berhimpit kat dalam cabin semalam. Sumpah kalau aku datang lagi ke Poland, memang tak der lah aku nak naik overnight train lagi.  

Recommendation:Kalau korang memang kaki travel backpacking style, tren TKP Intercity ini antara pilihan terbaik utk cross country Poland tanpa perlu bayar bilik untuk satu malam. So korang dah save dah duit sikit! 

Setelah turun dari tren, usha kiri dan kanan, ape pun takde kat sini =,=’ Memang the whole train station dalam renovation jugak (same macam Wroclaw) cumenye McDonald ader tapi belum bukak. So, ape nak buat sementara tunggu McDonald bukak? Meleper kat atas lantai la jawabnye.

around 6am, McDonald bukak dan first skali, kitorang layan breakfast McDonald. Apparently since kitorang betul-betul plan trip ni ala koboi,  so time time camni lah duk cari Hostel untuk tido malam ni. Nasib baik ade free wifi. Ade beberapa hostel yang dikira value for money kat worldhostel.com tapi malangnye takde vacant. Nak tak nak, kitorang terpaksa lah menapak jauh sikit untuk stay kat Good Bye Lenin Hostel yang memang tak pernah menyesal kitorang book. Strongly recommended! itu jer yg aku boleh kate. Cool crowd, super friendly hostess dan jugak free breakfast! Kat Bar bawah tanah pulak ade kitchen (kalau korang nak masak), pool table, bar dan jugak mini table fusball. Cool gile! So lepas jer check-in bilik etc, kitorang berjalan ke Jewish Quarter yang berada tak sampai 5 minit jauhnye dari sini. Sgt cool gile sebenarnye quarter ni. Sekarang masih ade lagi tinggalan tinggalan lama jewish macam temple diorang (yang kini jadi museum je), bangunan-bangunan bercirikan motif jewish yang kini running sebagai restoran restoran mahal, dan jugak sekitar situ la. Kalau tak silap kawasan ni dulu, masa NAZI occupation adalah ghetto untuk orang Jewish. Explaination pasal Jewish ghetto ada kat wikipedia – Klik sini (new window)

Selain dari Jewish Quarter, Old Town of Kraków ade banyak historical building dan arts yang masih lagi terpelihara kat sekitar. Kalau korang ke Kraków jangan sibuk nak ke Kem Penyembelihan Aushwitz ajer tau. Kat tengah-tengah Old Town Kraków ni ade pasar tempat orang jual souvenirs dan jugak arts, dan oppposite die plak ade hostorical church (lupe dah name die) dan di sebelahnya ade Hard Rock Cafe (yeah yeaaahhh!) bagi kaki HRC yang suka collect barang HRC.

So lebih kurang one whole day spent pusing-pusing town ni jer. Malam plak, lepas lepak kat bar underground hostel kitorang, a group of traveller bercampur campur dari UK, Italy dan Spain ajak lepak dengan diorang kat salah satu bar tak jauh dari hostel kitorang tu. kitorang keluar sekali dan kali ini kitorang lepak kat tempat yang agak cool tapi shabby sikit. Ini sume idea budak Spanish yang bawak kitorang ke sana. hehe. Bar ni terletak kat dalam Jewish Quarter tapi hidden sikit. Dok borak borak hampir lupe yang esok kitorang nak kene bangun pagi untuk ke Kem Aushwitz!

Hari ke-2, kitorang spend satu hari penuh melawat Kem Penyembelihan Yahu Aushwitz 1 dan 2 dan jugak Kem Birkenau yg terletak lebih kurang 2 km jauhnya dari situ. Andai diizinkan waktu dan tenaga, aku akan coretkan satu post khas berkenaan dengan kem Nazi Aushwitz ni sebab kem ni adalah antara kem NAZI yang paling menakutkan pernah aku dengar dan baca. Nantikan post nya nanti ya!

Setelah selesai dengan tour, ktorang lapar gile dan end-up kat Polish kitchen yang serve traditional Polish foods yang super sedap! As usual, as starter diorang serve bread and soup and then came the main dishes. Food was great, although price was quite on tourist-rate. Lepas makan, kitorang berjalan pulak ke ‘Dragon Castle’ atau nama asalnya Wawel Castle

Malam tu, Malam last kitorang kat Kraków sebelum naik tren pagi esok ke Warsaw, ibu negara Poland.  Kebetulan plak ade couple dari Norway yg ajak join skali lepak di bar so malam tu memang agak happening gile. Dalam group kitorang ade jugak sorang American Jews yang datang melawat tinggalan Jewish yang ade kat Poland tu so malam tu, diskusi kitorang kat table memang sangat best dan menarik. Dalam seronok berbual, aku dok tengok jam sebab esok memang kitorang kene bangun awal juga, sebab nak kene ambik tren awal pagi!

Keesokan paginya, everything smooth macam yg dirancang. Kitorang checkout, jalan dgn backpack kat atas belakang meredah hujan yg tibe tibe buat surprise pulak dan tiba kat stesen keretapi Kraków ngam ngam dengan departure time tren tersebut tapi bile tengok jadual, tren tu takde pun dalam jadual. Adoi, mane plak perginye train ni?!

Bersambung……

Hazwan
Kraków (Poland)

5 years ago

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *