Wow, sedar dan tak dah 25 tahun aku diberi peluang untuk hidup di muka bumi Tuhan ni. Alhamdullillah, alhamdulillah.

Sebenarnye aku bersyukur jugak sebab bukan sahaja dapat hidup dengan sihat wal-afiat, tetapi berjaya jugak mencapai beberapa bende yang dah lama aku tak buat, iaitu Mission 21/Mission 25/Mission 30.

Antara beberapa intipati Mission 25 yang kalau tak silap aku buat mase zaman universiti lagi adelah:

  1. [DONE] Travel ke setiap negara berlainan setiap tahun [DONE] Alhamdulillah sekarang dah mampu pergi 2-3 negara setahun. Tapi masih lagi kene backpack la.
  2. [DONE] Memiliki syarikat sendiri . Selain kerja full-time, aku juga adelah Pengarah Urusan AYS Ventures, syarikat SME yang beroperasi secara online menjual barang barang import dari USA, Jepun & Cina.
  3. Memiliki sebijik big bike/sportsbike [DONE]. Walaupun Benelli Keeway TX200GS 200cc aku bukanla saingan Yamaha R6 maupun Kawasaki Z800, motorsikal dual purpose aku tu dah membawa aku mengembara ke Singapura (390km) dan juga Betong, Thailand (480km).
  4. Belajar sales & marketing dengan Flexiroam Sdn Bhd, salah satu syarikat telekomunikasi-travel yang semakin mencanak naik popularitinya.
  5. Tinggal di KL dengan rumah yang orang kata selesa dan sempurna ciri-cirinya. Hmm nak tunggu cari ‘orang rumah’ pulak ni :)

Alhamdulillah, tuhanku. Alhamdulillah. Terima kasih di atas segala nikmat yang kau kurniakan selama ini. Semoga kau limpahkan rahmat dan rezeki ke atas ku dan keluarga ku tanpa putus, dan Kau jauhilah kami dari hasad dengki dan fitnah duniawi.

Amin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *