A muslim woman strolling a double-seater baby stroller

Satu petang dalam perjalanan nak ke Neustadt (new city) Halle, mata aku terpaku pada moment di atas dan minda terfikir sejenak. lantas segera aku capai kamera capuk android phone aku dan snap gambar di atas. Berbagai cerita yg boleh dikupas dari gambar di atas, kalau korang tahu ape yg berlaku sekarang ni di Jerman/Germany/Deutschland.
Muslim woman strolling 2 baby – ceritanya mudah. Populasi! Ya, semenjak beberapa tahun kebelakangan ni Germany ‘mengalami’ masalah kadar populasi natif yg semakin menurun, dari 80 juta penduduk kepada sekitar 70 juta sahaja. Semakin ramai rakyat yang menua (menjadi tua). Dan semakin kurang bayi dilahirkan oleh pasangan pasangan muda yg berkahwin mahupun yg belum kahwin. Jangan terkejut kalau adelah perkara biase mempunyai keluarga,anak dan sebagainya tanpa perkahwinan.
Terutamanya di sebelah timur Germany yg mana nilai-nilai keagamaan natif dihakis dek Sosialis Soviet Union yg memerintah sejak tahun 1945 (tahun NAZIs habis power) sampailah ke hujung 80’an. Dalam perspektif yang lain, populasi Muslim tempatan dan juga immigran (generasi kini warganegara Jerman biasa dah) direkodkan telah bertambah secara sihat di serata Germany!
Blog via Hazwan’s iPad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *