http://

REVIEW: Benelli TNT600 Malaysia

Salam follower blog.hazwanhashim.com semua. Salam Sejahtera, Salam Ramadhan buat Muslimin dan Muslimat yang membaca.

Haa, yang dinanti-nantikan telah pun tiba. Review RINGKAS Benelli TNT600 Malaysia. Akhirnya aku berpeluang gak untuk test-ride motor terpanas tahun ni (kot?) setelah dekat sebulan lebih menunggu owner dan bros yang sudi bagi test-ride.

Tapi sebelum aku coretkan tulisan aku, aku sharekan secara ringkas review yang dibuat oleh majalah Roda-Roda dengan beberapa perkataan aku tukarkan kepada bahasa inggeris dan bahasa pasar supaya senang difahami dan taklah skema sangat. Credit goes to them ya! Pastikan korang beli Majalah Roda-Roda kalau nak bace full review.

“…Pastinya  rekaan kerangka TNT600 mencerminkan sifat peribadi mesin ini yang lasak dan tegap. Kerangka ini memeluk enjin 600cc, four-stroke, 4-silinder dengan system bahan api injection yang nyata cukup power. 4 barisan paip ekzos di bahagian enjinnya menyerlahkan lagi keanggunan TNT600. Tengok sahaja bahagian ni, terbayang kehebatan jentera ini di jalanan.

Ciri-ciri moto Itali dapat dilihat menerusi rekaan lampu hadapan yang besar. Lampu isyarat dipasang berasingan untuk memudahkan penunggang dilihat dari jauh. terdapat satu meter analog (RPM) dan satu meter digital yang memaparkan info-info penting seperti kelajuan, jam, suhu, level minyak, jumlah perjalanan (ODO) dan trip. Dengan lampu background yang terang, meter ini mudah untuk dilihat walaupun di tengahari dan ketika berkelajuan tinggi. Kami rasa model jalanan ini perlu disertai penunjuk posisi gear bagi memudahkan pengguna mengenal pasti kedudukan yang tepat sebelum mengambil selekoh.

Rekaan corong ekzos model ini yang moden, menarik minat hampir semua yang memandangnya. Corong ekzos yang berwarna kelabu/graphite, satu gandingan yang tepat dengan warna merah TNT. TNT juga mesra pembonceng dengan pemasangan bar pemegang di bahagian belakang.

Tekan sahaja suis penghidup, enjin berputar lembut tetapi bile mula panas, bunyi ekzos yang terhasil cukup sedap didengar dan lebih mengujakan apabila kita memutarkan throttle dengan lebih tinggi. Motosikal seberat 208kg dan pelana yang setinggi 800mm mungkin sedikit sukar untuk para penunggang wanita atau yang berbadan kecil.

Segala masalah berat dan ketinggian itu serta-merta hilang sebaik sahaja tayar bergolek. Handlebar direka dengan jarak dan sudut yang cukup sesuai untuk segala jenis perjalanan, dekat atau jauh. Inilah kelebihan mesin-mesin street yang memberikan penunggang pengalaman menunggang di jalanan berselekoh bagaikan pelumba, dan seperti pengembara pabila berada di highway.

Gearbox 6 kelajuan mempunyai pergerakan yang licin dan kemas dengan gear ratio yang sesuai.  Sistem gear yang lembut membolehkan kita menukar gear dengan lebih pantas dan mudah pada mana-mana kedudukan rpm dan tahap kelajuan. Kekurangan yang jelas terasa pada model ini ialah mid-power yang agak lembab sedikit. Dengan chassis yang tegar dan mantap, mesin ini langsung tidak bergegar ketika kita memecut ke tahap maksimum. Motosikal ini berprestasi seperti namanya Tornado Naked Tre (TNT); laju, pantas seperti puting beliung dengan topspeed lebih daripada 230km/h (admin: sales manager die inform 240kmh topspeed, masih steady/tak goyang)

Dengan memiliki bentuk badan yang langsing dan engine-braking yang tak terlalu kuat, TNT600 cukup jinak dan mudah dikendalikan ketika berada di dalam bandar. Tak sangka, sistem ekzos tidak mengeluarkan haba panas yang mengganggu penunggang mahu pun pembonceng walaupun menunggang di tengahari. Tahniah Benelli!

Mesin bogel/naked memang garang apabila berada di jalan-jalan berselekoh. Turunkan kedudukan gear yang bersesuaian, body-leaning dan tarik mesin ke kiri atau ke kanan -Fuh! TNT600 kemas mengikut segala arahan kita tanpa rasa membuang, ia ‘terbang’ dengan yakin. Fork depan teleskopik USD (upside down) 50mm menyerap hentakan dengan jitu walaupun ada ketikanya terdapat bonggol di tengah-tengah selekoh [admin: WTF lah JKR! Nak rider mati ke?! @,@ ], bahagian belakang sedikit terangkat tetapi ia kembali stabil bila tayar hadapan mencecah tanah…”

Fuh penat menaip balik text diorang. So roughly nya, Roda-Roda pun approve Benelli TNT600 Tornado ni kan. So ape kata aku pulak? Malam Sabtu yg lepas aku diberi peluang untuk test mesin ni di Penchala Link, memandangkan group TNT600 Central lepak kat Rasta TTDI. Aku akan bahagikan review aku kepada 4 bahagian iaitu impression, performance, handling dan overall.

Impression

  •  Dari luaran, memang nampak kompak dan solid sahaja Cik Nelli TNT6 ni.
  • Walaupun nampak tinggi, setelah aku naiki, kedua kaki aku dapat capai jalan dengan OK. Tinggi aku 169cm, so takderla tinggi sgt sebenarnya. TX200G aku pun lagi tinggi seating position nya.
  • Kedudukan gear agak ke belakang so posisi kat atas motor bolehla disamakan dengan ‘sportbike’ versi naked. Rasenye posisi hampir sama dengan Z800, atau Aprillia Shiver 750.
  • Kemasan luar sememangnya cantik dan menampakkan ciri-ciri motor Itali.
  • Tangki minyak nye saiz besar gile, atau atleast design die menampakkan ianya besar. bile naik sedap pulak kepit tangki tu kat peha :D

Performance

  • Max. 82 kuasa kuda, dengan torque sebanyak 52nm maximum.
  • Setelah kunci diputar, bunyi 4-inline yang berderau bawah bontot dan perut tak dapat dilupakan. Feeling nya  dah hampir sama dengan sportsbike macam R6/CBR6000
  • Klac bolehla dikatakan agak berat, kalau nak dibandingkan dengan moto kelas bawah (150-200cc). Mengikut pengalaman aku pulak, klac Versys pun lebih ringan dari TNT6. Tapi klac berat kan memang perangai motor sports, tak gitu? So takde ape yg nak dirisaukan.
  • Gear 1 pulak dapat dimasukkan dengan lancar, dengan sedikit bunyi ‘tap’ bile gear dah masuk. Hal ni common kat SBK dan power berkuasa tinggi.
  • Setelah throttle dipulas, moto berdesup ke depan dalam gear 1. Tapi bile dah berada dalam gear 2, power dekat low-medium RPM (1-5) mula dirasai macam tak sekencang gear 1. Tapi NANTI DULU, revkan throttle sampai RPM 5 dan lepas tu, TNT600 seperti dapat ‘turbo’ terus memecut dan memecut ke depan. Bagi first time rider macam aku, memang terasa powernya.
  • Gear dituka satu per satu sampailah ke gear-6. Surprisingly,  walaupun aku cruising dalam 120-130kmh, power distribution pada gear ke-6 adalah sangat smooth, takde langsung henjut henjut atau sedak sedak bile RPM dah rendah sikit dan moto mula slow.
  • Testing pusingan U di traffic light; Disebabkan tak biasa dengan TNT600, aku perlukan turning radius yang lebih besar dari biasa untuk melakukan U-turn. Mungkin pada rider yang dah biase dengan jentera, takde masalah langsung nak ‘lipat’ kat U-turn.
  • Brake depan bersaiz 340mm double memberi cengkaman yang sangat meyakinkan, ditambah pula Tayar Pirelli Angel ST yg tak mengecewakan langsung bile throttle diperah untuk pecutan segera.
  • Standard exhaust sebenarnye cukup memadai untuk rider ‘merasa’ 4-inline punye bunyi. Tapi mungkin juga ade yang lebih minat untuk ‘showoff’ dan naikkan performance motosikal selain faktor kosmetik.
  • Engine braking yang tak terlalu kuat, just cukup untuk memperlahankan moto dengan kadar yang terkawal (tak terlalu kuat menarik)

