Jakarta & Bandung |Trip Bajet Sekeluarga Part 1

Salam sejahtera semua  pembaca blog.hazwanhashim.com

Baru-baru ni aku dan keluarga ke Indonesia. Kali ni kami menjelajah ke ibukota negara jiran, Jakarta dan juga Bandung. Okay plan asalnya hanya nak ke Bandung, tapi disebabkan aku gagal nak dapatkan harga tiket termurah dari AirAsia.com , maka terpaksalah aku guna alternative lain untuk ke sana iaitu melalui Jakarta.

So dengan menggunakan macam-macam enjin carian dan laman web tiket murah, seperti adioso.com dan skyscanner , aku dapat beberapa pilihan dan yang paling murah adelah dengan Lion Air (Operated by Malindo Air dari KLIA – Jakarta) dan dari Bandung ke KL, aku ambil AirAsia (pilihan tunggal yang ada). Total pergi dan balik untuk setiap orang adelah hampir RM400 (satu family ke sana maka RM2000 lah)

Review pengalaman menaiki Malindo Air international buat kali pertama; Terbaek! Memang betul lah seperti apa yang diorang laungkan dalam slogan; Not Just Low Cost! Dahla kitorang boleh berlepas dari KLIA, check-in dll pun sangat mudah, dan kemudahan yang diberikan dalam flight pun hampir sama dengan kelas ekonomi pesawat antarabangsa jarak jauh! Untuk penerbangan kami, kami diberikan air mineral dan kek sebagai kudapan. Itu takdelah aku hairan atau rasa janggal sangat. But kat flight tu siap ade skrin TV kat back-rest! Woohoo! Sepanjang perjalanan, aku dan Hariz (adek lelaki) layan movie X-Men 3 aje. Oh ya, kalau nak nikmati video die, make sure korang bawak earphone ya! Sebab earphone tak disediakan. Overall seat pun selesa, penerbangan smooth sepanjang perjalanan dan alhamdulillah mendarat dengan selamat di Jakarta.

First impression bile mendarat di Jakarta, wow kuatnya pengayaan ‘budaya’ diorang. Ukiran dan hiasan dalaman di Jakarta tidaklah semoden dan semegah KLIA tapi sangat bercirikan budaya masyarakat setempat. Setelah cop passport dll, kitorang pun menghala ke luar untuk mencari bas untuk ke pusat bandar. Kalau korang nak beli local simcard, silalah beli sebelum keluar dari kawasan ketibaan. Sebab bila dah ade kat luar, susah gile nak cari kedai jual simcard! Aku dah beli Roaming Pass dari Flexiroam.com yang mengizinkan aku untuk roaming di Indonesia dan buat panggilan tanpa had ke Malaysia. Tapi bile tak jumpe cari simcard local, takleh nak gune gak la sebenarnye. *hmpf*

Okay berbalik kepada transport untuk ke bandar, sebenarnye aku sangat galakkan korang gune taxi kalau travel dalam kumpulan. Harganya? Hmm tak surela. Disebabkan famili kami nak sedikit ‘adventure’ konon kononnye, kami gunakan public bas yang berharga lebih kurang RM9 dari airport ke pusat bandar (jakarta pusat) dan lebih kurang RM30 untuk ke Bandung, andai ada yang mendarat di Jakarta untuk pergi ke Bandung. Antara kesilapan utama kami adelah; decide naik bas awam T-T Ingatkan basnye ade petunjuk destinasi ala ala kat Malaysia, tapi hampeh. ade yang ade, ada yang takde. dan basnye pulak burok dan stesen basnye walaupun kat airport, becak dengan air.Tapi yang bestnye, naik sahaja dalam bas, WIFI tersedia.. waaa..kelas gitu.

Setelah hampir sejam meredah highway yang sentiasa jam, kami pun sampai ke Jakarta Pusat (central Jakarta). Seperti dijangka, tempatnye amatlah padat dan hampir tiada langsung tempat untuk kami sekeluarga berjalan di tepi jalan sebab kereta pun parking atas pedestrian walk. Bodoh betul! So untuk berjalan dari stesen bas ke hostel kami, kami kene meredah trafik yang bertali arus dan nampak muke takut dan pucat pada muke adik kecilku, Haziq yang buat pertama kalinye ke luar negara, dan kene pulak kali ni kami travel secara family-backpack.

Sesampai di hostel, kami check-in dan begitu teruja dengan apa yang kami dapat dari apa yang kami book. Hostelnya cantik, hiasan dalamannnya juga amat traditional dan sangat berbudaya. Dalam bab ni memang Malaysia kalah sebab kita selalu meninggalkan budaya dan tradisi dalam mengejar kemajuan, kemodenan & ‘contemporary living’. Kami makan sahaja di kedai makan berdekatan (Nasi Padang). Malam tu disebabkan bosan punye pasal, kami jalan jalan dengan angkutan (macam prebet sapu la) ke kawasan berhampiran Batavia tapi tak banyak sangat yang dapat dilihat sebab bandar pun macam dah mati sikit lepas jam 9 malam.

Hari ke-2, semua orang dah get ready nak pergi shopping kat Tanah Abang selepas makan pagi .. So kami gunekan angkutan lagi sekali untuk ke Tanah Abang. Walaupun kelakar juga sebab angkutan kat Jakarta ni ade ‘line’ dan ‘route’ nye jugak. Ade no yang tak ke Tanah Abang tapi ke daerah lain. Mule mule pening juga tapi bile dah biase okay sajela. Keadaan kat Tanah Abang ni memang susah nak cerita! Komplek nye sahaja dah ade blok A sampai M. Dikatakan Tanah Abang ni aderlah pusat wholesale terbesar di Asia (kalau tak di dunia). Aku tak lah berapa berminat sangat dengan apa yang ade kat sana except baju racing crew Ducati, Kawa, dan Ferrari.

Setelah seharian kat Tanah Abang, tengahari kitorang makan kat foodcourt on top of the plaza. Makanan kat sini agak murah, dan terdapat pelbagai pilihan dan harga. dan yang paling penting aku rasa, aderlah kebersiahan dan hygiene. Memang setakat ni belum berani lagi nak makan kat warung/pedestrian walk kat sana takut takut terkena sakit perut. Memang disarankan pun kat Jakarta ni untuk elakkan makan di jalanan dan minum hanya air mineral yang dipack dalam botol yang bertutup siap sealed. Setelah shopping barang kat Tanah Abang, kami pun sekali lagi ambil angkutan untuk pulang ke hotel kami.

Sesi malamnye, family aku dah penat sebab seharian keluar jalan-jalan so diorang decide nak stay kat hotel sahaja. Aku pulak? hehehe keluar merayap sambil jumpa teman lama aku, Lila yang memang tinggal di Jakarta. Venue ‘date’ kitorang adelah di Grand Indonesia. Wah first time aku ke sini, memang betul betul teruja. Tak sangke shopping mall sebesar Pavilion ni sebenarnye bukan setakat gah kat binaan nya sahaja, tapi pada orang yang datang juga! Yang datang sini semua dress-up maut maut dan semua muka hampir hampir sama dengan pelakon sinetron beb! Pergh rezeki betul aku. haha. Setelah berjumpa dengan Lila, aku pun makan malam sekali kat restoran kat situ dan harganya memang dah sama level macam kat Pavilion KL. So this is the price that u gotta pay being well-healed and rich in Jakarta. Demografi yang berkunjung ke mall ini pun kelihatan seperti majoritinya Chinese Indonesia / mix / modern Indonesian. Sangat-sangat berbeza dengan jenis manusia yang aku jumpa di Tanah Abang di petang harinya. Sangat berbeda.

3 years ago

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *