Hi semua. Salam.

[Updated 10.12.2014]

Setelah lama tak menulis dekat blog ni, aku terpanggil pulak untuk kembali menulis serba sedikit tentang modifikasi dan penambah-baikan yg boleh korang lakukan untuk motosikal dual-sport Benelli Keeway TX200G

Tujuan modifikasi dilakukan kat TX200G aku adelah untuk menambah keselesaan ketika ride, menjimatkan minyak (kalau boleh) dan menampak lebih gaya (boleh poyo macam ADV bike sikit teeeheehee)

Okay jom tengok modifikasi ape yang aku dah buat untuk TX..

1. [Touring windshield] V1 & V2

Fungsi utama windshield adalah untuk tahan angin. Maka aku pun dah melilau-lilau mencari windshield yg sesuai, dan kebanyakan owner TX letak windshield kecik yg tak mencapai standard penahan angin yg aku perlukan. Maka, dengan initiatif & kreativiti sendiri, aku beli TOURING WINDSHIELD CBR250R (Touring spec) yg lebih tinggi daripada biasa.

Harga yg diberikan oleh penjual (2nd hand) adelah RM100, dan saiznya agak tinggi dan besar menepati citarasa aku lah. Die cerita dengan aku, harga masa die beli RM250 sebab ini material original Honda. Next, pemasangan. Custom bracket perlu ditempah disebabkan TX ni tak ade tempat yg betul betul boleh letak windshield. So kedai besi buat grill dipilih kat area AU Keramat untuk buat kerja kerja customization. Kerja die okay, tapi aku takkan recommend kat orang sebab harga die cekik darah. Biarla aku sorang aje yg kene.

Resultnya: Ta da! Benelli Keeway TX200 GT (Gran Turismo)

Windshield ni walau bagaimanapun tak tahan lama sebab dah patah, so aku dah gantikan dengan windshield Kawasaki Versys (model terkini) Touring, beserta dengan custom-made bracket dari Ottimo Motorwork (rate mahal sikit tapi kualiti barang dan workmanship terunggul).

So sekarang aku brandingkan balik moto aku dengan nama Benelli Keeway TX200GS (Gelaende Strasse) yang bermaksud Lands & Streets dalam bahasa Jerman! :)

 

2. [Hand-guard] V1 & v2

Antara salah satu make-up dan modifikasi yg agak berbaloi setakat ni. Aku dapat peluang utk mencuba hand-guard dari Hong Kong yg mirip handguard ZETA tapi harga jauh lebih murah (sekitar RM120 sekali dgn steel guard). Lepas ni kalau langgar side mirror kereta ke, terbabas ke, jari dan tangan takdela sakit dek kerana impak accident tu. Aku pilih warna hitam sebab senang blend in. Putih nampak show-off sangat, nanti cepat kotor pulak.

Bagi yg berminat, boleh hantarkan email ke enquiry@hazwanhashim.com dengan subjek: HANDGUARD TX (COLOR PILIHAN KORANG) dan aku akan reply email.. Harga RM140 termasuk pos ke rumah, TUNAI. Barang direct outsourced dari HONG KONG so dalam 10-14 hari macam tu sampaila.

 

3. [Rim lining] V1 & V2

12,000 km clocked on this bike, tapi rim lining pun takde lagi. So? Merayap sekejap ke area Sentul, jumpe lah kedai yg bagi harga RM25 untuk rim lining brand Monster berwarna oren. Verdict? Kalau ade duit lebih time tu, rela aku simpan. Rim Lining takde kualiti, plus installation tak cantik… Pasrah ajerla. Next time mungkin aku ke Ottimo Motoworks je install sticker custom. Lebih bagus dan berkualiti.

V2: Aku dah install sendiri rim-lining yang diberi dari kedai DIY. Harga? RM15 sahaja. Kalau berminat boleh email saya. Pilihan warna ada macam-macam. Oren, Putih, Merah, Hijau etc.

p/s: Elakkan beli rim lining brand Monster tiruan. Kualiti sangat teruk. bile dah pakai lama warna luntur dan rim lining mula hilang gam dan tercabut.

4. [Air Filter]

Inspirasi dan personal guidance daripada my biker’s friend TriStupe.com, aku tukar dan servis air filter TX200G yg terletak kat bawah seat. Nak tukar die senang aje, korang boleh ikut guidelines kat link ni (dalam English) goo.gl/uNkBQr

Air Filter stok TX adelah jenis Enduro/Trailbike yg mana ia mampu menahan air dari masuk direct dalam carburetor sekiranya motor korang masuk dalam sungai ke, redah banjir etc. So, lepas cuci (dengan air dan sabun), keringkan dan simpan. Walaupun air filter asal taklah sesedap filter yg aku baru je replace (filter aquarium, FOC thanks to bro TriStupe.com – I owe U Teh Tarik Bro!), tapi sumber yg ada tu janganla dibazirkan.

Masih mencari juga kalau ade performance drop-in air filter yg sesuai dengan TX. K&N ke, BMC ke.. haih. Harapan ajerla.

5. [Gear Sock]

Takkanla disebabkan takut kasut kulit kotor sebab turun-naik gear, nak bawak kereta pulak ke office kan? Gear Sock membantu aku mengurangkan kesan gear lever kat kasut. Basically lepas aku pakai ni, macam takde langsung dah kesan kesan hitam kat kasut. Tapi getah tu perlulah dicuci/dilap juga seminggu sekali atleast untuk jaga kebersihan kasut. Kalau ade yg berminat, aku boleh supplykan direct dari HONG KONG juga, pada harga RM30 sahaja. Bende ni takda brand, tapi dijamin menjaga kasut korang dari rosak/hitam pada sebelah kiri. Getahnye lembut macam chewing gum. hehe.

 

6. [Top Box] V1, V2 & V3

Salah satu benda yg aku paling bersyukur sekali pada TX adelah touring-specs yg diberikan oleh Benelli Keeway Malaysia. TX200G dibekalkan dengan integrated box platform yg terus melekat pada body. Maknanya, kalau korang beli box GIVI, KAPPA dan lain lain, hanya perlu lekatkan plate nya pada box platform, terus boleh guna! Dah save berapa ratus dah kat situ dari beli rack untuk letak Top Box.

TX200G aku dibekalkan dengan Box GIVI 30L secara percuma, tapi aku rase 30L terlalu kecik untuk kegunaan seharian aku. So, semasa touring ke Singapura tempoh hari, aku decide untuk shopping box kat sana. Aku upgrade 30L tu menjadi 45L sekarang (GIVI Simply II) dan sangat berpuas hati dengan tong ikan yg aku ader skrg.Easily boleh letak satu helmet, jaket hujan, sandal Crocs, dan mini rucksack utk kegunaa harian. Sgt practical. Aku pernah juga try letak 2 helmet dan baju hujan, tapi agak ketat sikit.

moto touring + Shopping tong ikan di Singapura.

TX200G dipasang dengan GIVI Simply E45 (V2)

GIVI Simply E45 mampu memuatkan sepasang helmet.

Max. size untuk Box kat box platform belum lagi dapat dicuba sepenuhnye, tapi setakat ni GIVI 47L Made in Italy yg diberi pinjam jap oleh biker’s bro aku, Acap nampak okay ajer kat TX200G. Maybe kalau ade chance, nak jugak try GIVI Maxia E55 (55L beb!) atau Kappa K53 (53L). Tengok macamana ngam atau kat  TX200G kan :)

TX200G diletakkan GIVI E47 (Italy)
Side view

Modifikasi V3: GIVI E45 aku telah dipinang orang, so sampaila masa untuk upgrade ke box yang lebih besar. Pilihan yang ada tak banyak sangat, tapi Coocase adalah antara yang menawarkan box bersaiz besar pada harga yang berpatutan. Pilihan berikutnye adelah… Coocase V50 Reflex yang berharga RM350.00, berkapasiti 50 Liter dan didatangkan sekali dengan 4 biji lampu brek belakang LED.

Untuk review penuh produk ini kat motor TX200GS, sile ke post ini. Tinggalkan komen anda kat sana ya!

7. [GIVI SIDEBOX]

Ape lagi pelengkap motor touring kalau bukan sidebox, yer tak? Memandangkan dah lama aku teringin nak pasang sidebox givi, akhirnya jumpe jugak orang yang jual sidebox ini dengan harga yang berpatutan, sekali dengan mounting bracketnya jugak (ade sedikit penambahan bracket perlu dibuat).

Akhirnya, sidebox GIVE E21N telah pun menjadi penghuni tetap motor aku hampir ke mana jua aku pergi.. Mulanya susah jugak nak bajet sebab motor jadi lebih lebar tapi bile dah lame sikit alhamdulillah boleh kawal jentera seperti biasa. Tengok foto kat bawah ni, what do u guys think of it?