Handling

  • bagi rider 1st-timer macam aku yang tak biasa dengan naked sportsbike, mulanya agak kekok sikit nak bergerak dan posisikan lutut aku ke tangki. Namun bile motor dah jalan, semua tu automatically settle sendiri.
  • Handle bar yang agak rendah juga membuatkan posisi riding yang lebih membongkok ke hadapan.
  • Suspensi depan dan belakang secara amnya tiada sebarang kekurangan.
  • Cubaan untuk corner atau lean-down tak dilakukan sebab ini bukan moto aku, dan aku tak berpakaian lengkap untuk berbuat demikian. Bahaya beb main korner dengan jentera yang korang tak biasa, especially dengan brek dan kuasa enjinnya yang belum lagi aku biasa.
  • Overall grip tayar, throttle responds dan pecutan adalah mencukupi

Overall

  • TNT600 Tornado adalah ‘best bet’ for money yang korang boleh beli sekarang dalam market. RM31500 – RM32,000 OTR di sekitar KL & Selangor. Styling ade cue sikit dari Aprillia Shiver 750, performance yang aku rate setaraf dengan XJ6 dan yang paling masyuk, RARE lagi dalam Malaysia.
  • Kalau mampu beli Z800, silekan beli Z800 sebab motor ni bukan saingan Z800 (113hp vs 83hp). TNT600 vs XJ6? Hmmm terpulang kat hati korang but I will go for TNT600 for styling.
  • Parts dan service boleh dilakukan dekat dealer dealer official Benelli-Keeway di seluruh Malaysia.
  • Maintenance: Roughly RM250/service (biase) . Ini dah masuk 4L minyak hitam jenama Petronas Synthium Moto, spark plug dan juga oil filter. Labour charge adalah free kalau korang service kat Service Center Jln Ipoh, KL.

VERDICT

  • POSITIVE: BANYAK. HAHA
  • NEGATIVE:
  1. Tiada ABS! Atleast bagilah choice untuk rider upgrade/pilih spec yg lebih mahal sikit yang ade ABS. Benelli perlu peka juga pada kadar kemalangan superbike masakini.
  2. Tiada gear indicator (Hmpf. Yamaha Sports 100 aku tahun ’88 kat kampung pun ade gear indicator kot. Mahal sgt ke nak letak??)
  3. Riding position yg agak membongkok (kurang sesuai untuk jalan jauh kecuali banyak berhenti)
  4. Rintangan angin yang sangat kuat jika ride tanpa windshield
  5. Kurang lagi accessories macam engine guard dan frame slider dalam pasaran, tak seperti Kawa Z800 ataupun Kawa ER6.
  6. RPM 1-5 seperti sedikit lesu/underperform tapi masalah ni ade yang selesaikan dengan tukar ekzos aftermarket. Get ready lah dalam RM2000 – Rm3000 :)
  7. Batch baru dalam market sekarang seperti mengalami banyak masalah kualiti seperti yg direport dalam Fb Benelli TNT600 Malaysia. Ade yg mati enjin secara tiba tiba, poston mati satu, dll. Agak merunsingkan juga bile pembeli berada di luar kawasan Lembah Kelang..

Gallery foto:

[akan update dari semasa ke semasa]

Petikan temubual dengan Bro. Mazri, owner Benelli TNT600 dan jugak antara test rider bagi pihak Benelli-Keeway Malaysia

- RKV,TX,Dorado design and enjin semua China design and manufactured
- Yg Benelli semua dr Italy dr segi design and pasangan enjin
- barang China di parts Benelli tak byk
- Boleh jdi barang yg plastik atau getah ke,barang macam tu sahaje
- Yang barang penting seperti enjin, chasis dan swingarm dari Italy
So, ape korang tunggu lagi? :)

About the Author

admin

43 Comments

  • zarul said:
    April 8, 2014 at 20:14

    Salam admin…sy nk tnye skit…kalau time hujan…sistem break pada tnt600 ni cmne..??

    • admin said:
      April 8, 2014 at 22:06

      sorry tak pernah test time hujan.. but ramai je rider TNT600 skrg, takde lagi dengar down masa hujan.. sendiri mau hingatla, bawak kene slow.. jarak kene jauh..

  • mustaffa kamal said:
    March 28, 2014 at 22:09

    Sy masih terlari cari kedai motor kata ada kat k kangsar kat jalan mana teringin nak tengok dgn mata sendiri asik tengok gambar je tak puas le

  • Arechai said:
    March 23, 2014 at 14:48

    Bro club benelli kat malaysia ni ade ke.puas saye search kt google x jumpa.sy nk join

  • caplong said:
    March 20, 2014 at 21:24

    As salam bro…

    Saya baru try submit loan motor ni… saya dah baca review anda dia atas….pengalaman ride superbike ni mmg tak da… sebelum ni naik kapcai je….tapi ni nak naik superbike…dah la laju plak tu… mesti teruja….

    Saya ada soalan, sejauh mana peranan ABS dalam mengawal brek semasa jentera ni tgh laju….?

    Lagi satu boleh tak bagi tips 2x keselamatan semasa menunggang di waktu hujan?

    Motor ni kalau balik kedah admin advise berapa kali berhenti ek?

  • boyz2 said:
    March 13, 2014 at 23:27

    cun.minat .mslah dia enjn cpt paneh.sb kipas lmbt pusg kot..de x idea nk bg kipas dia cpt pusing..main town bru syok.lg satu mslh .dh tnye kdai.dorg kate dorg jual je.dorg x nk angkt kalau jual blik kat dorg.adeh.kne cri buyer sndri le gamak nye..mgkin x sume kdai.entahla.tu info yg aku dpt.

  • ajim said:
    March 6, 2014 at 16:16

    bro… agak2 kalo letak box blkg & winshield dpn tinggi paras dada sesuai tak? mcm menarik je TNT600 ni…

    • admin said:
      March 6, 2014 at 17:02

      depends kat bro punye personal taste. Kalau suka dan nampak praktikal, buat ajerla

  • din said:
    March 6, 2014 at 13:44

    saya berminat nak beli sbb murah..tp bile baca review…terdapt bnyk masalah..yg agak pening..jgk ..google je ada bnyk review pasal masalah part n qualitynya.

    • admin said:
      March 6, 2014 at 17:03

      then terpualng kat Din la nak beli ke tak. hehehe. Kalau rase macam tak yakin, boleh jer ambil XJ6 atau Z8..

  • Mustaffa Kamal said:
    February 6, 2014 at 00:35

    Sy bercita nak pakai tnt 600 tapi kat ipoh tiada pengedar lagi kalau ambil kat ke jauh nak hantar servis boleh siapa bagi pendapat

    • admin said:
      February 8, 2014 at 09:44

      sile check website rasmi benelli keeway motorcycles malaysia dan cari official dealer terdekat. Mesti ada kat Ipoh

    • hazry said:
      February 9, 2014 at 01:43

      bro Mustafa, Kedai kat Kuala Kangsar ade

  • fid said:
    January 30, 2014 at 10:33

    kalau area sg buluh bro tnt lepak mane ye

  • fid said:
    January 30, 2014 at 10:30

    salam , semua owner tnt , gua punya dah keluar , w…n tengah cari gang @group nak tanya pasal 1st gear agak keras ,kuat macam ?itu biasa ke

  • Joe KAwe said:
    January 15, 2014 at 20:21

    broaku baru nak beli motor ni untuk tahun ni maseh recomend x?

    • admin said:
      January 15, 2014 at 20:31

      silekan bro. all the best

    • admin said:
      January 30, 2014 at 23:57

      OK aje. Walaupun kualiti pemasangan sedikit kurang memuaskan lately dan byk owner dah complaint balik ke Benelli

  • kosim said:
    January 13, 2014 at 03:16

    bos moto ni kalau untuk perjalanan jauh bermasaalah tak .ada ganguan enjen tak

    • Haz-Hash said:
      January 13, 2014 at 08:53

      So far takde bro. Ade yg dah bawak sampai Kemboja. Baru baru ni ade satu group masuk Phuket dan Krabi.

  • Zaim said:
    January 9, 2014 at 18:22

    Dr segi fuel consumption dia plak mcm mana bro? Makan Teruk x?

    • Haz-Hash said:
      January 10, 2014 at 11:04

      Sorry so far saya tak dapat details FC lagi.Susah nak cakap sebab motor ni boleh bawak 130km/h dan jugak 230 km/h. Obviously FC utk kedua dua situasi sgt berbeza. But roughly, satu tank boleh pergi sekitar 190km, ni ape yg rider TNT600 share dalam fb group

  • Faris said:
    December 24, 2013 at 16:11

    moto ni ade 1000cc punye x?

    • Haz-Hash said:
      December 25, 2013 at 18:31

      Ade. TNT899 atau TNT1130 Century Racer. Boleh tengok website Benelli-Keeway Motorcycles ya!

  • Cici Bo said:
    December 23, 2013 at 19:39

    Bg beginner yg bru nk up ke cc besar ok x..tkt gk handling dia lain mcm je

    • Haz-Hash said:
      December 23, 2013 at 20:34

      Boleh je. CUme kene beringat sikit masa pulas minyak dan ambik corner sebab moto ni ade 82 horsepower, lagi banyak power dari XJ6 and er5n

      • Cici Bo said:
        December 23, 2013 at 21:32

        Owh..thx admin.hehe..xsbar nk tgu awl taun moto kuar..:-D

        • Haz-Hash said:
          December 25, 2013 at 18:31

          Sama-sama. Good luck nanti

  • Azrol said:
    December 7, 2013 at 01:04

    Bro boleh beritahu x.. apa keburukan tnt600 nie.. saya baru nak beli motor nie dan tiada pengalaman dlm permotoran.. buject pown rendah.. tolong emailkan kepada sya tentang masaalahnya.. jika xkeberatan… maaf ye jika menyusahkan

    • Haz-Hash said:
      December 7, 2013 at 01:24

      Keburukan..alamak. peliknye soalan tu. ehem. so far kalau nk downkan TNT600 ni memang takde point bro. Sbb moto die mmg best dgn harga. Cuma kalau rasa duit tu ngam ngam je saya nasihatkan hold dulu la pakai motor besar. sbb maintenance, tayar, rantai die memang mahal. So pakai moto ikut kemampuan diri.

      Masalah kecil kat moto: spring hook tongkat senang patah, tapi klau pergi welding terus lepas beli takde hal. yg lain lain bende kecik jer macam sensor meter longgar (kene ketatkan) etc.

      Kesimpulan beli je. tak payah pening kepala..

  • fid said:
    November 27, 2013 at 03:26

    cantik . gua pun tengah tunggu ni .

    • mohd sukri said:
      February 12, 2014 at 18:08

      berapakah harga untuk maintenance, tayar, rantai ?

      • admin said:
        February 12, 2014 at 21:37

        exact figure saya tak tahu but roughly
        - minyak hitam 4 botol (3.3L) RM200
        - Tayar Pirelli Angel GT RM900-1000 sepasang
        - rantai tak sure but approximately RM500

  • kerol said:
    October 22, 2013 at 05:52

    Review yg cukup mendalam….tp so far Benelli ni China made walaupun brand Italy… quality dan second hand value caner?

    • Haz-Hash said:
      October 22, 2013 at 06:12

      Quality – sila baca balik review.
      Second hand value – no comment. tak jumpe 2nd hand unit lagi. Kalau let go harga OK berebut orang nak beli sebab enjin 4 cyclinder

  • babyG said:
    October 3, 2013 at 17:03

    Tuan, ada review untuk benelli tnt899 dan 1130 cafe racer tak? benelli KL ade stok tak utk 2 motor ini?.. thanks bos :)

    • Haz-Hash said:
      October 4, 2013 at 02:40

      Sorry, TNT899 and 1130 Century Racer belum ada review lagi. Owner diorang sangat rare kat Malaysia ni. Hanya sekadar kenal kat facebook sahaja. Benelli KL ade jual 2 motor kat atas. Sila ke Benelli Showroom Jln. Ipoh untuk info lebih lanjut ya!

  • man said:
    August 12, 2013 at 04:03

    salam..bro..yg review lam vid 2 kat mana ye..tingin nk ke sana tuk view live.

    • Haz-Hash said:
      August 19, 2013 at 15:33

      Kat Showroom Benelli, Jln Ipoh KL. tapi yg ada skrg hanya display, takde yg boleh hidup/test ride. Kalau kebetulan ade owner service, bolehla

  • Mazri Mahmood said:
    August 2, 2013 at 10:17

    Well said and done.good review and full of info.Tahniah bro and Tq.

  • FortD09 said:
    August 2, 2013 at 01:30

    Salam… Ada anggaran harga & bayaran setiap bulan untuk TNT600 x?

    • Haz-Hash said:
      August 2, 2013 at 05:02

      Maaf, part bayaran & ansuran kene tanye kedai bro. Lain kedai, lain credit company lain pulak rate dan harganya

    • mamat said:
      August 19, 2013 at 07:41

      bro…nak beli mot tanya kat kedai la..ni tanya pasal anggaran bulanan…kelako la ko..

Leave a Reply