MotoTouring KL ke Kuala Gandah Elephant Sanctuary

Hi!

Korang pernah tak terlintas nak melawat pusat santuari (pemuliharaan) gajah dan naik gajah dan mandi manda dengan gajah? Haaa rase macam surreal ajer kan, but honestly sekitar 100km sahaja dari pusat bandar K.L. , korang dapat menikmati pengalaman yang cukup berharga ni.

Setelah berbincang serba ringkas dengan my beau, kitorang decide nak pergi buat bike-touring jer dengan Benelli Keeway TX200GS aku, berdua. Aku pun dah lame tak ‘main korner’ kat Genting ni so inilah masanya nak asah tayar kat bahagian tepi tu kan? hehe. Setelah buat cross-check dengan jadual waktu buka, kitorang decide nak bertolak dari KL dalam pukul 9pg, so that kitorang boleh sampai ke sana dalam pukul 10pg. Lepas check bike semua dah OK, kitorang pun memulakan perjalanan. Bajet ambik masa sejam jer, sekali 45 minit ajer dah sampai tanpa ade sebarang masalah sepanjang perjalanan.

Rupe-rupenye kami adelah antara pelawat terawal yg sampai. Setelah dapatkan maklumat daripada pegawai bertugas, rupe rupenye ‘guide’ perlu dibayar oleh setiap peserta. TIPS: Kalau korang nak murah, kongsi sahaja kos sewaan sorang guide pada harga RM30 untuk sepanjang sesi bersama gajah gajah. So haritu, aku share dengan family dari New Zealand, so kitorang end up bayar RM10 sahaja untuk guide. Jimat!

Selepas buat pembayaran, aku dan Johana ke kandang gajah yang terletak lebih kurang 300 meter dari pejabat pendaftaran. Di sini terdapat 4 ekor gajah muda yang sangat friendly. korang boleh bagi makan tebu, pisang ataupun kacang yg boleh dibeli dari gerai berhampiran (nampak tak permainan dia kat situ? Hahaha) Sejujurnya aku rase aktiviti seperti ini adalah jauh lebih bermakna untuk family bagi mendidik anak-anak kecil mendekati dunia sebenar dan haiwan yg terancam daripada korang beli iPad atau XBOX untuk anak anak korang..

Setelah leka bermain dengan anak gajah, tibe pula giliran short movie presentation, ala ala dokumentari jugakla yg menunjukkan bagaimana pusat sanktuari ini menjalankan aktiviti menangkap dan mengalihkan gajah liar dari hutan belantara di Malaysia. Sangat menarik juga walaupun kualit video yg ditayangkan ade sedikit mengecewakanlah dari segi kualiti. Setelah selesai sesi penayangan video, kami berkumpul dan dijemput oleh guide masing masing untuk dibawa kembali ke kandang anak gajah yang kemudiannya menyertai pertunjukan gajah dan pesta makan gajah.

Highlight of the day baru sahaja nak bermula; sesi melihat gajah gajah dimandikan oleh ‘pelatih’ diorang dalam sungai berhampiran dan juga peluang kepada setiap peserta untuk turun ke dalam sungai yg sedalam pinggang untuk bersama sama memandikan anak gajah dan juga mencuci belakang diorang dengan menggunakan berus. Pengalaman seperti ini amatlah manis dan berbeza dengan pengalaman menaiki gajah yang telah aku buat di Chiang Mai pada tahun 2007 dulu. Atas sebab-sebab keselamatan juga, aktiviti menaiki gajah telah dibatalkan sejak beberapa bulan yang lepas kerana terdapat insiden pelatih yang hampir dipijak oleh gajah.

Overall, kami tersenyum panjang lepas mandikan gajah, dan mandikan diri sendiri jugak (kebetulan lepas tu hujan lebat!) Tandas dan bilik persalinan yang disediakan berada dalam keadaan yang memuaskan dan terjaga dengan baik. TIPS bagi yang plan nak datang mandi dengan gajah; bawakla baju yg sesuai untuk turun dalam sungai seperti tuala, baju spare dan lain lain ya!

Dari segi aktiviti bermotosikal pula; ini lebih kurang konklusinya penggunaan TX200GS aku pergi dan balik ke Kuala Gandah Elephant Sanctuary, Pahang.

  • Fuel consumption TX Rm19 (almost 210km).
  • Tempoh Perjalanan I jam melalui Highway Karak

Sekian sahaja buat masa sekarang. Cheers! Enjoy your ride bros!

(Fotonya bakal menyusul tak lama lagi. Harap bersabar ya!) :)

4 years ago