 

8. [Mat cover untuk Box]

Setelah korang ride ke sana sini dengan box, tambahan pulak muatan selalu penuh, box GIVI akan mula buat bunyi pelik pelik disebabkan pelapik asal yg telah haus. dengan hanya bermodalkan RM3, korang pergi beli trim mat cover yg selalukan digunakan untuk lapik bawah kerusi dan meja kat rumah tu, dan lapik pada tempat kat mana box korang bersentuh dengan plate dia.

Aku pilih utk double-up kan pelapik (2 keping/lokasi) untuk ketahanan

Kat bahagian hujung pun jangan lupa letak sikit. Maybe dari segi kosmetik tak nampak kemas/cantik, tapi sangat functional.

Tips kredit: Bro Hadi Hussein dari IAmMalaysian ADV Rider

9. [XENA Lock X2]

Okay ini bukanla modifikasi tapi lebih kepada penjagaan dan keselamatan motosikal. Harga XENA lock yg aku dapat dari Ebay ni Rm110, antara yg termurah di KL. Xena ada satu lagi model yg lebih secure dan ada siren, tapi aku rasa cukupla dengan yg ni. Yg ni pun dan anti-frozen break so kalau pencuri nak spray pakai Hidrogen pastu nak pecahkan, pun insyallah tak akan pecah beb! :)

Installed! Pergh kotornya motor >,<

10. Yoshimura Cyclone Tri-Oval full exhaust system.

Setelah terlibat dalam satu kemalangan kecil, muncung ekzos saya dah tertanggal dan nampak tak cantik. So lepas survey survey beberapa kedai, akhirnya saya beli ekzos original yoshimura cyclone (tabung sahaja) dan bawak ke Din Ekzos Bukit Nanding, Langat untuk customkan piping dan jadikan ia ‘full system’.

Result lepas tukar ekzos; sangat best! Motor lebih responsif, minyak pun somehow lebih jimat dan motor berubah rupa jadi lebih agresif. Me gusta!

Preview bunyi:

So ape pandangan korang? Best atau tak best? Sebenarnya bunyi masa on the road lebih sedap bunyinye dari pusing throttle macam ni je.

Baiklah, setakat ni sajelah modifikasi yg aku mampu lakukan dalam bajet aku yg seciput ni.

Till the next updates. Ride safely on the road, and respect each other.

Auf Wiedersehen!

25 thoughts on “Benelli Keeway TX200G : Modifikasi

  1. Salam bro..nak tanya betul ke motorsikal ini tak ada meter minyak? tak ada penunjuk gear untuk gear N sehingga gear TOPGEAR? Susah juga tu

  2. salam dik..bole bagi detail location tempat ekzos tu x…n ctc no if possible…last.brape kos utk tabung n custom piping ekzos tu…thks n wassalam..syahril

  3. Salam bro. Tya sikit. Saya bawak motor ni tiba2 mcm supply x de. Lampu n indicator terpadam. Enjin still idup tp bila berenti mati. Pastu dah tak blh start dah walaupun pkai enkol. Mohon pandangan.

  4. Nice bike, thinking of getting it soon, a quick question though.. heard that on the “dashboard” it doesnt have any fuel indicator or meter… is that true? if so, then how do u know when to re-fuel?

    1. Hey Rod. Depending on which version u are getting in your country. Thai version of TX200 (called TXM) actually comes equipped with fuel gauge right from the factory. BUt not in Malaysia, unfortunately. My recipe for fueling is to pump in +/- 9L of petrol and usually it lasts for 200km in mixed driving condition. Expect less miles when u take it on highway with 120kmh on speedo. Cheers

  5. salam sejahtera, kat atas saudara ada sebut pasal mod carb, carb apa yg sesuai dgn motor nih. sbb saya bercadang biler amik motor ni nak tukar carb dia. nak bagi sedap skit (kononnya) tq.

  6. Salam bro..I’m just bought the TX last month and eager to have some whatnot modification…but I’m just wondering whether the modification on the air filter would affect on the fuel consumption?? if there was, can you explain a little bit on the detail?.. Maybe i need some of your advice before done that..thanks bro

    1. Not a major changes in fuel consumption, although it changes my habit to be a bit more ‘wild’ on the throttle due to quicket throttle responses. Perhaps that could affect the fuel consumption? Changing air filter just allowing more air to breath in per rev, and giving sportier roar from inside of the air box.

  7. macamana nak bagi nampak motor ni tinggi? sebab, saya ada tengok bro ni makeup belakang bagi nampak tinggi.. ada idea tak?

    1. Dik, mane ade seat boleh lowered >,< Ini bukan kereta. Seat boleh potong sikit kalau nak, dan fork depan dan absorber belakang boleh rendahkan sikit. That's all yg boleh buat.

Leave a Reply to anaaz Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *