Salam. Greetings.

Sabtu lepas, HazwanHashim.com dijemput (actually menjemput diri sendiri sebenarnye) untuk join Saturday ride bersama Aprilia Racing Club Malaysia (APRC Malaysia) ke MATRADE untuk pelancaran Aprilia Caponord 1200 ABS+ kat sana.

RV point kat Aprilia Service & Sales Center, Kg. Baru KL. Belum apa-apa lagi, riders dah dihidangkan dengan Nasi Lemak + Teh Tarik sebagai breakfast. Pergh. Meletop. Then management bagi koupon untuk masuk launching, Limited Edition Aprilia Caponord Cap, kupon lunch VIP dan jugak kupon cabutan bertuah.

Majlis pelancaran hari tu di-MC-kan oleh brother Altimet, yang memang sempoi gile dan bakal jugak jadi member APRC dengan Dorsoduro nya tak lama lagi. Jom tengok sisipan HD video yang sempat aku rakam sekejap. Unedited version.

Untuk review penuh, saya dah menemu ramah Bro Asyraf, rakan  dari VOG Darul Ehsan yg telah buat comparison secara umum pengalaman die test-ride Caponord vs Versys 650 miliknya. Conversation kitorang ni macam kat bawah ya. (Ash = Ashraf, HH = saya)

HH: Okay bro, ready nak amek buat review ni?

ASH: Wokeh, kasik jalan.

HH: okay kite buat review Aprilia Caponord berdasarkan 3 faktor utama penilaian, iaitu comfort, pickup & power, and last sekali overall.

ASH: Okay. Kite pergi dekat comfort dulula. Masa test ride kat MATRADE haritu, kitorang dapat pusing dalam compund MATRADE tu je so belum betul betul boleh test. But in general macam kat bawah ni la:

COMFORT

  • Seat – lembut, dan berfungsi ala ala memory cushion. Kalau nak compare dgn Versys 650, memang V650 lagi keras.
  • Suspension – ade mode yang boleh dipilih. 5 modes kalau tak silap. Mode AUTO akan adjust sendiri suspension mengikut berat rider, berapa orang yg naik moto (solo atau two-up). So bile rider naik atas Caponord dan pilih AUTO mode, moto ni akan perlukan sedikit masa untuk analyze dan set kan suspension. (HH: Bapak stylo dan hi-tech nye!)

HH: Okay kalau bab pickup/power lak cemana Ashraf?

PICKUP/POWER

  • Smooth power delivery dari throttle.
  • Gear 1, 2 agak panjang. Benda yang jarang ada kat moto touring, at least not on Versys650.
  • Performance yang up to expectation.
  • ABS+ yang sangat best, sebab braking sangat smooth dan tak mengejut.

HH: Okay last one Ash, kalau dari segi OVERALL ?

  • Touring bike yang sangat selesa untuk rider rider kental. Lagi sedap dari Versys650 la kan (HH: agak-agak la tengok price nye pulak! :D)
  • Value for money (intro price RM86k OTR) sebab siap dapat engine guard, box kiri dan kanandari Aprilia dan semestinya tak lain dan tak bukan, brand Aprilia kot!

HH: Pergh habis pun review kita ni bro. Minum dulu pastu kite jumpe lagi lah next time ya!

ASH: Alright bro. Minum dulu :)

I hope u like the simple review! Enjoy your ride!

Ciao amigos!

-Blog HazwanHashim-

2 thoughts on “Official Launching Aprilia Caponord 1200 ABS+ & REVIEW Ride

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *